Ketika ini perbincangan sedang berlangsung untuk venue perlawanan kedua Pusingan Kedua Kalah Mati untuk kedua dua pasukan.
RB Leipzig tidak dibenarkan pergi ke UK berikutan larangan oleh kerajaan Germany dan memerlukan kuarantin selama 10 hari berikutan strain coronavirus baru yang wujud di UK.
Menerusi undang undang UEFA, jika sesebuah pasukan itu tidak dapat berada di negara yang berada dalam senarai larangan penerbangan maka gelanggang berkecuali adalah menjadi pilihan.
Antara pilihan yang ada adalah kembali ke Puskas Arena di Hungary untuk perlawanan kedua, dengan kini stadium di Italy dan Romania turut menjadi pertimbangan.
Sekurang kurangnya 8 bandaraya sedang dalam pertimbangan UEFA buat masa sekarang.
Perlawanan pertama antara Leipzig dan Liverpool diadakan di Hungary berikutan larangan kerajaan Germany untuk penerbangan masuk dari UK.
Ketika ini belum ada sebarang pengumuman rasmi mengenai venue perlawanan kedua melibatkan Liverpool dan Leipzig, kerana buat masa sekarang larangan itu berkuatkuasa dengan perlawanan kedua hanya akan berlangsung dalam tiga minggu lagi.
UEFA kini sedang berbincang dengan FA Inggeris dan FA Germany mengenai situasi tersebut.
ADMIN
Perlawanan melibatkan Real Sociedad dan Man United, serta Wolfsburg dan Spurs juga diadakan di gelanggang berkecuali awal pagi tadi.
Sumber : James Pearce - The Athletics
Comments
Post a Comment