Langkah pertama pasukan setelah tirai liga musim 2019 2020 ditutup selepas perlawanan semalam.
2 minggu off bola - Jurgen Klopp. Foto : Gettyimages |
Dan pemain Liverpool akan diberikan cuti selama 2 minggu setelah mengakhiri kempen liga selaku juara.
The Reds menamatkan kempen musim ini dengan 99 mata setelah menewaskan Newcastle United 3 - 1 walaupun suatu masa ketinggalan semalam.
Virgil Van Dijk, Divock Origi dan Sadio Mane masing masing menjaringkan gol meskipun Dwight Gayle meletakkan Newcastle di hadapan selepas 24 saat.
Kemenangan itu memastikan Liverpool memintas pencapaian mata musim lepas dengan kutipan 97 mata, namun hanya kekurangan 1 mata untuk menyamai pencapaian Man City dengan 100 mata keseluruhan.
Dan The Reds diberikan cuti dua minggu sebelum kembali menjalani persiapan untuk menghadapi musim 2020 / 2021 yang dijadualkan bermula pada 12 September 2020.
Menurut Klopp :
"Kami akan bercuti selama 2 minggu. Mereka akan bercuti tanpa memikirkan bola, off semua".
"Perintah berkurung sebelum ini menimbulkan tekanan kepada ramai pemain".
"Mereka terpaksa mengekalkan kecergasan sebaik mungkin selama perintah berkurung. Ketika perintah itu dilaksanakan kami berharap dapat kembali bermain pada 01 April. Tetapi kami telah berbincang bersama untuk memastikan mereka bersedia".
"Namun ia tidak menjadi kenyataan. Situasi itu benar benar tertekan".
"Dan sekarang kami bercuti minggu. Seseorang akan memberitahu kami bilakah musim akan bermula dan kami akan melakukan persiapan selepas itu".
"Masih ada kejohanan lain yang akan dilangsungkan seperti UCL dan Europa League. Manakala kami akan bercuti 2 minggu dan akan menggunakan cuti itu juga".
"Saya sendiri pun turut bercuti!"
ADMIN
Selamat bercuti kepada semua staf dan pemain Liverpool. YNWA. Terima kasih dan tahniah untuk kejayaan musim ini.
Sumber : Liverpool Echo
Comments
Post a Comment