Terdapat ketidakadilan buat Liverpool dalam perlawanan Merseyside Derby di Goodison Park sebelum ini yang menyaksikan Virgil Van Dijk dan Thiago tersisih akibat kecederaan.
Dan Jurgen Klopp menegaskan bahawa tiada sebarang dendam yang disimpan berikutan terjahan Jordan Pickford terhadap Virgil Van Dijk yang telah menyebabkan pemain ini tersisih lama - walaupun mengakui terdapat emosi kuat di kalangan pemainnya.
Beliau juga menegaskan bahawa pemainnya adalah "manusia biasa" - yang telah bertindakbalas dengan cara yang betul ketika pertemuan pertama mereka September lepas.
Menurut Klopp :
"Dalam masa 2 hingga 3 minggu barulah hasil diagnosis untuk Van Dijk keluar, dan kami bersyukur juga tidak menentang Everton dalam masa yang singkat begitu".
"Kami hanyalah insan biasa dan perkara itu sudah lama berlalu walaupun ianya bukanlah berita baik buat kami. Tiada apa perlu didendamkan. Kami tidak memikirkan mengenai perkara itu".
"Namun perlawanan ini tetap perlawanan derbi dan memotivasikan kami ke tahap tertinggi, dan cuba bermain di tahap tertinggi selagi yang boleh".
Sebelum ini Klopp mendakwa Pickford harus dilayangkan kad merah berikutan kekasaran yang dilakukan terhadap Virgil Van Dijk.
Namun dalam perlawanan derbi sebelumnya menyaksikan Richarlison dilayangkan kad merah berikutan terjahan keras ke atas Thiago yang memaksa beliau berehat 3 bulan.
Dan ditanya samada perlawanan ini adalah turning point buat musim ini untuk Liverpool, Klopp berkata :
"Saya tidak pasti samada musim ini sudah berakhir buat kami atau tidak. Saya berharap mendapat keputusan yang lebih baik dari sebelumnya. Ianya hari yang amat penting buat kami".
"Kami akan bersedia untuk perlawanan hari ini. Mungkin akan timbul cerita lain tetapi saya tidak mahu berkata apa apa mengenainya".
ADMIN
Dendam itu harus disalurkan dengan cara yang betul - memenangi perlawanan Merseyside Derby.
Sumber :Daily Mirror
Comments
Post a Comment