Skip to main content

Curtis Jones : Gol Ini Untuk Ali Dan Mendiang Ayahnya

Beliau membuka jaringan seawal minit 48 ketika menentang Sheffield United awal pagi tadi.


Alisson baru baru ini telah kehilangan ayahnya dengan tragik, dan beliau tidak bermain dalam perlawanan menentang Sheffield United hari ini.

Tempat Ali diisi oleh Adrian, dengan gandingan baru pemain pertahanan tengah Kabak - Nat Phillips manakala Curtis Jones bermain dengan penuh bersemangat di barisan hadapan. 

Selain itu beliau juga terlibat dalam build up untuk gol kedua, meskipun jaringan itu dianggap jaringan sendiri oleh Kean Bryan dengan The Reds mencatat kemenangan pertama mereka sejak beberapa perlawanan lepas. 

Menurut Jones menerusi Sky Sports :

"Ianya masa sukar buat saya dan pasukan, tetapi saya amat gembira dapat membantu menjaringkan gol".

"Saya ingin menyatakan bahawa saya mendedikasikan gol ini buat Ali dan mendiang ayahnya, semoga beliau bersemadi dengan tenang dan gol ini untuk saudaraku Ali". 

"Beliau seorang yang tabah dan memainkan peranan besar buat kami semua. Beliau tidak berada di sini, kami amat merasai ketiadaan beliau dan gol ini untuk beliau, mendiang ayahnya dan semua ahli keluarga beliau".

Ini merupakan jaringan pertama Jones dalam kempen EPL, selain daripada 7 gol dari 42 perlawanan bersama skuad senior dan dengan beliau juga telah mencetak 5 assist setakat ini. 

Persembahan meyakinkan beliau sejak beberapa perlawanan sebelumnya menyaksikan beliau mendapat tempat dalam kesebelasan utama dengan bergandingan bersama sama Mane, Salah dan Firmino setakat ini.

Tambah beliau :

"Saya telah menjelaskan sebelum ini saya adalah pemain yang mahu memberikan gol dan assist buat pasukan, dan masanya dah tiba ketika ini".

"Secara keseluruhan kami bermain dengan baik. Saya gembira kami berjaya mendapatkan 3 mata di sini dan We Go Again".

ADMIN

Terbaik dari Curtis Jones buat keluarga Alisson. Inilah semangat YNWA sebenar.

Sumber : This Is Anfield

Comments

Popular posts from this blog

Link Live Streaming : Liverpool FC vs Crystal Palace

Beberapa link live diperolehi untuk perlawanan terakhir EPL musim ini. https://www.mobisports.live/2021/05/premier-league-liverpool-vs-crystal.html?m=1 https://www.goforsports.net/2021/05/lfccry/ https://www.sportstrack.in/2021/05/epl-liv-vs-crystal.html ADMIN Selamat menonton. YNWA

Media | Kostas Tsimikas Hantar Balik Tiga Pemain Burnley Ke Turf Moor - Mendapat Tepukan Penonon

Liverpool mencatatkan kemenangan 2 - 0 ke atas Burnley dalam perlawanan sulung di Anfield yang penuh dengan penonton.  Dan Kostas Tsimikas juga mempamerkan persembahan yang memukau ketika perlawanan tersebut.  Sebelum itu Tsimikas juga memberikan peluang untuk Diogo Jota menjaringkan gol pertama buat Liverpool. Gol kedua pula dijaringkan oleh Sadio Mane, yang berpunca dari hantaran jauh Van Dijk yang dikawal baik oleh Harvey Elliot dengan lorongan buat Trent dan seterusnya Mane menyudahkan hantaran itu.  Burnley berusaha untuk mencari gol bagi membolehkan mereka bangkit semula, dan Tsimikas ketika itu mempamerkan ketenangan dan kepantasan dalam mengawal penguasaan bola.  Beliau berhadapan dengan Lowton, McNeil dan Jay Rodriguez ketika itu. Saksikan : ADMIN Boleh tahan. Well done Tsimikas. YNWA. Sumber : Planet Football

Media : Harvey Elliot Tamatkan Musim Bersama Blackburn Rovers Dengan Gol Peribadi Ketujuh

Ianya perlawanan terakhir beliau bersama Blackburn Rovers musim ini selain daripada menyumbangkan 11 assist kepada pasukan. Meskipun beliau memulakan perlawanan di bangku simpanan, ianya tidak menghalang beliau untuk menyumbangkan satu gol sekaligus mengakhiri karier sementaranya bersama Blackburn dengan gaya tersendiri.  Beliau dibawa masuk ketika perlawanan berbaki 30 minit dan ketika itu Blackburn mendahului Birmingham dengan 3 - 2.  Dengan perlawanan berbaki 10 minit, Elliot melakukan larian dari sayap kanan ke kawasan tengah.  Beliau menyambut baik hantaran Corey Evans, sekaligus melakukan tendangan lob melepasi penjaga gol Birmingham untuk menjaringkan gol keempat Blackburn.  Saksikan. Setakat ini Elliot merupakan sumber kreatif buat pasukan Blackburn musim ini, selain daripada 7 gol, 11 assist dan baru berusia 18 tahun pada April lepas. Selepas ini Elliot akan kembali ke Liverpool dan berkemungkinan berlatih dalam skuad utama untuk pramusim.  Kreativiti beliau mungkin diperlukan