Skip to main content

Jurgen Klopp Dedahkan Alisson Akan Kembali Dalam Perlawanan Menentang Chelsea

Penjaga gol nombor 1 Liverpool itu telah diberikan cuti oleh kelab berikutan pemergian ayahnya minggu lepas.


Namun begitu Liverpool berjaya mencatatkan kemenangan penting 2 - 0 ke atas Sheffield United pada perlawanan awal pagi tadi.

Berikutan insiden yang melibatkan ayah Alisson tersebut, beliau telah diberikan cuti untuk menenangkan dirinya namun Jurgen Klopp mendedahkan bahawa pemain itu kini bersedia untuk diturunkan dalam perlawanan menentang Chelsea pada awal pagi Jumaat.

Klopp amat yakin Alisson dapat diturunkan pada perlawanan menentang Chelsea, ditambah lagi dengan 2 pemain yang akan kembali iaitu Fabinho dan Diogo Jota yang baru pulih dari kecederaan.

Sementara itu Naby Keita dan James Milner telah membuktikan kecergasan mereka apabila telah diturunkan pada separuh masa kedua pada awal pagi tadi. 

Dengan ini hanya Virgil Van Dijk, Joe Gomez, Joel Matip dan Jordan Henderson sahaja kini berada dalam senarai kecederaan.

Chelsea kini hanya dipisahkan dengan 1 mata di atas Liverpool, dengan hanya mencatatkan keputusan seri 0 - 0 ke atas Man United awal pagi sebelum perlawanan Liverpool.

Ditambah lagi dengan kekalahan Leicester dan West Ham, ianya memberi peluang buat Liverpool menghidupkan kembali pemburuan slot Top 4 EPL buat masa sekarang. 

ADMIN

Pastinya kita akan merindui aksi Adrian pada awal pagi tadi. Haha.


Tetapi kita amat memerlukan khidmat Alisson, dan dua pemain utama lain untuk mencabar Chelsea minggu ini. YNWA.

Sumber : This Is Anfield

Comments

Popular posts from this blog

Link Live Streaming : Liverpool FC vs Crystal Palace

Beberapa link live diperolehi untuk perlawanan terakhir EPL musim ini. https://www.mobisports.live/2021/05/premier-league-liverpool-vs-crystal.html?m=1 https://www.goforsports.net/2021/05/lfccry/ https://www.sportstrack.in/2021/05/epl-liv-vs-crystal.html ADMIN Selamat menonton. YNWA

Media | Kostas Tsimikas Hantar Balik Tiga Pemain Burnley Ke Turf Moor - Mendapat Tepukan Penonon

Liverpool mencatatkan kemenangan 2 - 0 ke atas Burnley dalam perlawanan sulung di Anfield yang penuh dengan penonton.  Dan Kostas Tsimikas juga mempamerkan persembahan yang memukau ketika perlawanan tersebut.  Sebelum itu Tsimikas juga memberikan peluang untuk Diogo Jota menjaringkan gol pertama buat Liverpool. Gol kedua pula dijaringkan oleh Sadio Mane, yang berpunca dari hantaran jauh Van Dijk yang dikawal baik oleh Harvey Elliot dengan lorongan buat Trent dan seterusnya Mane menyudahkan hantaran itu.  Burnley berusaha untuk mencari gol bagi membolehkan mereka bangkit semula, dan Tsimikas ketika itu mempamerkan ketenangan dan kepantasan dalam mengawal penguasaan bola.  Beliau berhadapan dengan Lowton, McNeil dan Jay Rodriguez ketika itu. Saksikan : ADMIN Boleh tahan. Well done Tsimikas. YNWA. Sumber : Planet Football

Media : Harvey Elliot Tamatkan Musim Bersama Blackburn Rovers Dengan Gol Peribadi Ketujuh

Ianya perlawanan terakhir beliau bersama Blackburn Rovers musim ini selain daripada menyumbangkan 11 assist kepada pasukan. Meskipun beliau memulakan perlawanan di bangku simpanan, ianya tidak menghalang beliau untuk menyumbangkan satu gol sekaligus mengakhiri karier sementaranya bersama Blackburn dengan gaya tersendiri.  Beliau dibawa masuk ketika perlawanan berbaki 30 minit dan ketika itu Blackburn mendahului Birmingham dengan 3 - 2.  Dengan perlawanan berbaki 10 minit, Elliot melakukan larian dari sayap kanan ke kawasan tengah.  Beliau menyambut baik hantaran Corey Evans, sekaligus melakukan tendangan lob melepasi penjaga gol Birmingham untuk menjaringkan gol keempat Blackburn.  Saksikan. Setakat ini Elliot merupakan sumber kreatif buat pasukan Blackburn musim ini, selain daripada 7 gol, 11 assist dan baru berusia 18 tahun pada April lepas. Selepas ini Elliot akan kembali ke Liverpool dan berkemungkinan berlatih dalam skuad utama untuk pramusim.  Kreativiti beliau mungkin diperlukan