Skip to main content

Atok Wenger : "Liverpool FC Bukan Barcelona".

Liverpool menewaskan RB Leipzig 2 - 0 manakala Barcelona dibelasah PSG 4 - 1 di halaman sendiri awal pagi tadi.


Dan bekas pengurus Arsenal itu mendedahkan mengapa Liverpool mampu menundukkan cabaran Leipzig di Hungary awal pagi tadi dengan gol dijaringkan oleh Mo Salah dan Sadio Mane. 

Sebelum ini Liverpool telah mengharungi masa sukar di kancah liga dengan hanya mencatatkan 2 kemenangan dari 10 perlawanan terakhir. 

Wenger berpendapat perlawanan di kancah Eropah membolehkan skuad Liverpool melupakan sementara masalah domestik mereka.

Beliau juga menyelar Barcelona yang tewas 4 - 1 ke atas PSG dengan mendakwa skuad Barcelona sekarang tidak mempunyai mentaliti seperti Liverpool.

Menurut Wenger menerusi BT Sport :

"Liverpool bukanlah Barcelona, kerana mereka merupakan skuad yang bagus". 

"Mereka sememangnya melalui prestasi tidak menentu sekarang namun mereka masih mempunyai potensi".

"Mungkin mereka hilang keyakinan ketika perlawanan EPL, namun dalam kejohanan lain mereka tidak mengalami tekanan psikologi dan itu sebabnya mereka berjaya memenangi perlawanan ke atas RB Leipzig".

"Jika kita lihat semula, pemain Leipzig lebih kerap menghantar bola ke belakang dan ianya menimbulkan masalah buat mereka".

"Ketika situasi gol pertama mereka boleh menghantar kembali bola ke hadapan, namun mereka melakukan kesilapan dan Liverpool mempunyai pemain yang berkualiti dalam situasi itu".

ADMIN

Mungkin ada benarnya apa yang Arsene Wenger katakan. YNWA. 

Sumber : Liverpool Echo

Comments

Popular posts from this blog

Link Live Streaming : Liverpool FC vs Crystal Palace

Beberapa link live diperolehi untuk perlawanan terakhir EPL musim ini. https://www.mobisports.live/2021/05/premier-league-liverpool-vs-crystal.html?m=1 https://www.goforsports.net/2021/05/lfccry/ https://www.sportstrack.in/2021/05/epl-liv-vs-crystal.html ADMIN Selamat menonton. YNWA

Media | Kostas Tsimikas Hantar Balik Tiga Pemain Burnley Ke Turf Moor - Mendapat Tepukan Penonon

Liverpool mencatatkan kemenangan 2 - 0 ke atas Burnley dalam perlawanan sulung di Anfield yang penuh dengan penonton.  Dan Kostas Tsimikas juga mempamerkan persembahan yang memukau ketika perlawanan tersebut.  Sebelum itu Tsimikas juga memberikan peluang untuk Diogo Jota menjaringkan gol pertama buat Liverpool. Gol kedua pula dijaringkan oleh Sadio Mane, yang berpunca dari hantaran jauh Van Dijk yang dikawal baik oleh Harvey Elliot dengan lorongan buat Trent dan seterusnya Mane menyudahkan hantaran itu.  Burnley berusaha untuk mencari gol bagi membolehkan mereka bangkit semula, dan Tsimikas ketika itu mempamerkan ketenangan dan kepantasan dalam mengawal penguasaan bola.  Beliau berhadapan dengan Lowton, McNeil dan Jay Rodriguez ketika itu. Saksikan : ADMIN Boleh tahan. Well done Tsimikas. YNWA. Sumber : Planet Football

Media : Harvey Elliot Tamatkan Musim Bersama Blackburn Rovers Dengan Gol Peribadi Ketujuh

Ianya perlawanan terakhir beliau bersama Blackburn Rovers musim ini selain daripada menyumbangkan 11 assist kepada pasukan. Meskipun beliau memulakan perlawanan di bangku simpanan, ianya tidak menghalang beliau untuk menyumbangkan satu gol sekaligus mengakhiri karier sementaranya bersama Blackburn dengan gaya tersendiri.  Beliau dibawa masuk ketika perlawanan berbaki 30 minit dan ketika itu Blackburn mendahului Birmingham dengan 3 - 2.  Dengan perlawanan berbaki 10 minit, Elliot melakukan larian dari sayap kanan ke kawasan tengah.  Beliau menyambut baik hantaran Corey Evans, sekaligus melakukan tendangan lob melepasi penjaga gol Birmingham untuk menjaringkan gol keempat Blackburn.  Saksikan. Setakat ini Elliot merupakan sumber kreatif buat pasukan Blackburn musim ini, selain daripada 7 gol, 11 assist dan baru berusia 18 tahun pada April lepas. Selepas ini Elliot akan kembali ke Liverpool dan berkemungkinan berlatih dalam skuad utama untuk pramusim.  Kreativiti beliau mungkin diperlukan