Beliau membidas dakwaan Liverpool akan membesarkan skuad menjelang musim 2020 / 2021 yang agak pendek berbanding sebelumnya.
Klopp menyatakan mereka masih memerlukan masa untuk menilai "new signing". Foto : Gettyimages |
Liga Perdana Inggeris musim 2020 / 2021 akan bermula pada 12 September dan berakhir pada 23 Mei 2021, yang mengambil masa kira kira 36 minggu untuk menghabiskan 38 perlawanan.
Ini termasuk perlawanan antarabangsa dan kejohanan liga domestik, tidak ketinggalan perlawanan UCL di mana Liverpool berhasrat untuk menjulang kejuaraan itu sekali lagi. ( Ni hebat ... Abang sokong ).
Ia merupakan kempen yang sukar buat Liverpool, dengan beberapa kelab telah menyatakan hasrat untuk membesarkan skuad namun ianya bukan keutamaan untuk Klopp sekarang.
Ditanya bagaimana beliau mahu menangani masalah kepadatan jadual musim depan, Klopp berkata :
"Senario terbaik adalah apabila pengurus mempunyai 40 pemain".
"Dan anda memberitahu kepada mereka bahawa anda akan digilirkan selama 3 minggu kerana saya akan menggunakan 20 pemain dahulu".
"Tapi saya tidak akan melakukan perkara sebegitu. Saya tidak mahu terlibat dalam sukan seperti ini, secara jujurnya".
"Jadi musim depan akan lebih mencabar, dan kami harus menghadapi halangan ini".
"Situasi sekarang sukar diramal. Itu yang kami cuba lihat dan pertimbangkan di masa hadapan".
"Biasanya kami akan melihat kepada situasi kewangan yang kami miliki dahulu, seperti yang anda semua tahu".
"Dalam keadaan sekarang, kami telah melayakkan diri dalam kejohanan UCL lebih awal dan sangat bagus. Namun beberapa minggu lepas kami sendiri tidak pasti samada kami akan bermain lagi dalam UCL atau tidak".
"Jadi adakah anda dapat menganggarkan jumla wang dari UCL? Berapa nilainya. Saya sendiri tidak pasti".
"Itu yang kami pertimbangkan sebab ia merupakan tanggungjawab kami. Kami bukan sahaja bertanggungjawab untuk kejayaan kelab, malahan semua individu yang berada di dalam kelab. Kesemua yang bekerja di sini. Itu yang kami cuba selesaikan".
"Sehingga kami mendapat jumlah sebenar, kami akan tetap menunggu".
Dejan Lovren dijangka akan meninggalkan Liverpool untuk menyertai Zenit St Petersburg dengan nilai £10.9 juta.
Manakala Adam Lallana akan menyertai Brighton secara percuma pada hari ini, dengan beberapa lagi pemain yang mungkin akan dijual jika terdapat tawaran seperti Xherdan Shaqiri dan Divock Origi.
Liverpool pula terus dikaitkan dengan perpindahan masuk Thiago Alcantara.
ADMIN
So kita akan terus menanti bagaimana struktur kewangan kelab menjelang tamatnya EPL musim 2019 2020.
Sumber : This Is Anfield
Comments
Post a Comment