Skip to main content

Liverpool FC Catat Kemenangan 2 - 0 Ke Atas RB Leipzig Di Hungary

Dua kesilapan dari pemain Leipzig sendiri memberi ruang untuk Mo Salah dan Mane menyumbat gol untuk kelebihan di perlawanan kedua Pusingan Kedua Kalah Mati.


Perlawanan pertama peringkat kalah mati UCL kali ini, menyaksikan Jurgen Klopp tidak merombak barisan pertahanan dan juga kesebelasan utama dari menentang Leicester. 


Manakala bekas penjaga gol LFC, Peter Gulasci dan juga bekas pemain sasaran Liverpool Dayot Upamecano disenaraikan dalam kesebelasan utama RB Leipzig. 


Leipzig sebenarnya lebih bernafsu untuk menyerang dengan satu hantaran Angellino tepat ke penyerang dan Alisson bertindak cemerlang menepis percubaan itu seawal minit ke 4.

Namun Liverpool bermain dengan lebih baik dengan percubaan pertama mereka hadir menerusi hantaran terus Trent kepada Mo Salah, ditepis Gulasci dan follow up seterusnya menerusi rembatan Firmino terkena sisi jaring di minit ke 14. 

Dua minit berselang, Sabitzer melakukan percubaan terus ke gol namun tepat di dakapan Alisson. 

Minit ke 24 menyaksikan satu hantaran lambung dari Firmino untuk Sadio Mane di hadapan gol Leipzig tetapi tandukan pemain antarabangsa Senegal itu tinggi melewati palang. 

Jones kemudian mencuri tumpuan dengan satu hantaran lambung ke luar petak untuk Mane, dikeluarkan Gulasci pada minit ke 31 tetapi jatuh kepada Robbo yang disusuli rembatan lambung ke gol tetapi sedikit melewati palang gol. 

Separuh masa pertama berakhir tanpa jaringan, dan babak kedua kedua dua pasukan cuba memperkemaskan taktikal masing masing. 

Seawal minit 46, Leipzig memperoleh peluang keemasan menerusi Nkunku yang cuba melakukan rembatan lambung di dalam petak tetapi Alisson bertindak cemerlang menepis percubaan itu. 

Tetapi kesilapan hantaran oleh pemain pertahanan Leipzig di minit ke 52, membenarkan Mo Salah mencuri peluang untuk merampas bola di hadapan petak penalti dan seterusnya membuka jaringan untuk Liverpool berada di hadapan.

Lima minit selepas itu, kesilapan sekali lagi pertahanan Leipzig untuk mengeluarkan bola dimanfaat sepenuhnya oleh Sadio Mane untuk melakukan larian dan seterusnya menyumbat gol kedua untuk Liverpool selesa dengan 2 gol.

Leipzig cuba bertindakbalas dengan kerap menyerang dari sebelah Trent tetapi pertahanan Liverpool lebih kental dan gagal dimanfaatkan sepenuhnya.

Liverpool kemudian merehatkan Firmino dan Thiago lebih awal dengan memasukkan Ox dan Shaq pada minit ke 70, manakala Mo Salah dikeluarkan 5 minit sebelum tamat masa sebenar perlawanan.

Dan satu satunya percubaan akhir oleh Hwang Hee Chan gagal menemui jaring gol di lewat permainan sekaligus memberikan kelebihan 2 gol buat Liverpool di pertemuan kedua di Anfield.

ADMIN

Tahniah Liverpool. Teruskan rentak kemenangan. YNWA.


Comments

Popular posts from this blog

Link Live Streaming : Liverpool FC vs Crystal Palace

Beberapa link live diperolehi untuk perlawanan terakhir EPL musim ini. https://www.mobisports.live/2021/05/premier-league-liverpool-vs-crystal.html?m=1 https://www.goforsports.net/2021/05/lfccry/ https://www.sportstrack.in/2021/05/epl-liv-vs-crystal.html ADMIN Selamat menonton. YNWA

Media | Kostas Tsimikas Hantar Balik Tiga Pemain Burnley Ke Turf Moor - Mendapat Tepukan Penonon

Liverpool mencatatkan kemenangan 2 - 0 ke atas Burnley dalam perlawanan sulung di Anfield yang penuh dengan penonton.  Dan Kostas Tsimikas juga mempamerkan persembahan yang memukau ketika perlawanan tersebut.  Sebelum itu Tsimikas juga memberikan peluang untuk Diogo Jota menjaringkan gol pertama buat Liverpool. Gol kedua pula dijaringkan oleh Sadio Mane, yang berpunca dari hantaran jauh Van Dijk yang dikawal baik oleh Harvey Elliot dengan lorongan buat Trent dan seterusnya Mane menyudahkan hantaran itu.  Burnley berusaha untuk mencari gol bagi membolehkan mereka bangkit semula, dan Tsimikas ketika itu mempamerkan ketenangan dan kepantasan dalam mengawal penguasaan bola.  Beliau berhadapan dengan Lowton, McNeil dan Jay Rodriguez ketika itu. Saksikan : ADMIN Boleh tahan. Well done Tsimikas. YNWA. Sumber : Planet Football

Media : Harvey Elliot Tamatkan Musim Bersama Blackburn Rovers Dengan Gol Peribadi Ketujuh

Ianya perlawanan terakhir beliau bersama Blackburn Rovers musim ini selain daripada menyumbangkan 11 assist kepada pasukan. Meskipun beliau memulakan perlawanan di bangku simpanan, ianya tidak menghalang beliau untuk menyumbangkan satu gol sekaligus mengakhiri karier sementaranya bersama Blackburn dengan gaya tersendiri.  Beliau dibawa masuk ketika perlawanan berbaki 30 minit dan ketika itu Blackburn mendahului Birmingham dengan 3 - 2.  Dengan perlawanan berbaki 10 minit, Elliot melakukan larian dari sayap kanan ke kawasan tengah.  Beliau menyambut baik hantaran Corey Evans, sekaligus melakukan tendangan lob melepasi penjaga gol Birmingham untuk menjaringkan gol keempat Blackburn.  Saksikan. Setakat ini Elliot merupakan sumber kreatif buat pasukan Blackburn musim ini, selain daripada 7 gol, 11 assist dan baru berusia 18 tahun pada April lepas. Selepas ini Elliot akan kembali ke Liverpool dan berkemungkinan berlatih dalam skuad utama untuk pramusim.  Kreativiti beliau mungkin diperlukan