Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2021

Analisa Taktikal : Pertukaran Berimpak Tinggi Memberikan 3 Mata Penting Buat Liverpool

Bagaimana Klopp mengatasi skuad on form David Moyes yang tidak terkalah dalam 8 perlawanan lepas? Formasi   Atas kertas nampak macam 4 - 3 - 3 tetapi sebenarnya Liverpool menggunakan formasi 4 - 3 - 1 - 2 dengan Shaq di posisi 10.  Manakala West Ham hadir dengan formasi 4 - 2 - 3 - 1 mereka.  First Half  Formasi West Ham adalah sangat jelas. Ketika bertahan, Bowen dan Fornal akan drop deep bersama Soucek dan Rice membentuk dua garisan pertahanan untuk menyekat movement Liverpool ke final third.  Manakala Antonio akan bergerak ke half space, dan memainkan role no. 9 menanti waktu untuk melakukan serangan balas.  Tugas Bowen amat jelas, menyekat pergerakan pantas Robbo. Dan apabila mendapat penguasaan bola semula, lambung jauh direct ke Antonio.  Kemasukan Nat Phillips dalam kesebelasan utama ada sebabnya. Neutralize hantaran lambung West Ham United kepada Antonio.  Jika anda imbas balik permainan, kebanyakan pertembungan bola di udara antara Phillips dan Antonio dimenangi Phillips. Squa

Jurgen Klopp Dedahkan Perbualan Beliau Dan James Milner - Serta Arahan Buat Jones

Impak yang berlaku dalam perlawanan separuh masa kedua itu berlaku hampir serta merta. Jurgen Klopp juga berkongsi rahsia mengenai perubahan yang dilakukan hingga menyumbang kepada kemenangan 3 - 1 ke atas West Ham semalam. Dua jaringan Mo Salah di separuh masa kedua serta 1 gol oleh Gini Wijnaldum membantu Liverpool meraih 3 mata penting di London Stadium dan seterusnya menduduki tangga ketiga EPL buat masa sekarang. Liverpool dan West Ham terikat tanpa jaringan di separuh masa pertama, namun Liverpool membuka jaringan setelah 13 minit perlawanan separuh masa dimulakan. Curtis Jones menyumbangkan assist sejurus selepas menggantikan James Milner, yang dilihat ketika itu tampak seperti tidak berpuas hati apabila beliau dikeluarkan. Namun mereka kemudian ketawa dan berpeluk sesama sendiri selepas Mo Salah menjaringkan gol pertama itu. Menurut Klopp : "Beliau bukannya tidak sukakan itu. Di rehat separuh masa kami menukar sedikit taktikal. Milly berada di bawah sedikit untuk membentuk

Liverpool Dan Preston Bersetuju Dengan Harga £2 Juta Untuk Ben Davies

Pemain ini merupakan pemain sasaran Liverpool bagi menyelesaikan krisis kecederaan pertahanan ketika ini. Sebelum ini Liverpool hanya memantau perkembangan pasaran perpindahan sebelum melakukan keputusan untuk melakukan bidaan terhadap Ben Davies setelah Fabinho dan Joel Matip mengalami kecederaan.  Perbincangan telah dilakukan dan persetujuan telah dicapai oleh kedua dua kelab dengan perjanjian juga dipersetujui untuk Sepp Van Der Berg beralih ke Preston secara pinjaman hingga akhir musim ini.  Jurgen Klopp, apabila ditanya tidak menyatakan apa apa mengenai perpindahan pemain ini. " Ben Davies? Adakah dia pemain Spurs?" "Tiada apa perlu diperkatakan. Saya telah menyatakan sebelum ini, ianya masuk akal dalam situasi kami sekarang". "Kami sentiasa memantau perkembangan dan mencari jalan penyelesaian" Davies akan menjalani pemeriksaan kesihatan hari ini sebelum menyertai Liverpool.  Dengan Liverpool sukar untuk melaburkan sejumlah wang yang besar untuk perpi

Liverpool Lebarkan Kemenangan Di Kota London : Menang 3 - 1 Ke Atas West Ham

Dua jaringan Mo Salah dan satu lagi dari Wijnadum memastikan The Reds meraih 3 mata dan seterusnya naik ke tangga ketiga EPL. Liverpool turun ke Stadium Olimpik London tanpa kehadiran seorang pun pemain CB senior, selain kehilangan khidmat Sadio Mane dan Klopp membuat keputusan menurunkan Origi dan Shaq di barisan serangan. Manakala West Ham United membariskan pemain utama mereka seperti Michail Antonio serta pemain baru mereka, Said Benrahma. Mengetahui bahawa hanya kemenangan sahaja mampu menghidupkan peluang mereka untuk kekal bersaing di Top 4, Liverpool memulakan perlawanan dengan lebih offensif sedikit.  Liverpool terlebih dahulu menguji kekentalan bek lawan apabila satu tolakan ke half space dari Robbo ke Origi disudahkan menerusi rembatan ke gol namun sipi dari pintu gol pada minit ke 4. West Ham juga sekali sekala menguji kekuatan benteng Liverpool, dengan peluang menerusi satu hantaran lintang di hadapan gol dikeluarkan pertahanan Liverpool, dan follow up Fornal selepas itu d

Link Live Streaming : West Ham vs Liverpool FC

Setakat ini hanya dua link untuk tontonan siaran langsung pada tengahmalam ini. https://www.epicsports.in/2020/11/liverpool-lives.html https://www.goforsports.net/2021/01/liv-west https://www.mobisports.live/2021/01/premier-league-west-ham-vs-liverpool.html?m=1 ADMIN Macam biasa, jika anda mempunyai link lain boleh kongsikan di ruangan komen. Terima kasih. YNWA

Perkembangan Terkini Kecergasan Fabinho Dan Naby Keita

Jurgen Klopp menjangkakan Fabinho akan kembali ketika menentang Man City pada hujung minggu hadapan. Pemain dari Brazil itu telah terlepas perlawanan menentang Spurs pada awal pagi Jumaat lepas, menentang West Ham tengah malam ini dan bakal terlepas menentang Brighton pertengahan minggu hadapan. Menurut Klopp : "Bergantung dengan tahap pemulihan beliau. Mungkin pemulihan sekurang kurangnya dalam tiga perlawanan. Atau selewat lewatnya 4 perlawanan". "Saya rasa beliau akan kembali ketika menentang Man City". Klopp turut ditanya mengenai perkembangan Naby Keita yang kali terakhir melakukan penampilan pada 19 Disember ketika menentang Crystal Palace.  "Naby semakin hampir untuk pulih namun belum lagi buat masa sekarang". ADMIN So kita bergantung dengan Hendo dan Nat Philips atau Rhys buat masa sekarang. YNWA. Sumber : Liverpool FC

David Moyes : "Michail Antonio Mampu Memberikan Sesuatu Ketika Menentang Liverpool"

Beliau juga mahu pasukannya mengejutkan Liverpool dalam aksi pertembungan kedua dua pasukan awal pagi esok.  Michail Antonio sebelum ini terlepas perlawanan menentang Liverpool sebelum ini di Anfied berikutan kecederaan pada Oktober, dengan West Ham ketika itu mendahului dengan gol Pablo Fornal namun Liverpool menjaringkan gol menerusi Mo Salah dan Diogo Jota.  Namun beliau telah pulih dan kembali ke prestasi sebenar apabila menjaringkan gol ke atas Burnley dan West Ham, selain membantu menewaskan Crystal Palace 3 - 2 untuk membawa kelab ke tangga keempat liga buat sementara waktu.  Dengan Liverpool kini sedang bergelut dengan prestasi akibat krisis kecederaan pemain pertahanan, Moyes berharap pemain serangan itu dapat menambahkan derita buat The Reds dalam usaha mempertahankan gelaran liga mereka sekaligus mengintai slot UCL pada musim hadapan. Menurut Moyes :  "Saya berpendapat Micky memberikan perbezaan terhada corak taktikal kami, dan beliau memainkan peranan yang besar buat k

Liverpool "Mengemukakan Pertanyaan" Untuk Issa Diop Kepada West Ham United

Pemain itu merupakan salah seorang pemain yang menjadi sasaran Liverpool dengan pintu perpindahan kini semakin hampir ke penghujungnya. Semua pihak mengetahui bahawa Liverpool kini mengalami krisis pertahanan dengan VVD dan Joe Gomez kini tersisih untuk jangka masa lama.  Dan kini Jurgen Klopp turut kehilangan pemain bek senior dan pemain CB "bidan terjun" iaitu Joel Matip dan Fabinho, sekaligus kini Liverpool akan bermain tanpa pemain senior CB.  Kecederaan itu memaksa Jordan Henderson terpaksa digandingkan dengan Nat Phillips atau Rhys William di bahagian pertahanan, dengan kelab masih lagi berusaha untuk mendapatkan pemain CB untuk penyelesaian jangka pendek.  Liverpool juga tidak terlepas untuk dikaitkan dengan beberapa pemain, dan menurut James Pearce menerusi The Athletics mendakwa "terdapat sumber terdekat yang mendedahkan bahawa Liverpool mengemukakan pertanyaan untuk Issa Diop". Pemain berusia 24 tahun itu kini merupakan pilihan keempat CB West Ham sekaligu

Jurgen Klopp Menjangkakan Joe Gomez Bakal Terlepas Musim Ini.

Beliau mengakui amat "terkejut secara positif" jika pemain itu sempat pulih menjelang akhir musim ini.  Joe Gomez telah tersisih sejak November lepas berikutan kecederaan pada tendon lutut kiri ketika bersama skuad England dan telah melakukan pembedahan untuk kecederaan tersebut.  Beliau bersama sama VVD telah mengalami kecederaan jangka panjang, dengan ditambah pula dengan isu kecergasan Joel Matip dan Fabinho buat masa sekarang.  Virgil kini sedang melakukan pemulihan di Dubai, manakala Gomez dilihat sedang melakukan kecergasan di Pusat Latihan AXA sejak kebelakangan ini.  Ditanya mengenai kecergasan pemain itu dalam sidang media, Klopp mendedahkan bahawa beliau tidak rasa Gomez akan kembali bermain musim ini tetapi sangat hampir menjelang Mei.  "Joe Gomez dalam keadaan baik, namun perjalanan pulihnya sangat jauh". "Beliau boleh berjalan seperti normal, lebih baik namun belum menjalani latihan individu, latihan kecergasan mahupun melakukan aktiviti larian di

LMREDS Fantasy : Juara Bulanan Untuk Januari 2021

Pendahulu Liga Classic dipintas oleh pencabar baru yang hanya dipisahkan dengan 4 mata sahaja. Untuk Liga Classic , pasukan Sang Garuda di bawah kendalian Syazwan Wan telah memintas pasukan Aman Graseka 777 pada bulan ini. Kutipan 106 mata untuk gameweek sebelumnya. Wow. Manakala F2tekkz, Y.N.W.A dan Cegampit FC mengikuti rapat dari bawah.  Untuk kedudukan penuh liga sila klik link ini. https://fantasy.premierleague.com/leagues/1086426/standings/c Sementara di Liga H2H pula, Sabrutal FC telah dinobatkan sebagai juara bulanan pertama untuk liga ini sejak bermula pada Januari 2021. 3 kemenangan straight dalam bulan Januari. Rekod belum tercalar bossku.  Getah Spender dan Atok FC pula menjadi pesaing dengan perbezaan dua mata. Pelik nama team korang, tapi tak kisahla janji power kan? Untuk keputusan liga penuh sila klik link di bawah. https://fantasy.premierleague.com/leagues/1794073/standings/h ADMIN Anda mempunyai masa kurang dari 5 jam untuk menyetting team anda. YNWA. 

Jose Mourinho Menuduh Thiago Menjadi Punca Kecederaan Harry Kane

Pemain antarabangsa England itu dikeluarkan sejurus rehat separuh masa. Dan beliau didakwa menerima banyak terjahan keras ketika menyaksikan pasukan bimbingannya tumpas 3 - 1 ke atas Liverpool. Oleh itu Jose Mourinho mendedahkan pemain itu banyak menerima terjahan dari Thiago dengan mengesahkan Harry Kane bakal tersisih untuk beberapa minggu. Pada awal perlawanan, Harry Kane mempamerkan prestasi yang baik hingga membolehkan Son menjaringkan gol pertama buat Spurs namun ketika itu dibatalkan VAR akibat ofsaid.  Kane berjaya meneruskan permainan di separuh masa pertama, dengan selepas itu beliau tidak lagi bermain dan digantikan dengan Erik Lamela di separuh masa kedua.  Mourinho kemudiannya menyatakan salah satu punva kekalahan pasukan adalah disebabkan dengan kehilangan pemain tersebut.  Menurut Mourinho menerusi BBC : "Kedua dua kecederaan adalah di buku lali. Beliau diterjah keras. Saya melihat Thiago yang melakukan terjahan. Kalk kedua saya tidak pasti". "Namun ianya

Serge Aurier Meninggalkan Stadium Lebih Awal Selepas Bertelingkah Dengan Mourinho

Beliau dikeluarkan pada separuh masa pertama ketika kemenangan 3 - 1 Liverpool ke atas Spurs. Difahamkan ketika rehat separuh masa itu, pemain itu bertikam lidah dengan Mourinho di mana Liverpool mendahului 1 - 0 ketika itu menerusi jaringan Roberto Firmino.  Selepas itu Mourinho mengeluarkan Harry Kane untuk digantikan dengan Erik Lamela dan Harry Wink menggantikan Serge Aurier di pertahanan. Menurut laporan The Telegraph : "Kane terpaksa dibawa keluar berikutan kecederaan di kedua dua pergelangan kaki, manakala Aurier tidak akan bermain setelah digantikan dengan Winks". "Difahamkan pemain itu telah meninggalkan stadium sejurus selepas itu dengan pemain itu amat marah dengan Mourinho, di mana beliau terpaksa menjawab soalan adakah beliau menjadi penyebab mereka ketinggalan pada ketika itu". Manakala ini merupakan laporan dari The Mail : "Pemain Spurs terlibat dalam pertengkaran di bilik persalinan ketika kekalahan Spurs ke atas Liverpool dengan Aurier terus me

Jurgen Klopp : Perubahan Taktikal Memberikan Impak Kepada Persembahan Thiago

Thiago Alcantara bermain di posisi yang lebih hadapan ketika kemenangan 3-1 Liverpool ke atas Tottenham pada awal pagi tadi. Jurgen Klopp mendedahkan bahawa Thiago Alcantara akan memberikan yang terbaik lagi selepas ini ketika pengurus Liverpool itu memperincikan mengenai perubahan taktikal yang membantu pemain tengah  tersebut.  The Reds mencatatkan kemenangan 3-1 ke atas Spurs dengan gol dari Roberto Firmino, Trent Alexander-Arnold dan Sadio Mane manakala gol tunggal Spurs dijaringkan oleh Pierre-Emile Hojbjerg. Thiago kini baru memulakan perlawanan EPL kelima bersama Liverpool sejak berhijrah dari Bayern Munich pada musim panas lepas dan digandingkan bersama Gini Wijnaldum dan James Milner untuk pertama kalinya sebagai trio pemain tengah. Klopp menyatakan bahawa beliau meletakkan Milner dan Wijnaldum di posisi lebih bawah sedikif untuk membolehkan Thiago bermain di posisi lebih offensif. Pemain antarabangsa Sepanyol itu menikmati babak kedua yang mengagumkan sebelum beliau dibawa ke

Jurgen Klopp Beri Bayangan Perpindahan Setelah Matip Mengalami Kecederaan

Joel Matip mengalami kecederaan ketika kemenangan 3-1 Liverpool ke atas Tottenham dan kini tanpa sebarang seorang pemain pertahanan tengah senior. Jurgen Klopp memberikan bayangan untuk Liverpool untuk mendapatkan bek tengah dari dalam jendela perpindahan ini berikutan kecederaan berterusan pemain pertahanan tengah. Liverpool turun tanpa kehadiran Fabinho, yang terlepas perlawanan awal pagi tadi berikutan masalah otot kecil.  Dengan masalah kecederaan jangka panjang Virgil van Dijk dan Joe Gomez, Liverpool mengakhiri permainan menentang Spurs dengan Jordan Henderson dan Nat Phillips bergandingan sebagai pasangan bek tengah, dan Rhys Williams yang berusia 19 tahun sebagai satu-satunya pilihan lain yang ada.  Dan dengan tarikh akhir pintu perpindahan pada Isnin, Klopp mendedahkan bahawa perlunya kehadiran pemain pertahanan lain dalam masa terdekat. "Anda boleh bayangkan kami sedang memikirkan segalanya, tentu sekali". "Namun kami harus memastikan ianya pemain yang tepat un

Liverpool Kejutkan Spurs Di White Hart Lane : Catat Kemenangan 3 - 1

Gol jaringan dari Firmino, TAA dan Sadio Mane sudah cukup untuk menamatkan kemarau kemenangan The Reds dalam aksi EPL. Liverpool turun ke White Hart Lane kali ini tanpa kehadiran Fabinho yang difahamkan mengalami kecederaan, namun Hendo dan Joel Matip kembali. Manakala Spurs menurunkan barisan pemain utama mereka dengan Son dan Kans menerajui barisan serangan. Kedua dua pasukan memulakan permainan dengan baik, dengan Sadio Mane terlepas peluang menjaringkan seawal minit kedua selepas bertukar tukar hantaran dengan Firmino di hadapan gol.  Sejurus selepas itu, Son dilihat berjaya membuka jaringan untuk Spurs namun dibatalkan oleh VAR berikutan beliau berada dalam kedudukan ofsaid.  Situasi yang sama berlaku di minit ke 20, apabila Firmino melakukan percubaan deras ke pintu gol tetapi tepat ke Lloris, manakala Son selepas itu melakukan larian dan melepaskan rembatan tetapi tepat ke Alisson.  Tiga minit berselang, hantaran lob Mo Salah berjaya disambut Mane di hadapan gol namun kuisan bel

Jeremy Doku Dedahkan Mengapa Beliau Menolak Untuk Menyertai Liverpool

Beliau menyifatkan tawaran untuk bermain di kancah EPL "terlalu awal" untuk beliau.  Doku telah lama menjadi sasaran The Reds, dan difahamkan sudah ada beberapa pendekatan untuk pemain berusia 18 tahun itu sejak beberapa musim lepas.  Namun beliau telah menolak peluang untuk berhijrah ke Merseyside pada tahun 2018, walaupun didakwa telah wujudnya perbincangan dengan Jurgen Klopp dengan tawaran lain hadir pada musim panas lalu, setelah beraksi dalam musim penuh pertamanya dengan skuad senior Anderlecht.  Tetapi Doku membuat keputusan untuk menyertai pasukan Rennes pada bulan Oktober lepas dengan nilai lebih dari £23 juta.  Musim lepas beliau telah menyumbangkan 6 gol dan 7 assist dalam 37 perlawanan untuk Anderlecht, manakala Doku sejak menyertai Rennes telah melakukan 2 assist dalam 21 perlawanan untuk Rennes, dengan melakukan 16 penampilan dalam kesebelasan utama setakat ini termasuk 4 di kancah UCL.  Menurut Doku menerusi wawancara dengan Het Nieuwsblad : "Saya melakuk

Kedudukan Kewangan LFC Amat Stabil - FSG Masih Senyap Di Pasaran Perpindahan

Liverpool telah memintas Man City dan PSG menjadi lima kelab bola sepak terkaya di Eropah, tetapi masih tidak terbabit dalam pasaran perpindahan pada bulan Januari. FSG telah meraih keuntungan ke atas kejayaan The Reds di atas padang dengan  Jurgen Klopp telah membawa kelab Merseyside itu menjulang kejuaraan UCL keenam mereka pada 2019 dan diikuti dengan kejuaraan liga pertama mereka dalam 30 tahun.  Walaupun banyak kelab terkesan akibat krisis kewangan berikutan penularan wabak Covid 19, Liverpool merupakan salah satu daripada beberapa kelab di dunia yang masih selesa dari segi kewangan.  Namun mereka ketinggalan daripada pesaing mereka dalam aktiviti perpindahan sejak beberapa tahun terakhir ini.  Tidak ada alasan yang menyarankan Liverpool perlu membelanjakan wang tunai secara besar besaran setelah memenangi gelaran Liga Perdana Inggeris dengan 22 mata musim lalu.  Mereka telah berjaya mendapatkan Thiago Alcantara - salah satu pemain tengah terbaik di dunia - dengan hanya £5 juta se

Liverpool Berhasrat Untuk Mendapatkan CB Dalam Jangka Masa Pendek?

Difahamkan Liverpool telah menghubungi Sokratis yang kini dalam perkiraan untuk menyertai Olympiacos. Kelemahan pertahanan Liverpool terdedah lagi dalam kekalahan terbaru dalam Piala FA ke atas Man United - tetapi kelab nampaknya sedang cuba mencari jalan penyelesaian minggu ini. Berdasarkan komen Klopp minggu lalu, beliau memberi gambaran bahawa dia tidak dapat sokongan dana untuk membawa pemain CB yang dia mahukan. Beliau menekankan bahawa bukan dia yang bertanggung jawab atas keputusan terakhir untuk membelanjakan dana, dengan beliau hanya membuat cadangan dan kemudian hierarki yang lebih tinggi melakukan keputusan tersebut.  Salah satunya adalah membawa pemain pertahanan senior yang berpengalaman dalam jendela perpindahan ini, namun dengan pandemik kini menekan kewangan kelab dan penyelesaian jangka pendek dapat menjadi solusi yang dapat diterima. Pinjaman atau kemasukan percuma akan membolehkan kelab merapatkan jurang dengan kelab kelompok atasan sekurang kurangnya hingga musim pa

Non LFC : Frank Lampard Bakal Dipecat Dari Pengurus Chelsea

Ianya disebabkan oleh beberapa siri keputusan perlawanan yang kurang memberangsangkan sejak akhir akhir ini. Bekas pemain The Blues ini hanya memegang tampuk pengurus sejak 18 bulan lepas, dengan Thomas Tuchel dijangka menjadi pengurus baru Chelsea. Sebelum ini Chelsea hanya mencatatkan 5 kekalahan dari 8 perlawanan terakhir.  Goal difahamkan perbincangan telah dilakukan antara pemilik kelab dan Tuchel beberapa hari sebelum khabar pemecatan Lampard menjadi umum hari ini.  Pemergian Lampard sebagai pengurus Chelsea akan berlaku setelah 24 jam lepas Chelsea menewaskan Luton Town 3 - 1 dalam saingan Piala FA, namun pemiliki kelab amat risau dengan perkembangan kempen mereka dalam EPL.  Lampard membawa Chelsea mengakhiri liga dengan kedudukan Top 4 musim lepas, dengan ketika itu telah menunjukkan potensi yang baik selepas dikenakan hukuman tidak dapat melakukan sebarang perpindahan masun pemain sebelum itu.  Musim ini Chelsea berbelanja hampir £200 juta untuk pemain baru, dengan usaha untu

Kesilapan Fabinho Dedahkan Masalah Pertahanan Terhadap FSG

Keputusan tidak membawa masuk pemain pertahanan baru Januari ini memberi padah apabila Liverpool disingkirkan dari Piala FA. Antara sebab utama ketika Liverpool mengalami masalah adalah ketika kekurangan bek tengah Liverpool yang berpengalaman.  Walau bagaimanapun ini tidak mungkin lebih buruk bagi Jurgen Klopp.  Namun keputusan cukup menghampakan bahawa ia berlaku hanya beberapa hari selepas bos The Reds itu sekali lagi mendedahkan bahawa dia mahu melakukan sesuatu untuk memperkuat barisan belakangnya bulan ini.  Tetapi mereka bermain di Old Trafford, halaman pesaing mereka di barat laut Manchester di kejohanan Piala FA yang disiarkan di televisyen dengan hanya untuk menjelaskan kepada masyarakat umum apa yang telah diketahui di kalangan peminat di Anfield untuk jangka masa yang signifikan. Penilaian yang tidak adil pasti akan ditujukan kepada pemain pertahanan tengah berusia 19 tahun, Rhys Williams, yang melakukan kesalahan besar untuk gol kedua United dan melakukan kesalahan lain ya

Analisa Perlawanan : Kesilapan Individu Punca Tersingkirnya Liverpool Dari Piala FA

Namun dari sudut positif, pemain dah jumpa jalan untuk menjaringkan gol. Pada mulanya kita sukar menerima hakikat bahawa Klopp kali ini menurunkan James Milner, Curtis Jones dan Rhys William dalam perlawanan ini.  Seolah olah tak cukup padu lineup.  Tetapi somehow someway, Liverpool mengejutkan tuan rumah apabila Firmino melakukan split passing defending untuk Mo Salah menjaringkan gol pendahuluan. Sesuatu nikmat yang tidak kita rasai sejak beberapa perlawanan lepas, jeritan gol.  Walaupun hanya bersifat sementara.  Tapi itulah yang kita nantikan selama ini apabila enjin serangan kita melakukan gerak untuk mencipta serangan tanpa delay lagi di kawasan final third lawan.  Typical Man United taktikal memberikan padah buat gawang Liverpool selepas itu. Rashford memang diarahkan untuk stay wide dan melakukan hantaran jauh melepasi kepala Fabinho buat Greenwood menyamakan kedudukan.  Hantaran itu boleh disekat sekiranya pemain tengah Liverpool menekan Rashford dan Fabinho dalam kedudukan be

Gol Bruno Fernandez Buat Liverpool Tersingkir Dari Piala FA Dengan Jaringan 3 - 2

Namun begitu kedua dua pasukan saling berbalas gol sejak awal perlawanan lagi. Penentuan kalah mati ini menyaksikan Jurgen Klopp merombak kesebelasan utama dengan memasukkan James Milner, Curtis Jones dan Rhys William dalam kesebelasan utama. Sementara Man United menyenaraikan Mason Greenwood, Cavani dan Van De Beek sambil merehatkan Bruno Fernandez dan David De Gea. Man United terlebih dahulu mendapatkan peluang untuk mendahului apabila Cavani mengambil kesempatan di atas kesilapan Rhys, dengan melakukan hantaran untuk Greenwood namun percubaan beliau tersasar pada minit ke 12.  Namun Liverpool terlebih dahulu membuka gol dengan Mo Salah menerima hantaran terus dari Firmino pada minit ke 18, dan melakukan lob melepasi Dean Henderson. Kedudukan itu tidak kekal lama, apabila Rashford yang berada di wide area melakukan satu hantaran lambung melepasi kepala Fabinho ke arah Greenwood dan pemain itu tenang menewaskan Alisson pada minit ke 28.  Dalam masa dua minit ketika perlawanan minit ke

Link Live Streaming : Man United vs Liverpool ( FA Cup )

Setakat ini hanya dua link sahaja yang diperolehi. https://www.goforsports.net/2021/01/utd-liv https://www.epicsports.in/2020/11/man-united-lives.html ADMIN Boleh kongsikan di ruang komen jika ada. YNWA. 

Senarai Pemain Liverpool FC Menjelang Perlawanan Menentang Man United

Perlawanan Pusingan Keempat Piala FA 2020 2021 menemukan dua gergasi Inggeris dengan beberapa kecergasan pemain Liverpool masih diragui, terutama Jordan Henderson. Liverpool akan cuba untuk meletakkan prestasi buruk di belakang mereka ketika menentang pesaing Manchester United pada Pusingan Keempat Piala FA di Old Trafford hari ini.  Skuad Jurgen Klopp kini mengalami penurunan prestasi baru-baru ini, dengan hanya memenangi satu daripada enam perlawanan terakhir mereka di semua kejohanan.  Liverpool gagal menjaringkan gol dalam 4 dari 6 perlawanan tersebut, dengan satu-satunya kemenangan ketika perlawanan di Pusingan Ketiga Piala FA menentang pasukan muda Aston Villa.  Kekalahan ke atas Burnley pada Khamis lepas mengakhiri rekod tanpa kalah Liverpool dalam 68 perlawanan di Anfield sekaligus meninggalkan mereka enam mata dari pendahulu EPL, Manchester United. Setelah seri 0-0 dengan pasukan Ole Gunnar Solskjaer pada 17 Januari lepas, Liverpool kini mempunyai peluang seterusnya untuk meng