Skip to main content

"Kami Hanya Gelak Baca Khabar Angin Robbo dan Alisson Bertumbuk!" - Hendo

Spekukasi itu tersebar setelah Liverpool mengalami kekalahan 3 kali berterusan dalam kempen liga.

Antara dakwaan yang dilakukan adalah Jurgen Klopp dikatakan mahu meletak jawatan sebagai pengurus atau berehat sementara, manakala terdapat pergaduhan yang berlaku dalam bilik persalinan ketika itu. 

Dan Jordan Henderson menerangkan bagaimana seluruh pasukan memberikan reaksi di atas khabar angin tersebut. 

"Seseorang di papan kekunci telah membuat khabar angin mengenai pengurus dan pemain Liverpool ketika itu".

"Saya tidak perlu jelaskan apa apa mengenai itu. Semuanya tidak benar"

"Saya sukakan cerita Ali dan Robbo bertumbuk dalam bilik persalinan. Dakwaan itu menggelikan hati kami - kami terhibur dengan khabar angin itu".

"Selain dari itu ia tidak menjejaskan tumpuan kami".

Liverpool akan bertolak ke Budapest pada tengahari untuk berhadapan dengan RB Leipzig dalam Pusingan Kalah Mati 16 Pasukan UCL.

Dengan hanya mencatatkan 3 kemenangan dalam 10 perlawanan liga, Hendo menegaskan bahawa situasi itu terletak sepenuhnya di tangan pemain untuk mengubah nasib mereka ketika ini. 

Tambah beliau :

"Pengurus berada dalam situasi baik ketika ini. Dari beliau kami akan mendengar sepenuhnya arahan seterusnya".

"Beliau sentiasa berada di samping kami dan melindungi kami, tetapi di dalam situasi ini pemain pemain yang sepatutnya bertanggungjawab atas keputusan ini".

"Semuanya terletak di tangan kami untuk mengubah segala galanya selepas ini".

"Pengurus biasanya berfikir dengan cara yang lain sepertimana yang kita fikirkan. Beliau mengendalikan situasi dengan baik dan itu sebabnya kami harus bermain dengan baik"

"Ianya amat sukar. Kami telah menetapkan standard yang tinggi jadi tewas dalam beberapa perlawanan adalah tidak normal tetapi kami harus menerimanya. Namun saya rasakan pasukan telah memberikan segala galanya dalam permainan dan latihan".

"Diharap selepas ini kami akan lebih kuat dalam jangka masa pendek. Kekuatan hanya datang pada masa tertentu dan kami harus kekal menyokong satu sama lain".

ADMIN

Yelah korang percaya je cerita Klopp resign tu. Suka sangat dengar khabar angin. YNWA Klopp.

Comments

  1. Ada dlm team yg jadi mcm virus ni,x tau sapa,sbb bila hati dh x jadi satu,permainan dh x serasi seperti dulu mcm serba x kena,kegembiraan players pun x mcm dulu bila celebrate gol..adakah mungkin rindukan keriuhan Anfield mcm sebelum PLANDEMIK??tp mmg betul..x der penyokong liverpool mcm hilang sesuatu..YNWA

    ReplyDelete
  2. Itu peraturan baru takde calebrate gol

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Bilakah Andy Robertson Dijangka Kembali Menjalani Latihan Pramusim Bersama Liverpool

Tiada mana mana pemain Liverpool yang mampu mencapai minit permainan Robbo pada 2020 / 2021 dengan mengharungi 64 penampilan keseluruhan bersama kelab dan negara. Ianya musim yang amat memenatkan buat semua pasukan berikutan pandemik yang melanda dunia ketika ini.  Namun Robertson kekal sebagai salah satu pemain utama Klopp musim lepas dengan melakukan 50 penampilan daripada 53 perlawanan Liverpool dengan jumlah minit perlawanan sebanyak 4319 minit.  Termasuk minit perlawanan yang dilaluinya bersama skuad Scotland yang berjumlah 1273 minit, secara keseluruhan Robbo bermain sebanyak 5592 minit perlawanan. Di usia 27 tahun, beliau tidak perlu dibebani dengan minit perlawanan yang begitu banyak jika mahu berada di tahap tertinggi kariernya menjelang usia 30 an.  Namun kekecewaan di Euro 2020 telah melanda pasukan Scotland apabila tersingkir awal dan ini bermakna Robertson akan mula menikmati cuti musim panas beliau sekarang ini.  Menurut The Athletics, pemain pasukan yang tidak terlibat d

Link Live Streaming : Liverpool FC vs Crystal Palace

Beberapa link live diperolehi untuk perlawanan terakhir EPL musim ini. https://www.mobisports.live/2021/05/premier-league-liverpool-vs-crystal.html?m=1 https://www.goforsports.net/2021/05/lfccry/ https://www.sportstrack.in/2021/05/epl-liv-vs-crystal.html ADMIN Selamat menonton. YNWA

Media | Kostas Tsimikas Hantar Balik Tiga Pemain Burnley Ke Turf Moor - Mendapat Tepukan Penonon

Liverpool mencatatkan kemenangan 2 - 0 ke atas Burnley dalam perlawanan sulung di Anfield yang penuh dengan penonton.  Dan Kostas Tsimikas juga mempamerkan persembahan yang memukau ketika perlawanan tersebut.  Sebelum itu Tsimikas juga memberikan peluang untuk Diogo Jota menjaringkan gol pertama buat Liverpool. Gol kedua pula dijaringkan oleh Sadio Mane, yang berpunca dari hantaran jauh Van Dijk yang dikawal baik oleh Harvey Elliot dengan lorongan buat Trent dan seterusnya Mane menyudahkan hantaran itu.  Burnley berusaha untuk mencari gol bagi membolehkan mereka bangkit semula, dan Tsimikas ketika itu mempamerkan ketenangan dan kepantasan dalam mengawal penguasaan bola.  Beliau berhadapan dengan Lowton, McNeil dan Jay Rodriguez ketika itu. Saksikan : ADMIN Boleh tahan. Well done Tsimikas. YNWA. Sumber : Planet Football