Skip to main content

Liverpool Kembali Ke Landasan Kemenangan : Tumpaskan Sheffield United 2 - 0

Jaringan Curtis Jones dan Roberto Firmino sudah memadai buat The Reds mencatatkan kemenangan penting di Bramall Lane. 


Setelah 7 hari Liverpool tidak bermain setelah kekalahan ke atas Everton, mereka kembali ke halaman lawan kali ini tanpa Alisson yang memerlukan masa bertenang, Hendo yang cedera dan Jota jatuh sakit. 


Manakala Sheffield membariskan pemain utama mereka seperti Olie McBurnie dan MacGoldrick.

Namun Sheffield United memulakan perlawanan dengan menguji penjaga gol Liverpool yang disimpan selama ini, Adrian seawal minit ke 3 menerusi tandukan Macgoldrick tetapi ditepis keluar. 

Giliran Liverpool pula menguji kekebalan penjaga gol Sheffield United menerusi rembatan 1 v 1 dari Firmino pada minit ke 10, sebelum Robbo cuba menyungkit bola ke arah gol tetapi ditepis sekali lagi oleh Ramsdale. 

Minit ke 16 menyaksikan Adrian berjaya menepis rembatan Macgoldrick yang terkena kaki McBurnie ketika itu. 

Liverpool semakin agresif menyerang, dengan kali ini TAA berjaya melakukan hantaran lintang tepat untuk disambar Jones tetapi Ramsdale bertindak cemerlang lagi menguis bola keluar pada minit ke 20.

Minit ke 29 menyaksikan tolakan Firmino buat Mo Salah juga digagalkan penjaga gol lawan, dan berselang 2 minit TAA berjaya mengelecek pemain pertahanan Sheffield namun digagalkan lagi oleh kekebalan penjaga gol lawan.

Satu satunya peluang keemasan hadir di separuh masa pertama, adalah menerusi rembatan luar petak Wijnaldum yang ditepis Ramsdale, namun jatuh ke Firmino tetapi kuisan ke tengah kembali dikeluarkan pertahanan Sheffield United di minit ke 38. 

Bersambung babak kedua, Liverpool tidak perlu menunggu lama untuk membuka jaringan.

Satu hantaran lintang yang tepat di atas garisan oleh TAA, terkena Firmino di near post dan akhirnya Jones menyudahkan menerusi satu rembatan kencang di minit ke 48. 

Liverpool hampir menambah gol kedua menerusi Sadio Mane pada minit ke 53, tetapi pembantu pengadil mendakwa pemain itu telah berada dalam kedudukan ofsaid.

Sheffield cuba bertindakbalas untuk mencari gol penyamaan pada minit ke 57, namun tandukan padu MacBurnie ketika itu hanya sipi dari pintu gol Liverpool.

Liverpool akhirnya berjaya mendapat gol kedua, apabila Jones, Mane dan Firmino bertukar hantaran dengan percubaan Firmino ke gol terkena kaki pemain lawan sebelum menerjah jaring di minit ke 64. 

The Reds terus melakukan beberapa percubaan dengan peluang untuk gol ketiga oleh Robbo melambung tinggi hasil rembatan voli, dan James Milner ketika itu dimasukkan menggantikan Thiago.

Mo Salah hampir menguis masuk untuk gol ketiga Liverpool pada minit ke 84, namun tidak cukup klinikal ketika itu dengan Jones pula memberi laluan untuk Keita. 

Dan Liverpool berjaya mempertahankan kedudukan 2 - 0 hingga tamat perlawanan bagi mengakhiri siri kekalahan sebelum ini. 

ADMIN

Teruskan usaha wahai Liverpool. YNWA.


Comments

Popular posts from this blog

Link Live Streaming : Liverpool FC vs Crystal Palace

Beberapa link live diperolehi untuk perlawanan terakhir EPL musim ini. https://www.mobisports.live/2021/05/premier-league-liverpool-vs-crystal.html?m=1 https://www.goforsports.net/2021/05/lfccry/ https://www.sportstrack.in/2021/05/epl-liv-vs-crystal.html ADMIN Selamat menonton. YNWA

Media | Kostas Tsimikas Hantar Balik Tiga Pemain Burnley Ke Turf Moor - Mendapat Tepukan Penonon

Liverpool mencatatkan kemenangan 2 - 0 ke atas Burnley dalam perlawanan sulung di Anfield yang penuh dengan penonton.  Dan Kostas Tsimikas juga mempamerkan persembahan yang memukau ketika perlawanan tersebut.  Sebelum itu Tsimikas juga memberikan peluang untuk Diogo Jota menjaringkan gol pertama buat Liverpool. Gol kedua pula dijaringkan oleh Sadio Mane, yang berpunca dari hantaran jauh Van Dijk yang dikawal baik oleh Harvey Elliot dengan lorongan buat Trent dan seterusnya Mane menyudahkan hantaran itu.  Burnley berusaha untuk mencari gol bagi membolehkan mereka bangkit semula, dan Tsimikas ketika itu mempamerkan ketenangan dan kepantasan dalam mengawal penguasaan bola.  Beliau berhadapan dengan Lowton, McNeil dan Jay Rodriguez ketika itu. Saksikan : ADMIN Boleh tahan. Well done Tsimikas. YNWA. Sumber : Planet Football

Media : Harvey Elliot Tamatkan Musim Bersama Blackburn Rovers Dengan Gol Peribadi Ketujuh

Ianya perlawanan terakhir beliau bersama Blackburn Rovers musim ini selain daripada menyumbangkan 11 assist kepada pasukan. Meskipun beliau memulakan perlawanan di bangku simpanan, ianya tidak menghalang beliau untuk menyumbangkan satu gol sekaligus mengakhiri karier sementaranya bersama Blackburn dengan gaya tersendiri.  Beliau dibawa masuk ketika perlawanan berbaki 30 minit dan ketika itu Blackburn mendahului Birmingham dengan 3 - 2.  Dengan perlawanan berbaki 10 minit, Elliot melakukan larian dari sayap kanan ke kawasan tengah.  Beliau menyambut baik hantaran Corey Evans, sekaligus melakukan tendangan lob melepasi penjaga gol Birmingham untuk menjaringkan gol keempat Blackburn.  Saksikan. Setakat ini Elliot merupakan sumber kreatif buat pasukan Blackburn musim ini, selain daripada 7 gol, 11 assist dan baru berusia 18 tahun pada April lepas. Selepas ini Elliot akan kembali ke Liverpool dan berkemungkinan berlatih dalam skuad utama untuk pramusim.  Kreativiti beliau mungkin diperlukan