Perlawanan EPL terakhir musim ini di Anfield.
Liverpool akan menjulang trofi berprestij domestik pada awal pagi ini. Foto : SkySport |
Perlawanan ini menyaksikan Liverpool akan menerima trofi EPL namun beberapa rekod yang perlu mereka pertahankan pada awal pagi esok.
Berikut adalah statistik dan fakta sebelum perlawanan.
Kemenangan Liverpool hari ini bakal menyamai rekod kutipan mata di halaman sendiri dalam sejarah EPL. Setakat ini Chelsea telah melakukan pada musim 2005 - 2006, Man United pada 2010 - 2011 dan Man City pada 2011 2012 dengan rekod 55 mata.
Jika Liverpool berjaya mengelakkan kekalahan, kelab itu bakal mencatatkan rekod tanpa kalah di halaman sendiri selama tiga musim berterusan buat pertama kalinya.
Kali terakhir Liverpool menerima trofi liga, Sir Kenny Daglish diturunkan selaku pemain gantian pada 01 Mei 1990. Kali ini Sir Kenny Daglish akan diturunkan sebagai salah seorang dif kehormat untuk penyampaian trofi kepada Liverpool.
Skuad Jurgen Klopp kini menjaringkan gol dari 17 pemain berbeza dan menyamai rekod kelab. Kali terakhir mereka melakukan adalah pada 1911 - 1912 dan 2015 - 2016.
Kemenangan awal pagi esok bakal menyaksikan Liverpool adalah pasukan keempat EPL yang mencatatkan lebih 30 kemenangan semusim.
Mo Salah hanya memerlukan 1 gol untuk menyamai pencapaian Roger Hunt pada 1965 - 1966, dan merupakan pemain keempat yang menjaringkan 20 gol semusim selama 3 musim berterusan.
Kali terakhir perlawanan berakhir dengan keputusan seri 0 - 0 melibatkan kedua dua pasukan di Anfield pada Oktober 1971.
Patrik Berger merupakan pemain yang kali terakhir menjaringkan gol hatrik ke atas Chelsea, pada Oktober 1997 dengan kemenangan 4 - 2.
ADMIN
Diharap Liverpool dapat mencatatkan kemenangan atau mengelakkan kekalahan bagi menceriakan lagi suasana upacara penyampaian trofi EPL. YNWA.
Sumber : Liverpool FC
Comments
Post a Comment