Skip to main content

"Terima Kasih Untuk Segalanya Buat Kelab, Dan Juga Buat Saya" : Mo Salah Kepada Dejan Lovren

Pemain Egypt itu merakamkan mesej khas kepada rakan karibnya yang akan berhijrah ke Zenit St Petersburg.

Mo Salah dan Dejan Lovren ketika kelab menjuarai EPL. Foto : Liverpool FC
Kedua dua pemain ini menjadi rapat ketika Salah menyertai Liverpool pada 2017 dan menjadi rakan rapat di Melwood. 

Setelah Liverpool meraih kejuaraan EPL pada musim ini, Dejan Lovren mahu mencari cabaran baru di kelab Zenit St Petersburg yang baru disahkan sebentar tadi oleh Liverpool FC.

Dan berikut adalah mesej dari Mo Salah untuk Dejan Lovren. 

"Saya tidak tahu mahu cakap apa sekarang. Ada tidak akan tahu mengenai apa yang saya rasa. Kami akan merasai kehilangan anda di sini, terutama saya".

"Anda adalah pemain yang luar biasa dan sahabat terbaik saya. Kami akan merindui anda. Saya akan merindui anda dan saya sayang anda. Anda individu yang hebat di luar dan di dalam padang".

"Jadi terima kasih untuk segala galanya yang anda lakukan di kelab, terima kasih dengan apa yang anda lakukan untuk saya. Saya mengucapkan semoga berjaya untuk masa depan anda dan berharap karier anda akan berjaya selepas ini dan menikmati kejayaan bersama kelab baru anda dan keluarga baru anda".

"Terima kasih dan kita akan berjumpa lagi".



ADMIN

Perpindahan Dejan Lovren ke Zenit St Petersburg baru disahkan Liverpool sebentar tadi. Nilai perpindahan adalah £11 juta. 

Sedih Mo Salah namun setiap pertemuan ada perpisahan. 

Sumber : Liverpool FC

Comments

Popular posts from this blog

Bilakah Andy Robertson Dijangka Kembali Menjalani Latihan Pramusim Bersama Liverpool

Tiada mana mana pemain Liverpool yang mampu mencapai minit permainan Robbo pada 2020 / 2021 dengan mengharungi 64 penampilan keseluruhan bersama kelab dan negara. Ianya musim yang amat memenatkan buat semua pasukan berikutan pandemik yang melanda dunia ketika ini.  Namun Robertson kekal sebagai salah satu pemain utama Klopp musim lepas dengan melakukan 50 penampilan daripada 53 perlawanan Liverpool dengan jumlah minit perlawanan sebanyak 4319 minit.  Termasuk minit perlawanan yang dilaluinya bersama skuad Scotland yang berjumlah 1273 minit, secara keseluruhan Robbo bermain sebanyak 5592 minit perlawanan. Di usia 27 tahun, beliau tidak perlu dibebani dengan minit perlawanan yang begitu banyak jika mahu berada di tahap tertinggi kariernya menjelang usia 30 an.  Namun kekecewaan di Euro 2020 telah melanda pasukan Scotland apabila tersingkir awal dan ini bermakna Robertson akan mula menikmati cuti musim panas beliau sekarang ini.  Menurut The Athletics, pemain pasukan yang tidak terlibat d

Link Live Streaming : Liverpool FC vs Crystal Palace

Beberapa link live diperolehi untuk perlawanan terakhir EPL musim ini. https://www.mobisports.live/2021/05/premier-league-liverpool-vs-crystal.html?m=1 https://www.goforsports.net/2021/05/lfccry/ https://www.sportstrack.in/2021/05/epl-liv-vs-crystal.html ADMIN Selamat menonton. YNWA

Media | Kostas Tsimikas Hantar Balik Tiga Pemain Burnley Ke Turf Moor - Mendapat Tepukan Penonon

Liverpool mencatatkan kemenangan 2 - 0 ke atas Burnley dalam perlawanan sulung di Anfield yang penuh dengan penonton.  Dan Kostas Tsimikas juga mempamerkan persembahan yang memukau ketika perlawanan tersebut.  Sebelum itu Tsimikas juga memberikan peluang untuk Diogo Jota menjaringkan gol pertama buat Liverpool. Gol kedua pula dijaringkan oleh Sadio Mane, yang berpunca dari hantaran jauh Van Dijk yang dikawal baik oleh Harvey Elliot dengan lorongan buat Trent dan seterusnya Mane menyudahkan hantaran itu.  Burnley berusaha untuk mencari gol bagi membolehkan mereka bangkit semula, dan Tsimikas ketika itu mempamerkan ketenangan dan kepantasan dalam mengawal penguasaan bola.  Beliau berhadapan dengan Lowton, McNeil dan Jay Rodriguez ketika itu. Saksikan : ADMIN Boleh tahan. Well done Tsimikas. YNWA. Sumber : Planet Football