Skip to main content

Steve Bruce : "Harap Liverpool Masih Dalam Mood Parti Ketika Ke Sini".

Skuad Liverpool akan bertandang ke St James Park bagi mengakhiri musim 2019 2020.

Jurgen Klopp meraikan kejayaan merangkul kejuaraan EPL pada musim 2019 2020. Foto : Gettyimages
Selepas mengakhiri musim 2019 2020 dengan penuh bergaya, hampir keseluruhan bandaraya Liverpool meraikan kejayaan pasukan tersebut sejak bulan lepas dan trofi EPL disampaikan pada awal pagi Khamis lepas.

Skuad Steve Bruce tumpas 3 - 1 di Anfield September lepas dan kini dilanda masalah kecederaan di bahagian pertahanan, dengan beliau berharap Liverpool telah memulakan cuti musim panas mereka buat masa sekarang.

Menurut Bruce :

"Saya berharap mereka sudah berparti 3 hari 3 malam setelah meraih kejuaraan dan ada di antara mereka tidak mempamerkan persembahan sebaik mungkin".

"Namun apabila memikirkan profesionalisme mereka, saya tidak fikir ia akan berlaku. Cara mereka melaksanakan tugas ketika menentang Chelsea, menunjukkan betapa hebatnya mereka".

"Ianya sangat hebat jika dapat menentang pasukan terbaik seperti mereka. Ia menjadi inspirasi buat kami. Mereka adalah pasukan terbaik buat masa sekarang".

Bruce merupakan sebahagian pemain awal karier SAF di Man United satu ketika dahulu namun beliau menyatakan kekagumannya terhadap dominasi Liverpool yang kini berkelebihan 18 mata dari pencabar terdekat, Man City.

Tambah Bruce :

"Ianya satu pencapaian yang mengagumkan. Jika anda melihat pasukan mereka dengan kehadiran ramai pemain muda, anda tahu skuad ini akan kekal buat jangka masa yang lama".

"Mereka menawan EPL dengan bergaya, jadi anda harus memberikan pujian kepada mereka. Secara teknikal mereka telah menjuarai liga lama dahulu, sebelum perintah berkurung. Ianya pencapaian yang hebat, dan sekalung tahniah buat Liverpool".

"Jurgen seolah olah memberikan tenaga buat mereka. Saya tidak berapa mengenali beliau, namun apa yang saya lihat beliau menpunyai hubungan yang kukuh dengan pemainnya. Ia seperti mereka telah mengenali sejak 10 tahun dahulu".

"Tetapi anda harus memberikan kredit kepada Klopp. Beliau memberikan nafas baru dalam EPL. Dan beliau berjaya melakukannya".

ADMIN

Pujian untuk Klopp nampak? Hahaha. Namun perlawanan malam ini lebih terarah kepada Newcastle yang mahu menduduki liga dengan tinggi sedikit. 

Sumber : This Is Anfield

Comments

Popular posts from this blog

Bilakah Andy Robertson Dijangka Kembali Menjalani Latihan Pramusim Bersama Liverpool

Tiada mana mana pemain Liverpool yang mampu mencapai minit permainan Robbo pada 2020 / 2021 dengan mengharungi 64 penampilan keseluruhan bersama kelab dan negara. Ianya musim yang amat memenatkan buat semua pasukan berikutan pandemik yang melanda dunia ketika ini.  Namun Robertson kekal sebagai salah satu pemain utama Klopp musim lepas dengan melakukan 50 penampilan daripada 53 perlawanan Liverpool dengan jumlah minit perlawanan sebanyak 4319 minit.  Termasuk minit perlawanan yang dilaluinya bersama skuad Scotland yang berjumlah 1273 minit, secara keseluruhan Robbo bermain sebanyak 5592 minit perlawanan. Di usia 27 tahun, beliau tidak perlu dibebani dengan minit perlawanan yang begitu banyak jika mahu berada di tahap tertinggi kariernya menjelang usia 30 an.  Namun kekecewaan di Euro 2020 telah melanda pasukan Scotland apabila tersingkir awal dan ini bermakna Robertson akan mula menikmati cuti musim panas beliau sekarang ini.  Menurut The Athletics, pemain pasukan yang tidak terlibat d

Link Live Streaming : Liverpool FC vs Crystal Palace

Beberapa link live diperolehi untuk perlawanan terakhir EPL musim ini. https://www.mobisports.live/2021/05/premier-league-liverpool-vs-crystal.html?m=1 https://www.goforsports.net/2021/05/lfccry/ https://www.sportstrack.in/2021/05/epl-liv-vs-crystal.html ADMIN Selamat menonton. YNWA

Media | Kostas Tsimikas Hantar Balik Tiga Pemain Burnley Ke Turf Moor - Mendapat Tepukan Penonon

Liverpool mencatatkan kemenangan 2 - 0 ke atas Burnley dalam perlawanan sulung di Anfield yang penuh dengan penonton.  Dan Kostas Tsimikas juga mempamerkan persembahan yang memukau ketika perlawanan tersebut.  Sebelum itu Tsimikas juga memberikan peluang untuk Diogo Jota menjaringkan gol pertama buat Liverpool. Gol kedua pula dijaringkan oleh Sadio Mane, yang berpunca dari hantaran jauh Van Dijk yang dikawal baik oleh Harvey Elliot dengan lorongan buat Trent dan seterusnya Mane menyudahkan hantaran itu.  Burnley berusaha untuk mencari gol bagi membolehkan mereka bangkit semula, dan Tsimikas ketika itu mempamerkan ketenangan dan kepantasan dalam mengawal penguasaan bola.  Beliau berhadapan dengan Lowton, McNeil dan Jay Rodriguez ketika itu. Saksikan : ADMIN Boleh tahan. Well done Tsimikas. YNWA. Sumber : Planet Football