Ianya menyaksikan bahawa liga akan bermula lebih lewat berikutan pemulihan dari krisis Covid 19.
Liverpool akan mempertahankan kejuaraan EPL mereka musim hadapan. Foto : Gettyimages |
Musim 2020 / 2021 bakal bermula pada 12 September 2020 dan dijangka berakhir pada 23 Mei 2021.
20 pasukan yang merupakan pemegang amanah dalam EPL telah bermesyuarat pada Jumaat, di mana ianya merupakan mesyuarat terakhir sebelum liga berakhir pada Ahad hadapan.
Berikut adalah kenyataan rasmi daripada pihak Premier League :
"Pemegang saham EPL telah bersetuju bahawa EPL musim 2020 / 2021 akan bermula pada 12 September 2020".
"Manakala pusingan terakhir perlawanan liga dijadualkan pada 23 Mei 2021. Segala perlawanan yang melibatkan kejohanan domestik seperti Piala FA dan Piala Liga akan merujuk kepada FA dan EFL".
Kempen sekarang terhenti selama lebih 3 bulan berikutan penularan Covid 19, dengan liga hanya bersambung pada 17 Jun untuk menghabiskan baki 9 perlawanan.
Sepanjang musim ini menyaksikan Liverpool telah dinobatkan juara EPL manakala Norwich pasukan pertama disingkirkan dari liga.
Baki dua slot pasukan yang bakal disingkirkan dari liga akan ditentukan pada hari terakhir liga pada Ahad ini antara Aston Villa, Watford dan Bournemouth.
Manakala di Liga Championship, Leeds United akan dinaikkan kembali ke Liga Perdana selepas 16 tahun manakala WBA mengiringi Leeds setelah meraih tempat kedua.
Slot terakhir akan diisi oleh mana mana pasukan yang memenangi perlawanan playoff antara Brentford, Fulham, Cardiff dan Swansea City.
Selepas liga musim depan berakhir, semua pemain akan mendapat rehat selama 3 minggu sebelum kejohanan besar bermula iaitu Euro 2020 yang ditunda ke tarikh 11 Jun hingga 11 Julai 2021.
ADMIN
Agak lewat sedikit tetapi Liverpool mungkin awal lagi disebabkan Perisai Komuniti. YNWA.
Sumber : Daily Mirror
Comments
Post a Comment