Harry Maguire "Menyindir" Jurgen Klopp Berikutan Keputusan Pengadil Tidak Memberikan Sepakan Penalti
Beliau berpendapat Man United sepatutnya diberikan sepakan penalti ketika perlawanan menentang WBA yang berkesudahan seri 1 - 1.
Dan beliau mendedahkan bahawa "komen" mengenai mutu pengadilan menjadi punca Man United dinafikan sepakan penalti dalam perlawanan malam tadi.
Beliau juga menyatakan bahawa WBA tidak sewajarnya diberikan gol pendahuluan berikutan kekasaran ke atas Lindelof sebelum itu.
Selain itu kekasaran yang dilakukan terhadap beliau turut dinafikan VAR berikutan Maguire berada dalam kedudukan ofsaid ketika itu.
Bercakap menerusi MUTV, Maguire mengecam tindakan sesetengah kelab yang mempertikaikan rekod penalti dan VAR terhadap Man United dengan mempengaruhi keputusan pengadil ketika perlawanan semalam.
Menurut Maguire :
"Sejak ada seseorang dari kelab lain bercakap mengenai kami, kami sekarang tidak mendapat apa apa langsung dari pengadil atau VAR".
"Buat masa sekarang kami bermain tanpa kedua dua ini dan juga memastikan keputusan perlawanan tidak terletak di tangan pengadil atau VAR".
"Saya sangat yakin ketika itu kami akan diberikan sepakan penalti namun ketika ini semua keputusan tidak memihak kepada kami".
"Namun kami tidak memerlukan VAR untuk memenangi perlawanan, kami harus melakukan usaha yang lebih untuk memenangi perlawanan".
Jurgen Klopp sebelum ini menperkatakan mengenai rekod penalti Man United sebelum ini, dengan membandingkan jumlah penalti yang diterima Liverpool dan juga kelab tersebut.
"Saya terdengar Man United mendapat lebih sepakan penalti selama dua tahun berbanding 5 tahun setengah saya di sini".
"Saya tidak pasti samada ianya kesilapan saya atau bagaimana ianya terjadi".
Jose Mourinho juga pernah menyatakan mengenai rekod penalti sebelum ini.
ADMIN
Man United yang seri, Liverpool juga salah. Ikut kamula.
Sumber : Liverpool Echo
Klu x poyo bkn m.u namanya🤣🤣🤣
ReplyDelete