Skip to main content

"Ozan Kabak Atau Ben Davies Mungkin Berpeluang Melakukan Debut Hari Ini" - Klopp

Fabinho difahamkan mengalami kecederaan otot menjelang perlawanan menentang Leicester City.


Dan Jurgen Klopp sedang mempertimbangkan untuk menggandingkan Ozan Kabak dan Ben Davies di pertahanan tengah dengan krisis kecederaan pertahanan yang meruncing ketika ini.

Fabinho merupakan pemain terbaru yang tersisih akibat kecederaan bersama sama Joe Gomez, Virgil Van Dijk dan Joel Matip yang mengalami kecederaan jangka panjang buat masa sekarang.

Jordan Henderson berkemungkinan akan dipertimbangkan untuk digandingkan semula bersama Nat Phillips, yang kini melakukan 3 penampilan dari 4 perlawanan terakhir. 

Ditanya apakah Kabak dan Davies berjaya menyesuaikan diri dalam sesi latihan sejak tiba di pusat latihan sejak minggu lepas, Klopp berkata :

"Davies dan Kabak merupakan pemain yang tenang. Mereka mahu belajar dan mempunyai sikap yang bagus".

"Mereka cuba melakukan yang terbaik dalam situasi bertahan dalam sesi latihan, dan melakukan apa yang pemain pertahanan selalu lakukan".

"Mereka sedang melakukan langkah besar dalam beradaptasi dengan corak permainan kami. Itu yang paling penting".

"Namun kami harus memperbaiki corak bertahan kami. Jika kedua dua pemain berada di atas padang, 9 pemain lagi harus melakukan tugas mereka. Dan jika mereka berdua bermain dengan corak yang lain maka situasi luar biasa akan berlaku".

"Semuanya baik baik sekarang. Sekarang kami akan melakukan keputusan. Kami harus melakukan perubahan berikutan kecederaan Fabinho dan mencari jalan penyelesaian terbaik".

ADMIN

Biar Klopp yang melakukan keputusan. YNWA.

Sumber : Liverpool Echo

Comments

Popular posts from this blog

Link Live Streaming : Liverpool FC vs Crystal Palace

Beberapa link live diperolehi untuk perlawanan terakhir EPL musim ini. https://www.mobisports.live/2021/05/premier-league-liverpool-vs-crystal.html?m=1 https://www.goforsports.net/2021/05/lfccry/ https://www.sportstrack.in/2021/05/epl-liv-vs-crystal.html ADMIN Selamat menonton. YNWA

Media | Kostas Tsimikas Hantar Balik Tiga Pemain Burnley Ke Turf Moor - Mendapat Tepukan Penonon

Liverpool mencatatkan kemenangan 2 - 0 ke atas Burnley dalam perlawanan sulung di Anfield yang penuh dengan penonton.  Dan Kostas Tsimikas juga mempamerkan persembahan yang memukau ketika perlawanan tersebut.  Sebelum itu Tsimikas juga memberikan peluang untuk Diogo Jota menjaringkan gol pertama buat Liverpool. Gol kedua pula dijaringkan oleh Sadio Mane, yang berpunca dari hantaran jauh Van Dijk yang dikawal baik oleh Harvey Elliot dengan lorongan buat Trent dan seterusnya Mane menyudahkan hantaran itu.  Burnley berusaha untuk mencari gol bagi membolehkan mereka bangkit semula, dan Tsimikas ketika itu mempamerkan ketenangan dan kepantasan dalam mengawal penguasaan bola.  Beliau berhadapan dengan Lowton, McNeil dan Jay Rodriguez ketika itu. Saksikan : ADMIN Boleh tahan. Well done Tsimikas. YNWA. Sumber : Planet Football

Media : Harvey Elliot Tamatkan Musim Bersama Blackburn Rovers Dengan Gol Peribadi Ketujuh

Ianya perlawanan terakhir beliau bersama Blackburn Rovers musim ini selain daripada menyumbangkan 11 assist kepada pasukan. Meskipun beliau memulakan perlawanan di bangku simpanan, ianya tidak menghalang beliau untuk menyumbangkan satu gol sekaligus mengakhiri karier sementaranya bersama Blackburn dengan gaya tersendiri.  Beliau dibawa masuk ketika perlawanan berbaki 30 minit dan ketika itu Blackburn mendahului Birmingham dengan 3 - 2.  Dengan perlawanan berbaki 10 minit, Elliot melakukan larian dari sayap kanan ke kawasan tengah.  Beliau menyambut baik hantaran Corey Evans, sekaligus melakukan tendangan lob melepasi penjaga gol Birmingham untuk menjaringkan gol keempat Blackburn.  Saksikan. Setakat ini Elliot merupakan sumber kreatif buat pasukan Blackburn musim ini, selain daripada 7 gol, 11 assist dan baru berusia 18 tahun pada April lepas. Selepas ini Elliot akan kembali ke Liverpool dan berkemungkinan berlatih dalam skuad utama untuk pramusim.  Kreativiti beliau mungkin diperlukan