Skip to main content

Dejan Lovren Semakin Hampir Meninggalkan Liverpool Untuk Ke Zenit St Petersburg

Difahamkan kedua dua kelab telah bersetuju dengan nilai perpindahan berjumlah £11 juta. 

Dejan Lovren sudah 6 musim bersama Liverpool. Foto : Gettyimages
Sebelum ini beliau adalah pemain pertahanan tengah pilihan keempat di bawah Jurgen Klopp dan hanya melakukan 10 penampilan dalam EPL pada musim ini. 

Dengan Joe Gomez dan Virgil Van Dijk merupakan pilihan utama Jurgen Klopp di bahagian pertahanan tengah, beliau hanya melakukan penampilan 15 kali dalam semua kejohanan dengan kali terakhir beliau diturunkan adalah ketika kekalahan Liverpool ke atas Watford. 

Kelab Russia Zenit St Petersburg berminat untuk mendapatkan khidmat beliau dan difahamkan Liverpool telah bersetuju dengan harga yang ditawarkan oleh kelab tersebut. 

Echo difahamkan perbincangan antara Zenit dan Liverpool telah berlangsung selama sebulan lepas dan pemain itu dijangka berhijrah sebaik sahaja pintu perpindahan dibuka. 

Sebelum itu Lovren menjadi sasaran perpindahan kelab seperti Milan dan Roma sejak 12 bulan lalu. 

Namun Liverpool tidak mahu meneruskan perbincangan dengan Roma apabila mengetahui taktik perbincangan oleh kelab Itali itu dan Lovren kekal di Liverpool.

Pemain pertahanan tengah Croatia itu menyertai Liverpool dari Southampton dengan nilai £20 juta pada 2014 dan melakukan 185 penampilan bersama Liverpool dengan meraih kejuaraan Liga Perdana, UCL, UEFA Supercup dan Club World Cup. 

Perpindahan beliau memungkinkan Liverpool akan meneliti pasaran perpindahan untuk pengganti beliau dengan kelab itu hanya mempunyai 3 pemain pertahanan tengah utama jika Lovren melengkapkan perpindahan ke Russia. 

The Reds masih mempunyai pemain muda di bahagian tersebut seperti Ki Jana Hoever dan Sepp Van Der Berg. 

ADMIN

Mungkin kita boleh ucapkan selamat tinggal untuk beliau. Puas hati dah Lovren dapat major trophy. YNWA.

Sumber : Liverpool Echo


Comments

Popular posts from this blog

Bilakah Andy Robertson Dijangka Kembali Menjalani Latihan Pramusim Bersama Liverpool

Tiada mana mana pemain Liverpool yang mampu mencapai minit permainan Robbo pada 2020 / 2021 dengan mengharungi 64 penampilan keseluruhan bersama kelab dan negara. Ianya musim yang amat memenatkan buat semua pasukan berikutan pandemik yang melanda dunia ketika ini.  Namun Robertson kekal sebagai salah satu pemain utama Klopp musim lepas dengan melakukan 50 penampilan daripada 53 perlawanan Liverpool dengan jumlah minit perlawanan sebanyak 4319 minit.  Termasuk minit perlawanan yang dilaluinya bersama skuad Scotland yang berjumlah 1273 minit, secara keseluruhan Robbo bermain sebanyak 5592 minit perlawanan. Di usia 27 tahun, beliau tidak perlu dibebani dengan minit perlawanan yang begitu banyak jika mahu berada di tahap tertinggi kariernya menjelang usia 30 an.  Namun kekecewaan di Euro 2020 telah melanda pasukan Scotland apabila tersingkir awal dan ini bermakna Robertson akan mula menikmati cuti musim panas beliau sekarang ini.  Menurut The Athletics, pemain pasukan yang tidak terlibat d

Link Live Streaming : Liverpool FC vs Crystal Palace

Beberapa link live diperolehi untuk perlawanan terakhir EPL musim ini. https://www.mobisports.live/2021/05/premier-league-liverpool-vs-crystal.html?m=1 https://www.goforsports.net/2021/05/lfccry/ https://www.sportstrack.in/2021/05/epl-liv-vs-crystal.html ADMIN Selamat menonton. YNWA

Media | Kostas Tsimikas Hantar Balik Tiga Pemain Burnley Ke Turf Moor - Mendapat Tepukan Penonon

Liverpool mencatatkan kemenangan 2 - 0 ke atas Burnley dalam perlawanan sulung di Anfield yang penuh dengan penonton.  Dan Kostas Tsimikas juga mempamerkan persembahan yang memukau ketika perlawanan tersebut.  Sebelum itu Tsimikas juga memberikan peluang untuk Diogo Jota menjaringkan gol pertama buat Liverpool. Gol kedua pula dijaringkan oleh Sadio Mane, yang berpunca dari hantaran jauh Van Dijk yang dikawal baik oleh Harvey Elliot dengan lorongan buat Trent dan seterusnya Mane menyudahkan hantaran itu.  Burnley berusaha untuk mencari gol bagi membolehkan mereka bangkit semula, dan Tsimikas ketika itu mempamerkan ketenangan dan kepantasan dalam mengawal penguasaan bola.  Beliau berhadapan dengan Lowton, McNeil dan Jay Rodriguez ketika itu. Saksikan : ADMIN Boleh tahan. Well done Tsimikas. YNWA. Sumber : Planet Football