Penjaga gol nombor 1 Liverpool itu telah diberikan cuti oleh kelab berikutan pemergian ayahnya minggu lepas. Namun begitu Liverpool berjaya mencatatkan kemenangan penting 2 - 0 ke atas Sheffield United pada perlawanan awal pagi tadi. Berikutan insiden yang melibatkan ayah Alisson tersebut, beliau telah diberikan cuti untuk menenangkan dirinya namun Jurgen Klopp mendedahkan bahawa pemain itu kini bersedia untuk diturunkan dalam perlawanan menentang Chelsea pada awal pagi Jumaat. Klopp amat yakin Alisson dapat diturunkan pada perlawanan menentang Chelsea, ditambah lagi dengan 2 pemain yang akan kembali iaitu Fabinho dan Diogo Jota yang baru pulih dari kecederaan. Sementara itu Naby Keita dan James Milner telah membuktikan kecergasan mereka apabila telah diturunkan pada separuh masa kedua pada awal pagi tadi. Dengan ini hanya Virgil Van Dijk, Joe Gomez, Joel Matip dan Jordan Henderson sahaja kini berada dalam senarai kecederaan. Chelsea kini hanya dipisahkan dengan 1 mata di atas Liverpo
Tukang Story Liverpool dan Bola Semasa