Skip to main content

Reaksi Peminat : "Jurgen Klopp Telah Belajar Dari Kesilapan Mengenai Curtis Jones"

Curtis Jones bermain selama 90 minit ketika Liverpool membenam cabaran RB Leipzig di Hungary. 


Pemain muda Liverpool ini menunjukkan aksi terbaik beliau dalam perlawanan UCL menentang RB Leipzig dengan The Reds mencatatkan kemenangan 2 - 0 di mana salah satu gol adalah hasil hantaran beliau.  

Ianya merupakan kesinambungan daripada prestasi baik beliau yang merupakan salah satu pemain yang kini mengorak langkah dalam kesebelasan utama Liverpool musim ini.

Sebelum ini Jones telah dibawa keluar awal untuk mengelakkan pemain itu dari kecederaan atau keletihan. 

Secara kebetulan apabila Jones dibawa keluar, Liverpool telah dibolosi 3 kali oleh Man City dan Leicester sekaligus menjurus ke arah kekalahan pasukan.

Ketika mendahului 2 - 0 ke atas Leipzig awal pagi tadi, Klopp tidak membawa Jones keluar namun membawa keluar Thiago dan Roberto Firmino untuk digantikan dengan Oxlade dan Shaqiri.

Berikut adalah reaksi daripada peminat ketika pertukaran tersebut.


Dan sebahagian peminat mahu beliau berada dalam kesebelasan utama ketika Merseyside Derby.

Sebelum ini lagenda Liverpool, John Alridge pernah mempersoalkan mengapa Curtis Jones tidak diberikan bermain penuh 90 minit perlawanan. 

"Dalam dua perlawanan sebelumnya, mereka berada dalam situasi terbaik dan segala galanya berubah pada separuh masa kedua selepas Jones dibawa keluar".

"Mungkin secara kebetulan kita terus gagal mengekalkan rentak dan akhirnya tewas di tangan Man City dan Leicester City".

"Namun Jones adalah pemain terbaik mereka ketika menentang Man City dan adalah antara pemain yang bagus ketika menentang Leicester".

"Jurgen mungkin mencuba untuk melindungi Jones. Namun beliau juga berhak mendapat minit permainan penuh ketika ini".

"Pemain muda ini mempunyai bakat yang bagus. Beliau kehilangan bola dan sering mencuba merebutnya kembali serta sentiasa belajar dari kesilapan yang beliau lakukan".

ADMIN

Mungkin juga kebetulan, tetapi pemain muda ini betul betul cuba untuk step up sudah. Teruskan Jones. YNWA. 

Comments

  1. Belum pasti lagi sbb masih belum dpt cover utk 1st eleven,tp blh dipertimbangkan dgn bagi peluang main

    ReplyDelete
  2. Bagi dia peluang mcm Trent dulu..last2 jd 1st eleven. Dulu pun Family Trent yg minta klopp bagi peluang utk anak nya buktikn skill bermain dlm 1st eleven dan akhirnya berjaya

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Bilakah Andy Robertson Dijangka Kembali Menjalani Latihan Pramusim Bersama Liverpool

Tiada mana mana pemain Liverpool yang mampu mencapai minit permainan Robbo pada 2020 / 2021 dengan mengharungi 64 penampilan keseluruhan bersama kelab dan negara. Ianya musim yang amat memenatkan buat semua pasukan berikutan pandemik yang melanda dunia ketika ini.  Namun Robertson kekal sebagai salah satu pemain utama Klopp musim lepas dengan melakukan 50 penampilan daripada 53 perlawanan Liverpool dengan jumlah minit perlawanan sebanyak 4319 minit.  Termasuk minit perlawanan yang dilaluinya bersama skuad Scotland yang berjumlah 1273 minit, secara keseluruhan Robbo bermain sebanyak 5592 minit perlawanan. Di usia 27 tahun, beliau tidak perlu dibebani dengan minit perlawanan yang begitu banyak jika mahu berada di tahap tertinggi kariernya menjelang usia 30 an.  Namun kekecewaan di Euro 2020 telah melanda pasukan Scotland apabila tersingkir awal dan ini bermakna Robertson akan mula menikmati cuti musim panas beliau sekarang ini.  Menurut The Athletics, pemain pasukan yang tidak terlibat d

Link Live Streaming : Liverpool FC vs Crystal Palace

Beberapa link live diperolehi untuk perlawanan terakhir EPL musim ini. https://www.mobisports.live/2021/05/premier-league-liverpool-vs-crystal.html?m=1 https://www.goforsports.net/2021/05/lfccry/ https://www.sportstrack.in/2021/05/epl-liv-vs-crystal.html ADMIN Selamat menonton. YNWA

Media | Kostas Tsimikas Hantar Balik Tiga Pemain Burnley Ke Turf Moor - Mendapat Tepukan Penonon

Liverpool mencatatkan kemenangan 2 - 0 ke atas Burnley dalam perlawanan sulung di Anfield yang penuh dengan penonton.  Dan Kostas Tsimikas juga mempamerkan persembahan yang memukau ketika perlawanan tersebut.  Sebelum itu Tsimikas juga memberikan peluang untuk Diogo Jota menjaringkan gol pertama buat Liverpool. Gol kedua pula dijaringkan oleh Sadio Mane, yang berpunca dari hantaran jauh Van Dijk yang dikawal baik oleh Harvey Elliot dengan lorongan buat Trent dan seterusnya Mane menyudahkan hantaran itu.  Burnley berusaha untuk mencari gol bagi membolehkan mereka bangkit semula, dan Tsimikas ketika itu mempamerkan ketenangan dan kepantasan dalam mengawal penguasaan bola.  Beliau berhadapan dengan Lowton, McNeil dan Jay Rodriguez ketika itu. Saksikan : ADMIN Boleh tahan. Well done Tsimikas. YNWA. Sumber : Planet Football