Skip to main content

"Khabar Angin Itu Memetik Saya Dipecat Atau Letak Jawatan?" - Jurgen Klopp

Pengurus Liverpool itu menjelaskan mengenai khabar angin yang mendakwa beliau akan meletak jawatan sebagai pengurus kelab.


Beliau telah menyaksikan prestasi pasukannya menurun sejak beberapa minggu lepas namun bersedia untuk cuba memenangi seberapa banyak perlawanan. 

Ketika ini ramai pihak telah menimbulkan spekulasi adakah Liverpool mampu mengakhiri liga di kelompok 4 pasukan terbaik musim ini. 

Pada masa yang sama juga, timbul spekulasi bahawa Klopp sedang mempertimbangkan masa depan beliau bersama Liverpool selain daripada Klopp masih bersedih di atas kehilangan ibunya. 

Namun bercakap menerusi sidang media, Klopp menjelaskan bahawa meletak jawatan bukanlah agenda yang terfikir buat beliau ketika ini.

"Mereka menyatakan saya dipecat atau letak jawatan? Sebenarnya saya tidak perlukan rehat".

"Secara peribadi ianya sukar buat keluarga namun ianya sudah berlalu begitu lama dan kami menyelesaikan isu itu bersama keluarga 100%".

Peminat Liverpool meletakkan banner di luar Anfield untuk menyatakan sokongan kepada pengurus itu namun Klopp mendedahkan bahawa beliau bersedia untuk cabaran seterusnya.

Tambah beliau : 

"Saya terdengar mengenai banner itu. Namun saya tidak merasakan saya memerlukan sokongan buat masa sekarang. Saya amat berterima kasih dan banner itu amat menarik".

"Saya amat bersemangat sekarang, secara jujurnya. Saya melihat ianya cabaran yang menarik. Kami akan menyelesaikan masalah ini dengan terus bermain. Kami akan berjuang habis habisan. Itu pelannya".

"Tidak perlu risau akan keadaan saya".

"Kami akan melakukannya demi peminat. Saya amat kecewa jika tidak mampu memenangi perlawanan untuk peminat".

ADMIN

Jangan percaya khabar angin. YNWA Jurgen Klopp.

Sumber : Daily Mirror

Comments

Popular posts from this blog

Bilakah Andy Robertson Dijangka Kembali Menjalani Latihan Pramusim Bersama Liverpool

Tiada mana mana pemain Liverpool yang mampu mencapai minit permainan Robbo pada 2020 / 2021 dengan mengharungi 64 penampilan keseluruhan bersama kelab dan negara. Ianya musim yang amat memenatkan buat semua pasukan berikutan pandemik yang melanda dunia ketika ini.  Namun Robertson kekal sebagai salah satu pemain utama Klopp musim lepas dengan melakukan 50 penampilan daripada 53 perlawanan Liverpool dengan jumlah minit perlawanan sebanyak 4319 minit.  Termasuk minit perlawanan yang dilaluinya bersama skuad Scotland yang berjumlah 1273 minit, secara keseluruhan Robbo bermain sebanyak 5592 minit perlawanan. Di usia 27 tahun, beliau tidak perlu dibebani dengan minit perlawanan yang begitu banyak jika mahu berada di tahap tertinggi kariernya menjelang usia 30 an.  Namun kekecewaan di Euro 2020 telah melanda pasukan Scotland apabila tersingkir awal dan ini bermakna Robertson akan mula menikmati cuti musim panas beliau sekarang ini.  Menurut The Athletics, pemain pasukan yang tidak terlibat d

Link Live Streaming : Liverpool FC vs Crystal Palace

Beberapa link live diperolehi untuk perlawanan terakhir EPL musim ini. https://www.mobisports.live/2021/05/premier-league-liverpool-vs-crystal.html?m=1 https://www.goforsports.net/2021/05/lfccry/ https://www.sportstrack.in/2021/05/epl-liv-vs-crystal.html ADMIN Selamat menonton. YNWA

Media | Kostas Tsimikas Hantar Balik Tiga Pemain Burnley Ke Turf Moor - Mendapat Tepukan Penonon

Liverpool mencatatkan kemenangan 2 - 0 ke atas Burnley dalam perlawanan sulung di Anfield yang penuh dengan penonton.  Dan Kostas Tsimikas juga mempamerkan persembahan yang memukau ketika perlawanan tersebut.  Sebelum itu Tsimikas juga memberikan peluang untuk Diogo Jota menjaringkan gol pertama buat Liverpool. Gol kedua pula dijaringkan oleh Sadio Mane, yang berpunca dari hantaran jauh Van Dijk yang dikawal baik oleh Harvey Elliot dengan lorongan buat Trent dan seterusnya Mane menyudahkan hantaran itu.  Burnley berusaha untuk mencari gol bagi membolehkan mereka bangkit semula, dan Tsimikas ketika itu mempamerkan ketenangan dan kepantasan dalam mengawal penguasaan bola.  Beliau berhadapan dengan Lowton, McNeil dan Jay Rodriguez ketika itu. Saksikan : ADMIN Boleh tahan. Well done Tsimikas. YNWA. Sumber : Planet Football