Selain itu Origi, Davies dan Kelleher turut tidak tersenarai berikutan kecederaan.
James Milner hanya sempat bermain selama 16 minit di King Power Stadium sebelum dibawa keluar dan digantikan dengan Thiago, yang menjurus kepada kekalahan Liverpool ke atas Leicester semalam.
Ini merupakan penampilan ke 14 Milner dalam musim ini, namun penampilan kelima dalam masa tiga minggu dan ianya merupakan penyebab Milner mengalami kecederaan dan juga bakal tersisih dalam beberapa minggu.
Berikutan kecederaan itu, Jurgen Klopp berharap kecederaan itu tidak serius dan pihak perubatan juga enggan merisikokan kehilangan pemain tersebut dalam jangka masa lama.
Milner merupakan pemain ke 10 yang mengalami kecederaan musim ini, dengan Origi dan Ben Davies juga tersisih dalam perlawanan semalam akibat kecederaan.
Origi juga mengalami masalah hamstring manakala Davies mengalami hentakan ketika sesi latihan untuk perlawanan menentang Leicester.
Difahamkan Kelleher juga mengalami kecederaan dengan Adrian mengambilalih posisi penjaga gol kedua di bangku simpanan semalam.
Virgil Van Dijk, Joe Gomez dan Joel Matip mengalami kecederaan jangka panjang, manakala Keita dan Jota tidak akan kembali dalam masa terdekat kerana masih menjalani pemulihan.
Fabinho diharapkan untuk kembali menentang RB Leipzig pada hari Rabu hadapan namun pada sidang media lepas, Klopp tidak yakin pemain itu sempat pulih untuk perlawanan di Budapest.
Ini akan menjurus kepada perubahan pemain pada perlawanan menentang Leipzig pada hari Rabu hadapan, tetapi tekanan adalah lebih kepada pemain kesebelasan utama untuk memulihkan keyakinan dan juga mengelakkan kecederaan.
ADMIN
Klopp tiada pilihan yang banyak di bangku simpanan. Apapun YNWA.
Sumber : This Is Anfield
Comments
Post a Comment