Skip to main content

Jurgen Klopp : Naby Keita Dan Curtis Jones Mampu Berikan Liverpool Dimensi Serangan Baru

The Reds menjulang kejuaraan EPL pada musim ini dan percaya pasukan itu boleh berada ke satu tahap lebih baik lagi. 

Jurgen Klopp berjaya membawa Liverpool menjuarai EPL buat pertama kali sejak 30 tahun. Foto : Liverpool FC
Dan beliau menyatakan Naby Keita dan Curtis Jones mampu memberikan dimensi tambahan buat Liverpool untuk mempertahankan kejuaraan liga musim hadapan.

The Reds menewaskan Chelsea 5 - 3 untuk mengakhiri musim liga mereka di Anfield dengan bergaya, sambil Keita menyinar di posisi pemain tengah serangan.

Pemain antarabangsa Guinea itu membuka jaringan menerusi rembatan jarak jauh yang terkena palang sebelum melantun ke jaring untuk memberikan persembahan terbaiknya sekali lagi bersama Liverpool di hujung musim ini. 

Manakala Jones pula dimasukkan ketika separuh masa kedua untuk melakukan penampilan kelima dalam EPL musim ini, sekaligus melayakkan beliau meraih medal kejuaraan EPL namun Klopp menggariskan penambahbaikan yang mereka boleh lakukan bagi perjuangan mempertahankan kejuaraan liga pada musim hadapan. 

Menurut Klopp :

"Setiap pemain yang bermain sekarang dalam majoriti perlawanan boleh meningkat naik".

"Umur pemain kini amat sesuai untuk kerap bermain, membuat keputusan dalam perlawanan, belajar bertahan dengan baik namun ada pemain yang tidak kerap bermain seperti Naby boleh bermain di tahap terbaik".

"Curtis Jones juga adalah salah satu contoh pemain tersebut. Kami tidak mahu meletakkan tekanan yang tinggi terhadap beliau tetapi dilihat seperti beliau sudah bersedia. Ini bermakna kami masih ada ruang dan masa untuk meningkatkan prestasi".

"Kami akan bekerja keras untuk itu tapi bukan malam ini. Malam ini kami akan berparti, esok pemulihan dan akan melakukan persiapan menentang Newcastle. Ianya amat sukar untuk mendapatkan mata 99 tetapi tidak mustahil. Saya tidak kisah".

ADMIN

Kita harus percayakan apa yang Klopp lakukan dan bagaimana beliau percayakan pemainnya. YNWA Klopp. 

Sumber : Liverpool Echo

Comments

Popular posts from this blog

Bilakah Andy Robertson Dijangka Kembali Menjalani Latihan Pramusim Bersama Liverpool

Tiada mana mana pemain Liverpool yang mampu mencapai minit permainan Robbo pada 2020 / 2021 dengan mengharungi 64 penampilan keseluruhan bersama kelab dan negara. Ianya musim yang amat memenatkan buat semua pasukan berikutan pandemik yang melanda dunia ketika ini.  Namun Robertson kekal sebagai salah satu pemain utama Klopp musim lepas dengan melakukan 50 penampilan daripada 53 perlawanan Liverpool dengan jumlah minit perlawanan sebanyak 4319 minit.  Termasuk minit perlawanan yang dilaluinya bersama skuad Scotland yang berjumlah 1273 minit, secara keseluruhan Robbo bermain sebanyak 5592 minit perlawanan. Di usia 27 tahun, beliau tidak perlu dibebani dengan minit perlawanan yang begitu banyak jika mahu berada di tahap tertinggi kariernya menjelang usia 30 an.  Namun kekecewaan di Euro 2020 telah melanda pasukan Scotland apabila tersingkir awal dan ini bermakna Robertson akan mula menikmati cuti musim panas beliau sekarang ini.  Menurut The Athletics, pemain pasukan yang tidak terlibat d

Link Live Streaming : Liverpool FC vs Crystal Palace

Beberapa link live diperolehi untuk perlawanan terakhir EPL musim ini. https://www.mobisports.live/2021/05/premier-league-liverpool-vs-crystal.html?m=1 https://www.goforsports.net/2021/05/lfccry/ https://www.sportstrack.in/2021/05/epl-liv-vs-crystal.html ADMIN Selamat menonton. YNWA

Media | Kostas Tsimikas Hantar Balik Tiga Pemain Burnley Ke Turf Moor - Mendapat Tepukan Penonon

Liverpool mencatatkan kemenangan 2 - 0 ke atas Burnley dalam perlawanan sulung di Anfield yang penuh dengan penonton.  Dan Kostas Tsimikas juga mempamerkan persembahan yang memukau ketika perlawanan tersebut.  Sebelum itu Tsimikas juga memberikan peluang untuk Diogo Jota menjaringkan gol pertama buat Liverpool. Gol kedua pula dijaringkan oleh Sadio Mane, yang berpunca dari hantaran jauh Van Dijk yang dikawal baik oleh Harvey Elliot dengan lorongan buat Trent dan seterusnya Mane menyudahkan hantaran itu.  Burnley berusaha untuk mencari gol bagi membolehkan mereka bangkit semula, dan Tsimikas ketika itu mempamerkan ketenangan dan kepantasan dalam mengawal penguasaan bola.  Beliau berhadapan dengan Lowton, McNeil dan Jay Rodriguez ketika itu. Saksikan : ADMIN Boleh tahan. Well done Tsimikas. YNWA. Sumber : Planet Football