Skip to main content

Liverpool FC "Check Out" Musim 2019 2020 Dengan Kemenangan 3 - 1 Ke Atas Newcastle United

Walaupun begitu Liverpool tersentak dengan gol 30 saat Dwight Gayle namun bangkit dengan tenang menerusi gol dari Virgil, Origi dan Mane.
Tandukan dari Virgil untuk menghasilkan gol penyamaan. Foto : Gettyimages
Liverpool melakukan rombakan untuk kunjungan ke St James Park untuk Gameweek terakhir musim ini dengan menggandingkan Alex Oxlade, Origi dan Minamino di hadapan sambil meletakkan Neco Williams di bahagian bek kanan. 

Kesebelasan Utama Liverpool FC. James Milner turut diturunkan.
Manakala untuk pasukan tuan rumah, bekas pemain Liverpool seperti Javier Manquillo dan Jonjo Shelvey diletakkan dalam kesebelasan utama sambil menyaksikan bekas idola pengganti Torres, Andy Carroll diletakkan di bangku simpanan terlebih dahulu. 

Perlawanan bermula dengan Newcastle mengejutkan Liverpool hanya dalam masa 30 saat, apabila sepakan percuma pantas Shelvey dari tengah padang tepat menemui Gayle di half space kiri dan menguis masuk bola menewaskan Alisson. 

Namun Liverpool tidak mudah melatah dengan gol awal itu apabila perlahan lahan mula menguasai perlawanan dengan hantaran pantas dan kemas, tetapi pertahanan Newcastle kental bertahan. 

Hanya pada minit ke 28, Liverpool memperolehi peluang bagi menyamakan kedudukan apabila Minamino melakukan 'turning' dan melepaskan rembatan tepat namun Dubravka melakukan tepisan terbang bagi menafikan gol oleh Minamino. 

Minit ke 34, Fernandes melakukan percubaan dari sebelah kanan untuk menambah gol tetapi kali ini Alisson lebih bersedia untuk menepis percubaan tersebut. 

The Reds akhirnya berjaya menyamakan kedudukan apabila Oxlade bertindak bijak melepasi kawalan pertahanan Newcastle dari sebelah kanan, melakukan satu hantaran lintang untuk Virgil melakukan satu tandukan lambung ke gol melepasi Dubravka pada minit ke 37.

Tiga minit berselang, giliran Oxlade pula mahu mencipta nama sebagai penjaring tetapi percubaan luar petak beliau sedikit sipi dari pintu gol Newcastle. 

Sejurus sebelum tamat separuh masa pertama, Andrew Robertson mempamerkan kepantasan dalam menggelecek apabila menumpaskan 2 pemain Newcastle dan melorongkan buat Minamino tetapi percubaan pemain dari Jepun itu kali ini tepat ke Dubravka. 

Bersambung babak kedua, kedua dua pasukan mempamerkan semangat juang yang tinggi untuk mencari gol pendahuluan sekali lagi. 

Tetapi Liverpool lebih bertenaga dalam awal babak kedua menerusi dua percubaan, satu menerusi percubaan luar petak oleh Neco Williams yang tinggi melewati palang dan satu lagi menerusi sepakan sudut yang ditanduk Virgil tetapi tepat ke Dubravka. 

Usaha berterusan Liverpool berhasil apabila di minit ke 59, mereka menambah gol apabila satu hantaran Robbo dikawal cantik oleh Origi di sebelah kiri disusuli satu rembatan lencong cantik menewaskan Dubravka bagi membolehkan pasukan pelawar mendahului 2 - 1.

Minit ke 63 menyaksikan trio utama serangan Liverpool iaitu Mane, Salah dan Firmino dibawa masuk menggantikan Alex Oxlade, Origi dan Minamino. 

Kemasukan itu jelas memberi impak nyata buat serangan Liverpool, dengan peluang terbaik menambah gol diperolehi Salah hasil clearance tidak kemas oleh pemain Newcastle tetapi malangnya rembatan Mo terkena tiang pada minit ke 66.

Minit ke 72 menyaksikan lorongan cantik Bobby tepat untuk Mo Salah melakukan larian dari kanan terus ke gol namun pertahanan Newcastle bijak menghadang bagi menafikan gol dengan peluang di hadapan gol. 

Naby Keita terlambat sedikit untuk mendapatkan hantaran rendah pendek dalam petak dari Firmino pada minit ke 78.

Neco mengalami sedikit kecederaan pada minit ke 84, sekaligus memberikan ruang untuk pertukaran pemain keempat dan kelima dilakukan dengan Klopp memasukkan Curtis Jones menggantikan Keita serta Trent Alexander Arnold untuk Neco ketika itu. 

Dan Liverpool berhasil memperolehi gol ketiga di minit 88, apabila Sadio Mane pula melakukan rembatan lencong dari sebelah kiri untuk menewaskan Dubravka dari situasi hampir sama dari gol Origi. 

Liverpool hanya mengekalkan penguasaan bola dan bertahan dengan baik selepas itu untuk membolehkan kelab tersebut mengakhiri musim liga yang cemerlang pada 2019 2020 dengan kemenangan ke 32 liga musim ini.

ADMIN

Maka dengan ini berakhirlah musim gilang gemilang buat Liverpool pada musim ini. YNWA. 

Comments

Popular posts from this blog

Link Live Streaming : Liverpool FC vs Crystal Palace

Beberapa link live diperolehi untuk perlawanan terakhir EPL musim ini. https://www.mobisports.live/2021/05/premier-league-liverpool-vs-crystal.html?m=1 https://www.goforsports.net/2021/05/lfccry/ https://www.sportstrack.in/2021/05/epl-liv-vs-crystal.html ADMIN Selamat menonton. YNWA

Media | Kostas Tsimikas Hantar Balik Tiga Pemain Burnley Ke Turf Moor - Mendapat Tepukan Penonon

Liverpool mencatatkan kemenangan 2 - 0 ke atas Burnley dalam perlawanan sulung di Anfield yang penuh dengan penonton.  Dan Kostas Tsimikas juga mempamerkan persembahan yang memukau ketika perlawanan tersebut.  Sebelum itu Tsimikas juga memberikan peluang untuk Diogo Jota menjaringkan gol pertama buat Liverpool. Gol kedua pula dijaringkan oleh Sadio Mane, yang berpunca dari hantaran jauh Van Dijk yang dikawal baik oleh Harvey Elliot dengan lorongan buat Trent dan seterusnya Mane menyudahkan hantaran itu.  Burnley berusaha untuk mencari gol bagi membolehkan mereka bangkit semula, dan Tsimikas ketika itu mempamerkan ketenangan dan kepantasan dalam mengawal penguasaan bola.  Beliau berhadapan dengan Lowton, McNeil dan Jay Rodriguez ketika itu. Saksikan : ADMIN Boleh tahan. Well done Tsimikas. YNWA. Sumber : Planet Football

Media : Harvey Elliot Tamatkan Musim Bersama Blackburn Rovers Dengan Gol Peribadi Ketujuh

Ianya perlawanan terakhir beliau bersama Blackburn Rovers musim ini selain daripada menyumbangkan 11 assist kepada pasukan. Meskipun beliau memulakan perlawanan di bangku simpanan, ianya tidak menghalang beliau untuk menyumbangkan satu gol sekaligus mengakhiri karier sementaranya bersama Blackburn dengan gaya tersendiri.  Beliau dibawa masuk ketika perlawanan berbaki 30 minit dan ketika itu Blackburn mendahului Birmingham dengan 3 - 2.  Dengan perlawanan berbaki 10 minit, Elliot melakukan larian dari sayap kanan ke kawasan tengah.  Beliau menyambut baik hantaran Corey Evans, sekaligus melakukan tendangan lob melepasi penjaga gol Birmingham untuk menjaringkan gol keempat Blackburn.  Saksikan. Setakat ini Elliot merupakan sumber kreatif buat pasukan Blackburn musim ini, selain daripada 7 gol, 11 assist dan baru berusia 18 tahun pada April lepas. Selepas ini Elliot akan kembali ke Liverpool dan berkemungkinan berlatih dalam skuad utama untuk pramusim.  Kreativiti beliau mungkin diperlukan