Mereka menerima anugerah ini setelah melakukan penampilan dalam skuad senior pada musim ini.
Kelleher melakukan penampilan pertama ketika menewaskan Wolves 4 - 0 pada Disember lepas.
Manakala Phillips melakukan penampilan pada Oktober lepas ketika menumpaskan WHU 2 - 1, dan William melakukan penampilan pertamanya ketika menewaskan Spur 2 - 1.
Ketiga tiga pemain Academy itu telah dianugerahkan Debut Ball di AXA Training Centre sebagai satu pengiktirafan oleh Premier League.
Diperkenalkan pada 2015 2016, ianya diberikan kepada pemain akademi kelab itu sendiri yang berjaya melakukan penampilan sulung dalam skuad senior EPL mereka di mana mereka harus bersama akademi selama tiga tahun berterusan sebelum itu untuk dianggap sebagai homegrown player.
Anugerah itu berupa sebiji bola Nike dalam musim mereka melakukan debut bersama kelab dan diletakkan dalam bekas kaca khas.
ADMIN
Tahniah kepada Rhys William, Caomhim Kelleher dan Nat Phillips. YNWA.
Sumber : Liverpool FC
Comments
Post a Comment