Skip to main content

Rio Ferdinand Dan Michael Owen Memberikan Komen Mengenai Prestasi Thiago

Pemain antarabangsa Spain ini masih dinantikan impaknya kepada Liverpool setelah berhijrah dari Bayern namun membantu pasukan untuk mencatatkan kemenangan ke atas Leipzig.


Tetapi Owen dan Ferdinand memberikan amaran bahawa penilaian ke atas Thiago hanya akan boleh dilihat jika pemain utama Liverpooo kembali daripada kecederaan.

Thiago masih lagi mencari rentak sebenar permainan beliau ketika ini setelah terlepas sebahagian besar musim berikutan kecederaan dan jangkitan Covid 19.

Dan Michael Owen menegaskan bahawa masih terlalu awal untuk menilai keupayaan Thiago setakat ini. 

Menurut beliau menerusi BT Sports : 

"Beliau menyertai pasukan yang belum mencapai prestasi kemuncak ketika ini, masih terlalu awal untuk menilai beliau".

"Kami telah membincangkan perkara ini lebih awal. Anda harus menghargai sumbangan beliau. Beliau mungkin salah seorang pemain yang unik dalam kancah EPL ini, tiada pemain yang sebagus beliau".

"Mungkin calon terdekat untuk menyaingi beliau adalah Paul Scholes. Jika anda melihat dari segi assist beliau mungkin tiada. Mengapa? Kerana semua hantaran baik beliau dari bahagian bawah barisan serangan".

"Adakah beliau dapat menghentikan rekod bolos. Mungkin tidak, kerana berdasarkan statistik beliau bukanlah pemain yang bagus dari segi defensif".

"Saya hanya akan menilai beliau setelah Liverpool memiliki semula pemain utama mereka kembali".

Dan Ferdinand bersetuju dengan kenyataan Owen itu dengan Thiago sedang berusaha untuk membuktikan beliau boleh memberikan yang terbaik selepas ini.

Tambah Ferdinand :

"Saya sukakan beliau. Beliau pemain yang hebat. Beliau tidak diperlukan sangat dalam final pass namun sebelum itu, beliau adalah pemain yang melakukan hantaran untuk pemain melakukan gerakan".

"Bayern merupakan salah satu pasukan counter pressing terbaik di Eropah musim lepas, dan beliau adalah salah seorang dari komponen pemain itu. Namun saya setuju dengan Owen, beliau hadir ke dalam pasukan yang mengalami masalah kecederaan sebelum ini".

ADMIN

Full potential Thiago maybe next season, setelah semua pemain utama kembali. YNWA.

Sumber : Liverpool Echo

Comments

Popular posts from this blog

Bilakah Andy Robertson Dijangka Kembali Menjalani Latihan Pramusim Bersama Liverpool

Tiada mana mana pemain Liverpool yang mampu mencapai minit permainan Robbo pada 2020 / 2021 dengan mengharungi 64 penampilan keseluruhan bersama kelab dan negara. Ianya musim yang amat memenatkan buat semua pasukan berikutan pandemik yang melanda dunia ketika ini.  Namun Robertson kekal sebagai salah satu pemain utama Klopp musim lepas dengan melakukan 50 penampilan daripada 53 perlawanan Liverpool dengan jumlah minit perlawanan sebanyak 4319 minit.  Termasuk minit perlawanan yang dilaluinya bersama skuad Scotland yang berjumlah 1273 minit, secara keseluruhan Robbo bermain sebanyak 5592 minit perlawanan. Di usia 27 tahun, beliau tidak perlu dibebani dengan minit perlawanan yang begitu banyak jika mahu berada di tahap tertinggi kariernya menjelang usia 30 an.  Namun kekecewaan di Euro 2020 telah melanda pasukan Scotland apabila tersingkir awal dan ini bermakna Robertson akan mula menikmati cuti musim panas beliau sekarang ini.  Menurut The Athletics, pemain pasukan yang tidak terlibat d

Link Live Streaming : Liverpool FC vs Crystal Palace

Beberapa link live diperolehi untuk perlawanan terakhir EPL musim ini. https://www.mobisports.live/2021/05/premier-league-liverpool-vs-crystal.html?m=1 https://www.goforsports.net/2021/05/lfccry/ https://www.sportstrack.in/2021/05/epl-liv-vs-crystal.html ADMIN Selamat menonton. YNWA

Media | Kostas Tsimikas Hantar Balik Tiga Pemain Burnley Ke Turf Moor - Mendapat Tepukan Penonon

Liverpool mencatatkan kemenangan 2 - 0 ke atas Burnley dalam perlawanan sulung di Anfield yang penuh dengan penonton.  Dan Kostas Tsimikas juga mempamerkan persembahan yang memukau ketika perlawanan tersebut.  Sebelum itu Tsimikas juga memberikan peluang untuk Diogo Jota menjaringkan gol pertama buat Liverpool. Gol kedua pula dijaringkan oleh Sadio Mane, yang berpunca dari hantaran jauh Van Dijk yang dikawal baik oleh Harvey Elliot dengan lorongan buat Trent dan seterusnya Mane menyudahkan hantaran itu.  Burnley berusaha untuk mencari gol bagi membolehkan mereka bangkit semula, dan Tsimikas ketika itu mempamerkan ketenangan dan kepantasan dalam mengawal penguasaan bola.  Beliau berhadapan dengan Lowton, McNeil dan Jay Rodriguez ketika itu. Saksikan : ADMIN Boleh tahan. Well done Tsimikas. YNWA. Sumber : Planet Football