Skip to main content

"Frank Lampard Tidak Boleh Hentam Kami Sebegitu - Kami Tidak Berlagak! - Jurgen Klopp

Kedua dua pengurus itu bertelagah ketika perlawanan Liverpool menentang Chelsea di Anfield yang berkesudahan dengan kemenangan The Reds 5 - 3

Lampard dan Klopp bertikam lidah sambil dileraikan pengadil. Foto : Gettyimages
Dan Jurgen Klopp memberitahu bahawa Frank Lampard harus belajar untuk menamatkan pertikaian di atas padang sejurus selepas tiupan wisel penamat dan tidak perlu terbawa bawa selepas itu. 

Pengurus Chelsea itu terlibat dalam insiden dengan Klopp di tepi padang ketika perlawanan Liverpool - Chelsea dan sejurus sebelum mereka menjulang trofi EPL. 

Salah satu insiden yang membuatkan Lampard bengang adalah sepakan percuma Trent untuk gol kedua Liverpool di mana ianya terhasil selepas Sadio Mane dikasari Kovacic. 

Lampard kemudian melakukan kecaman terhadap Klopp dan staf kejurulatihan Liverpool selepas itu sehingga pengadil Lee Mason masuk campur.

Menerusi video rakaman yang tular di media sosial, Frank Lampard bertelagah dan menggunakan perkataan "F" sambil Klopp cuba untuk menenangkan beliau. 


Namun pertikaian itu tidak terhenti sepenuhnya di sana dan mengecam pengurus Liverpool itu berterusan dan menyatakan Liverpool tidak menghormati beliau sebagai pengurus.

Malahan selepas itu juga Frank Lampard turut memberi mesej supaya Liverpool "tidak terlalu" berlagak selepas menjuarai EPL.

Dan Klopp menyatakan pendirian beliau ketika sidang media semalam :

"Anda tidak boleh mengecam kami dan barisan staf saya di bangku simpanan - kami tidak berlagak pun".

"Frank sudah pasti berada dalam mood persaingan. Daripada apa yang saya lihat, berdasarkan situasi itu beliau ke sini untuk memenangi perlawanan, mendapatkan mata dan melayakkan diri ke UCL".

"Apa yang beliau perlu pelajari adalah menyelesaikan pertikaian sejurus selepas wisel penamat perlawanan itu dan beliau tidak melakukannya. Bercakap berterusan mengenai ini adalah sesuatu yang tidak bagus. Frank harus belajar mengenai itu sebagai jurulatih muda".

"Kami harus menjadi diri sendiri, saya tiada masalah apabila beliau mencarut dengan perkataan itu ketika perlawanan namun beliau harus amalkan sifat kesukanan, tutup buku dan beralih ke perlawanan seterusnya. Beliau tidak lakukan itu dan saya tidak suka akan cara begitu".

"Saya bercakap mengenai ini kerana beliau masih berkata mengenai perkara ini selepas itu".

"Saya menghormati semua jurulatih. Saya tahu kadangkala situasi boleh menjadikan anda panas dan merasakan ianya tidak adil".

ADMIN

Move on je la. Dengar je cakap Klopp bagaimana nak manage emosi kendiri. YNWA.

Sumber : Liverpool Echo

Comments

Popular posts from this blog

Bilakah Andy Robertson Dijangka Kembali Menjalani Latihan Pramusim Bersama Liverpool

Tiada mana mana pemain Liverpool yang mampu mencapai minit permainan Robbo pada 2020 / 2021 dengan mengharungi 64 penampilan keseluruhan bersama kelab dan negara. Ianya musim yang amat memenatkan buat semua pasukan berikutan pandemik yang melanda dunia ketika ini.  Namun Robertson kekal sebagai salah satu pemain utama Klopp musim lepas dengan melakukan 50 penampilan daripada 53 perlawanan Liverpool dengan jumlah minit perlawanan sebanyak 4319 minit.  Termasuk minit perlawanan yang dilaluinya bersama skuad Scotland yang berjumlah 1273 minit, secara keseluruhan Robbo bermain sebanyak 5592 minit perlawanan. Di usia 27 tahun, beliau tidak perlu dibebani dengan minit perlawanan yang begitu banyak jika mahu berada di tahap tertinggi kariernya menjelang usia 30 an.  Namun kekecewaan di Euro 2020 telah melanda pasukan Scotland apabila tersingkir awal dan ini bermakna Robertson akan mula menikmati cuti musim panas beliau sekarang ini.  Menurut The Athletics, pemain pasukan yang tidak terlibat d

Link Live Streaming : Liverpool FC vs Crystal Palace

Beberapa link live diperolehi untuk perlawanan terakhir EPL musim ini. https://www.mobisports.live/2021/05/premier-league-liverpool-vs-crystal.html?m=1 https://www.goforsports.net/2021/05/lfccry/ https://www.sportstrack.in/2021/05/epl-liv-vs-crystal.html ADMIN Selamat menonton. YNWA

Media | Kostas Tsimikas Hantar Balik Tiga Pemain Burnley Ke Turf Moor - Mendapat Tepukan Penonon

Liverpool mencatatkan kemenangan 2 - 0 ke atas Burnley dalam perlawanan sulung di Anfield yang penuh dengan penonton.  Dan Kostas Tsimikas juga mempamerkan persembahan yang memukau ketika perlawanan tersebut.  Sebelum itu Tsimikas juga memberikan peluang untuk Diogo Jota menjaringkan gol pertama buat Liverpool. Gol kedua pula dijaringkan oleh Sadio Mane, yang berpunca dari hantaran jauh Van Dijk yang dikawal baik oleh Harvey Elliot dengan lorongan buat Trent dan seterusnya Mane menyudahkan hantaran itu.  Burnley berusaha untuk mencari gol bagi membolehkan mereka bangkit semula, dan Tsimikas ketika itu mempamerkan ketenangan dan kepantasan dalam mengawal penguasaan bola.  Beliau berhadapan dengan Lowton, McNeil dan Jay Rodriguez ketika itu. Saksikan : ADMIN Boleh tahan. Well done Tsimikas. YNWA. Sumber : Planet Football