Skip to main content

FSG Pernah Berbincang Dengan Kylian Mbappe Dalam Jet Peribadi Selama 2 Jam

Liverpool sekali lagi dikaitkan dengan perpindahan pemain bintang PSG tersebut buat masa sekarang.


Difahamkan Liverpool hampir mendapatkan khidmat Kylian Mbappe pada musim panas 2017. 

Ketika itu Mbappe hampir meninggalkan Monaco dan beberapa pasukan ternama di Eropah mahu mendapatkan khidmat beliau ketika itu dengan Jurgen Klopp juga pernah bercakap dengan Mbappe secara peribadi. 

Dan pemilik Liverpool, John W Henry pernah membawa keluarga Mbappe menaiki jet peribadi beliau dan meronda sekitar Nice sambil berbicara mengenai perpindahan selama 2 jam.

Namun pada akhirnya beliau membuat keputusan untuk kekal di Ligue 1 dengan menyertai PSG selama 5 musim.

Dan sekarang kontrak beliau hampir berakhir pada 2022 dan belum lagi mempertimbangkan untuk menandatangani kontrak lanjutan bersama PSG lagi. 

Liverpool dan Real Madrid sebelum ini dikaitkan dengan destinasi seterusnya buat Kylian Mbappe. 

Musim lepas Mbappe telah menolak cadangan untuk kekal lebih lama di PSG dengan menyatakan beliau sedang memikirkan masa depannya ketika ini.

Manakala pemain lagenda France, Thierry Henry berpendapat beliau amat kagum dengan perkembangan Mbappe dan mendedahkan bahawa Real Madrid dan Liverpool sahaja yang berjaya menarik minat beliau. 

Tahun lepas, Mbappe menyatakan kekaguman terhadap persembahan Liverpool serta memuji pengurusan yang dilakukan Jurgen Klopp. 

"Liverpool seperti mesin di dalam EPL".

"Mereka menjadikan kemenangan itu mudah namun pada hakikatnya ianya sukar dilakukan. Persembahan seperti itu amat sukar disaksikan sekarang".

"Untuk menjadi kejam di padang, pasti mereka sangat bekerja keras di padang dan mempunyai pengurus yang bagus".

ADMIN

Dengan situasi kewangan sekarang, amat sukar buat mana mana kelab melakukan bidaan untuk pemain itu. 

Sumber : Liverpool Echo

Comments

Popular posts from this blog

Bilakah Andy Robertson Dijangka Kembali Menjalani Latihan Pramusim Bersama Liverpool

Tiada mana mana pemain Liverpool yang mampu mencapai minit permainan Robbo pada 2020 / 2021 dengan mengharungi 64 penampilan keseluruhan bersama kelab dan negara. Ianya musim yang amat memenatkan buat semua pasukan berikutan pandemik yang melanda dunia ketika ini.  Namun Robertson kekal sebagai salah satu pemain utama Klopp musim lepas dengan melakukan 50 penampilan daripada 53 perlawanan Liverpool dengan jumlah minit perlawanan sebanyak 4319 minit.  Termasuk minit perlawanan yang dilaluinya bersama skuad Scotland yang berjumlah 1273 minit, secara keseluruhan Robbo bermain sebanyak 5592 minit perlawanan. Di usia 27 tahun, beliau tidak perlu dibebani dengan minit perlawanan yang begitu banyak jika mahu berada di tahap tertinggi kariernya menjelang usia 30 an.  Namun kekecewaan di Euro 2020 telah melanda pasukan Scotland apabila tersingkir awal dan ini bermakna Robertson akan mula menikmati cuti musim panas beliau sekarang ini.  Menurut The Athletics, pemain pasukan yang tidak terlibat d

Link Live Streaming : Liverpool FC vs Crystal Palace

Beberapa link live diperolehi untuk perlawanan terakhir EPL musim ini. https://www.mobisports.live/2021/05/premier-league-liverpool-vs-crystal.html?m=1 https://www.goforsports.net/2021/05/lfccry/ https://www.sportstrack.in/2021/05/epl-liv-vs-crystal.html ADMIN Selamat menonton. YNWA

Media | Kostas Tsimikas Hantar Balik Tiga Pemain Burnley Ke Turf Moor - Mendapat Tepukan Penonon

Liverpool mencatatkan kemenangan 2 - 0 ke atas Burnley dalam perlawanan sulung di Anfield yang penuh dengan penonton.  Dan Kostas Tsimikas juga mempamerkan persembahan yang memukau ketika perlawanan tersebut.  Sebelum itu Tsimikas juga memberikan peluang untuk Diogo Jota menjaringkan gol pertama buat Liverpool. Gol kedua pula dijaringkan oleh Sadio Mane, yang berpunca dari hantaran jauh Van Dijk yang dikawal baik oleh Harvey Elliot dengan lorongan buat Trent dan seterusnya Mane menyudahkan hantaran itu.  Burnley berusaha untuk mencari gol bagi membolehkan mereka bangkit semula, dan Tsimikas ketika itu mempamerkan ketenangan dan kepantasan dalam mengawal penguasaan bola.  Beliau berhadapan dengan Lowton, McNeil dan Jay Rodriguez ketika itu. Saksikan : ADMIN Boleh tahan. Well done Tsimikas. YNWA. Sumber : Planet Football