Legenda Liverpool itu juga tidak berkesempatan menonton bekas kelabnya itu meraikan kejuaraan EPL.
Jordan Henderson mewarisi gelaran kapten dari legenda Liverpool Steven Gerrard. Foto : Gettyimages |
Namun Steven Gerrard berkata beliau amat berbangga dengan bekas kelabnya itu secara rasmi dinobatkan sebagai juara EPL musim ini.
The Reds dianugerahkan trofi kejuaraan selepas berakhirnya perlawanan menentang Chelsea yang berkesudahan dengan kemenangan 5 - 3.
Ia merupakan kemenangan ke 31 Liverpool musim ini dengan kutipan mata yang ke 96 dengan kunjungan ke Newcastle United hujung minggu ini adalah perlawanan terakhir liga musim ini.
Gerrard tidak berkesempatan untuk menonton aksi perlawanan Liverpool - Chelsea kerana terlibat dalam perlawanan persahabatan antara Rangers dan Motherwell.
Sekaligus beliau terlepas momen Liverpool menjulang trofi EPL namun berjanji akan menonton rakaman perlawanan tersebut sambil menggambarkan perasaan bangga terhadap skuad Liverpool dan staf kelab tersebut.
Apabila ditanya adakah beliau kecewa tidak dapat menonton perlawanan tersebut, Gerrard berkata :
"Ianya telah dirakam. Saya akan balik dan menonton perlawanan tersebut. Saya akan menonton highlight dan saat saat Jordan menjulang kejuaraan itu".
"Tiada individu yang amat berbangga dengan Liverpool di Glasgow seperti saya".
"Mereka adalah pasukan terbaik buat masa sekarang. Mereka meraih kejuaraan Eropah sebelum itu dan kini meraih pula kejuaraan EPL".
"Saya amat berbangga dengan mereka. Mereka adalah pasukan terbaik dengan pengurus terbaik. Diharap mereka mampu mencatatkan lebih kejayaan selepas ini".
ADMIN
Ada komitmen lain. Jadi bangsa highlight pun okay wahai lejen. YNWA.
Sumber : Liverpool Echo
Comments
Post a Comment