Skip to main content

Jurgen Klopp : "Saya Tahu Ramai Menanti Kami Terciduk Lagi!"

Beliau amat gembira apabila skuad kendaliannya berjaya melepasi halangan untuk mencatatkan kemenangan 2 - 0 ke atas RB Leipzig.


Sebelum ini Liverpool gagal meraih keputusan baik dan mengecewakan, hingga beberapa khabar angin yang tidak masuk akal ditimbulkan oleh media. 

Perlawanan UCL awal pagi tadi telah mendedahkan bahawa masih ada harapan buat skuad Liverpool untuk merubah keputusan perlawanan, dengan dua kesilapan membolehkan Mane dan Salah menghukum dengan dua jaringan tanpa balas.

Dua gol merupakan bekalan selesa buat Liverpool dalam aksi timbal balik nanti meskipun terpaksa bermain di Budapest, dan pengurus Liverpool itu amat gembira dengan keputusan ini.

"Ini adalah perlawanan yang kami mahukan dan keputusan perlawanan yang kami perlukan".

"Leipzig sebenarnya pasukan yang hebat. Mereka berjaya menewaskan pasukan hebat di Bundesliga dengan cara mereka, sangat berfizikal dan bagus dari semua sudut. Dan hari ini kami berjaya mengawal pergerakan bahaya mereka".

"Kami bermain dengan baik dan mendapat keputusan yang kami mahukan".

"Kami bertahan dengan baik selama 90 minit, menggunakan transition dengan baik dan mencatatkan keputusan penting dari skuad yang betul bagus".

Dan Klopp juga memuji persembahan pemainnya walaupun beliau tahu ada pihak di luar yang menjangkakan Liverpool akan tewas dalam menentang Leipzig.

Tambah Klopp :

"Ianya perlawanan yang amat sukar dengan hanya 2 hari persiapan termasuk perjalanan panjang pergi dan balik, tiba di Liverpool jam 3.00 pagi dan menjalani pemulihan selepas itu".

"Namun anda tidak boleh membina mentaliti gergasi dalam satu perlawanan. Hari ini amat baik, dan mendapatkan keputusan yang baik. Saya tahu ada pihak menantikan kami untuk terciduk lagi, namun bukan malam ini. Jadi saya amat gembira dengan persembahan anak buah saya".

ADMIN

Klopp maksudkan siapa tu. Haha.

Sumber : This Is Anfield

Comments

Popular posts from this blog

Bilakah Andy Robertson Dijangka Kembali Menjalani Latihan Pramusim Bersama Liverpool

Tiada mana mana pemain Liverpool yang mampu mencapai minit permainan Robbo pada 2020 / 2021 dengan mengharungi 64 penampilan keseluruhan bersama kelab dan negara. Ianya musim yang amat memenatkan buat semua pasukan berikutan pandemik yang melanda dunia ketika ini.  Namun Robertson kekal sebagai salah satu pemain utama Klopp musim lepas dengan melakukan 50 penampilan daripada 53 perlawanan Liverpool dengan jumlah minit perlawanan sebanyak 4319 minit.  Termasuk minit perlawanan yang dilaluinya bersama skuad Scotland yang berjumlah 1273 minit, secara keseluruhan Robbo bermain sebanyak 5592 minit perlawanan. Di usia 27 tahun, beliau tidak perlu dibebani dengan minit perlawanan yang begitu banyak jika mahu berada di tahap tertinggi kariernya menjelang usia 30 an.  Namun kekecewaan di Euro 2020 telah melanda pasukan Scotland apabila tersingkir awal dan ini bermakna Robertson akan mula menikmati cuti musim panas beliau sekarang ini.  Menurut The Athletics, pemain pasukan yang tidak terlibat d

Link Live Streaming : Liverpool FC vs Crystal Palace

Beberapa link live diperolehi untuk perlawanan terakhir EPL musim ini. https://www.mobisports.live/2021/05/premier-league-liverpool-vs-crystal.html?m=1 https://www.goforsports.net/2021/05/lfccry/ https://www.sportstrack.in/2021/05/epl-liv-vs-crystal.html ADMIN Selamat menonton. YNWA

Media | Kostas Tsimikas Hantar Balik Tiga Pemain Burnley Ke Turf Moor - Mendapat Tepukan Penonon

Liverpool mencatatkan kemenangan 2 - 0 ke atas Burnley dalam perlawanan sulung di Anfield yang penuh dengan penonton.  Dan Kostas Tsimikas juga mempamerkan persembahan yang memukau ketika perlawanan tersebut.  Sebelum itu Tsimikas juga memberikan peluang untuk Diogo Jota menjaringkan gol pertama buat Liverpool. Gol kedua pula dijaringkan oleh Sadio Mane, yang berpunca dari hantaran jauh Van Dijk yang dikawal baik oleh Harvey Elliot dengan lorongan buat Trent dan seterusnya Mane menyudahkan hantaran itu.  Burnley berusaha untuk mencari gol bagi membolehkan mereka bangkit semula, dan Tsimikas ketika itu mempamerkan ketenangan dan kepantasan dalam mengawal penguasaan bola.  Beliau berhadapan dengan Lowton, McNeil dan Jay Rodriguez ketika itu. Saksikan : ADMIN Boleh tahan. Well done Tsimikas. YNWA. Sumber : Planet Football