Skip to main content

Jurgen Klopp Tidak Kecewa Dengan Takumi Minamino

Beliau menegaskan semua pemain beliau memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan kehendak beliau dalam pasukan. 

Takumi Minamino menunjukkan prestasi yang semakin menaik ketika menentang Newcastle United. Foto : Gettyimages
Ianya setengah musim yang agak sukar buat beliau, yang menyertai Liverpool dari RB Salzburg awal tahun ini namun sukar menempatkan diri dalam kesebelasan utama.

Beliau diturunkan dalam kesebelasan utama menentang Newcastle United semalam, tetapi dikeluarkan ketika waktu permainan berbaki 26 minit meskipun menunjukkan prestasi yang meningkat dengan melakukan beberapa percubaan ke gawang Newcastle. 

Ditanya samada Klopp kecewa Minamino gagal menemui belakang jaring sejak 14 perlawanan lepas, beliau berkata :

"Tidak, saya tidak kecewa".

"Memasuki pasukan ini memerlukan demanding yang tinggi dan pemain saling bergantung antara satu sama lain".

"Barisan serangan memerlukan masa tiga tahun untuk serasi, ia memerlukan masa. Begitu juga dengan Taki".

"Saya sukakan permainan beliau hari ini, beliau bermain dengan aktif antara dua barisan pertahanan lawan. Beliau lakukan sepertimana kami arahkan. Beliau menetapkan tempo counter pressing dan banyak mencipta peluang".

"Beliau hampir menjaringkan gol 2 kali hari ini, cuma penjaga gol melakukan tepisan dan hadangan dari pemain pertahanan".

"Jadi ianya agak bagus buat beliau".

Sebelum ini beberapa pemain utama seperti Andy Robertson, Alex Oxlade Chamberlain, Fabinho dan Naby Keita turut memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dalam pasukan.

Mereka memerlukan masa berbulan untuk menyesuaikan diri dalam pasukan dan Klopp membidas bahawa pemain itu sukar menyesuaikan diri di Liverpool.

Tambah Klopp :

"Cuba cari pemain di luar dan terus memberikan impak ke dalam pasukan. Tidak semua mereka dapat melakukan perkara sebegitu".

"Taki mempunyai mindset terbaik untuk kami, beliau gembira dapat bersama pasukan. Saya pasti cita cita beliau besar dan mahu bermain lebih kerap, tetapi beliau memerlukan masa".

"Hanya Virgil yang datang dan terus mendapat tempat dalam pasukan - namun pemain lain tidak begitu".

"Kebanyakan mereka menyesuaikan diri ketika pramusim. Mo mendapat rentak ketika pramusim, Sadio juga begitu. Namun Taki berlainan, beliau tiba dan terus bermain untuk kelab baru".

"Sebab itu ia bukan mudah namun beliau melakukan dengan baik buat masa sekarang".

  • ADMIN


Dua atau tiga percubaan dan berani membawa bola ke hadapan petak, ada nampak sedikit perubahan. YNWA Taki. 

Sumber : This Is Anfield

Comments

Popular posts from this blog

Bilakah Andy Robertson Dijangka Kembali Menjalani Latihan Pramusim Bersama Liverpool

Tiada mana mana pemain Liverpool yang mampu mencapai minit permainan Robbo pada 2020 / 2021 dengan mengharungi 64 penampilan keseluruhan bersama kelab dan negara. Ianya musim yang amat memenatkan buat semua pasukan berikutan pandemik yang melanda dunia ketika ini.  Namun Robertson kekal sebagai salah satu pemain utama Klopp musim lepas dengan melakukan 50 penampilan daripada 53 perlawanan Liverpool dengan jumlah minit perlawanan sebanyak 4319 minit.  Termasuk minit perlawanan yang dilaluinya bersama skuad Scotland yang berjumlah 1273 minit, secara keseluruhan Robbo bermain sebanyak 5592 minit perlawanan. Di usia 27 tahun, beliau tidak perlu dibebani dengan minit perlawanan yang begitu banyak jika mahu berada di tahap tertinggi kariernya menjelang usia 30 an.  Namun kekecewaan di Euro 2020 telah melanda pasukan Scotland apabila tersingkir awal dan ini bermakna Robertson akan mula menikmati cuti musim panas beliau sekarang ini.  Menurut The Athletics, pemain pasukan yang tidak terlibat d

Link Live Streaming : Liverpool FC vs Crystal Palace

Beberapa link live diperolehi untuk perlawanan terakhir EPL musim ini. https://www.mobisports.live/2021/05/premier-league-liverpool-vs-crystal.html?m=1 https://www.goforsports.net/2021/05/lfccry/ https://www.sportstrack.in/2021/05/epl-liv-vs-crystal.html ADMIN Selamat menonton. YNWA

Media | Kostas Tsimikas Hantar Balik Tiga Pemain Burnley Ke Turf Moor - Mendapat Tepukan Penonon

Liverpool mencatatkan kemenangan 2 - 0 ke atas Burnley dalam perlawanan sulung di Anfield yang penuh dengan penonton.  Dan Kostas Tsimikas juga mempamerkan persembahan yang memukau ketika perlawanan tersebut.  Sebelum itu Tsimikas juga memberikan peluang untuk Diogo Jota menjaringkan gol pertama buat Liverpool. Gol kedua pula dijaringkan oleh Sadio Mane, yang berpunca dari hantaran jauh Van Dijk yang dikawal baik oleh Harvey Elliot dengan lorongan buat Trent dan seterusnya Mane menyudahkan hantaran itu.  Burnley berusaha untuk mencari gol bagi membolehkan mereka bangkit semula, dan Tsimikas ketika itu mempamerkan ketenangan dan kepantasan dalam mengawal penguasaan bola.  Beliau berhadapan dengan Lowton, McNeil dan Jay Rodriguez ketika itu. Saksikan : ADMIN Boleh tahan. Well done Tsimikas. YNWA. Sumber : Planet Football