Skip to main content

"Harap Prestasi Baik Beliau Kekal" - Klopp Mengenai Prestasi Ozan Kabak

Pengurus Liverpool itu memuji Ozan Kabak yang kini semakin memahami corak permainan kelab.


Sebelum ini beliau dikritik teruk berikutan kesilapan beliau yang membolehkan Harvey Barnes bersama Jamie Vardy menjaringkan gol untuk Leicester namun berjaya memberikan persembahan memberangsangkan ketika Liverpool menewaskan RB Leipzig awal pagi Rabu lalu.

Beliau menggunakan pengalaman yang dimiliki ketika beraksi di Bundesliga untuk membantu Liverpool mencatatkan kemenangan 2 gol tanpa bolos di Hungary. 

Kabak kini mendapat kepercayaan pengurus untuk menjadi pemain utama di bahagian pertahanan setelah ketiadaan Virgil Van Dijk, Joel Matip dan Joe Gomez.

Dan Klopp mengambil kesempatan untuk memuji persembahan Kabak dengan menyatakan beliau kental bertahan sebelum ini. 

"Potensi besar. Berumur 20 tahun, namun mempunyai banyak pengalaman. Beliau menghadapi karier beliau sebelum ini bukan dengan cara mudah".

"Jika anda berada di Istanbul dan sentiasa bermain dengan salah satu pasukan terkuat di sana dan sentiada juara, anda memilih untuk ke Stuttgart dan kemudiannya ke Schalke".

"Di sana anda harus bekerja keras untuk memenangi perlawanan untuk pasukan. Bagi pandangan saya, ianya satu pembelajaran yang amat baik".

"Dan kini beliau berada di sini dan nampak mempunyai masa depan yang cerah".

"Beliau sebenarnya bermain dengan baik. Namun kita lihat situasi pertama dan kedua selepas gol itu, sebenarnya beliau bermain dengan baik pada awalnya".

"Tidak dilupakan kita menentang pasukan kedua atau ketiga EPL ketika itu dan ianya menyukarkan barisan penyerang mereka".

"Dan beliau melakukan tugas dengan baik dalam dua perlawanan dan diharap ianya berterusan".

ADMIN

Ozan Kabak mungkin akan berada dalam kesebelasan utama Liverpool lagi awal pagi esok. YNWA. 

Sumber : This Is Anfield


Comments

Popular posts from this blog

Link Live Streaming : Liverpool FC vs Crystal Palace

Beberapa link live diperolehi untuk perlawanan terakhir EPL musim ini. https://www.mobisports.live/2021/05/premier-league-liverpool-vs-crystal.html?m=1 https://www.goforsports.net/2021/05/lfccry/ https://www.sportstrack.in/2021/05/epl-liv-vs-crystal.html ADMIN Selamat menonton. YNWA

Media | Kostas Tsimikas Hantar Balik Tiga Pemain Burnley Ke Turf Moor - Mendapat Tepukan Penonon

Liverpool mencatatkan kemenangan 2 - 0 ke atas Burnley dalam perlawanan sulung di Anfield yang penuh dengan penonton.  Dan Kostas Tsimikas juga mempamerkan persembahan yang memukau ketika perlawanan tersebut.  Sebelum itu Tsimikas juga memberikan peluang untuk Diogo Jota menjaringkan gol pertama buat Liverpool. Gol kedua pula dijaringkan oleh Sadio Mane, yang berpunca dari hantaran jauh Van Dijk yang dikawal baik oleh Harvey Elliot dengan lorongan buat Trent dan seterusnya Mane menyudahkan hantaran itu.  Burnley berusaha untuk mencari gol bagi membolehkan mereka bangkit semula, dan Tsimikas ketika itu mempamerkan ketenangan dan kepantasan dalam mengawal penguasaan bola.  Beliau berhadapan dengan Lowton, McNeil dan Jay Rodriguez ketika itu. Saksikan : ADMIN Boleh tahan. Well done Tsimikas. YNWA. Sumber : Planet Football

Media : Harvey Elliot Tamatkan Musim Bersama Blackburn Rovers Dengan Gol Peribadi Ketujuh

Ianya perlawanan terakhir beliau bersama Blackburn Rovers musim ini selain daripada menyumbangkan 11 assist kepada pasukan. Meskipun beliau memulakan perlawanan di bangku simpanan, ianya tidak menghalang beliau untuk menyumbangkan satu gol sekaligus mengakhiri karier sementaranya bersama Blackburn dengan gaya tersendiri.  Beliau dibawa masuk ketika perlawanan berbaki 30 minit dan ketika itu Blackburn mendahului Birmingham dengan 3 - 2.  Dengan perlawanan berbaki 10 minit, Elliot melakukan larian dari sayap kanan ke kawasan tengah.  Beliau menyambut baik hantaran Corey Evans, sekaligus melakukan tendangan lob melepasi penjaga gol Birmingham untuk menjaringkan gol keempat Blackburn.  Saksikan. Setakat ini Elliot merupakan sumber kreatif buat pasukan Blackburn musim ini, selain daripada 7 gol, 11 assist dan baru berusia 18 tahun pada April lepas. Selepas ini Elliot akan kembali ke Liverpool dan berkemungkinan berlatih dalam skuad utama untuk pramusim.  Kreativiti beliau mungkin diperlukan