Skip to main content

Gol Bruno Fernandez Buat Liverpool Tersingkir Dari Piala FA Dengan Jaringan 3 - 2

Namun begitu kedua dua pasukan saling berbalas gol sejak awal perlawanan lagi.


Penentuan kalah mati ini menyaksikan Jurgen Klopp merombak kesebelasan utama dengan memasukkan James Milner, Curtis Jones dan Rhys William dalam kesebelasan utama.


Sementara Man United menyenaraikan Mason Greenwood, Cavani dan Van De Beek sambil merehatkan Bruno Fernandez dan David De Gea.


Man United terlebih dahulu mendapatkan peluang untuk mendahului apabila Cavani mengambil kesempatan di atas kesilapan Rhys, dengan melakukan hantaran untuk Greenwood namun percubaan beliau tersasar pada minit ke 12. 

Namun Liverpool terlebih dahulu membuka gol dengan Mo Salah menerima hantaran terus dari Firmino pada minit ke 18, dan melakukan lob melepasi Dean Henderson.

Kedudukan itu tidak kekal lama, apabila Rashford yang berada di wide area melakukan satu hantaran lambung melepasi kepala Fabinho ke arah Greenwood dan pemain itu tenang menewaskan Alisson pada minit ke 28. 

Dalam masa dua minit ketika perlawanan minit ke 34 dan 36, United cuba melakukan ancaman ke hadapan gol menerusi dua tandukan hasil sepakan sudut dengan Pogba dan Mctominay melakukannya tetapi tinggi melewati palang. 

Menjelang tamatnya separuh masa pertama, Shaw melakukan cross yang ditepis Alisson namun jatuh ke Van De Beek di luar petak tetapi rembatan beliau dikeluarkan Thiago di hadapan gol.

Bersambung babak kedua, Liverpool mendapati mereka ketinggalan lagi seawal minit ke 48, apabila Rhys gagal melakukan pintasan di hadapan petak lalu membebaskan Rashford yang kemudian tenang untuk menjaringkan gol menewaskan Alisson.

Kesilapan pula dilakukan oleh pertahanan United apabila bola hantaran berjaya dipintas Milner dan melorongkan untuk Firmino, dan satu hantaran pendek buat Mo Salah di hadapan gol untuk disudahkan beliau bagi menjadikan kedudukan 2 - 2 pada minit ke 58. 

Liverpool terus memberikan ancaman selepas itu dengan Trent melakukan percubaan jarak dekat tetapi ditepis Henderson pada minit ke 60. 

Mane kemudian dibawa masuk pada minit ke 62. 

Minit ke 63 menyaksikan United terperangkap oleh hantaran terus pendek Firmino dengan Salah melakukan larian ke gol tetapi percubaannya ditepis Henderson.

Bruno Fernandez dibawa masuk sejurus selepas itu dan beliau adalah gamechanger buat perlawanan ini apabila menjaringkan gol menerusi sepakan percuma luar petak pada minit ke 77. 

Liverpool cuba bertindakbalas dengan memasukkan Origi dan Shaqiri pada minit ke 80, namun gagal memberikan sengat untuk The Reds membawa perlawanan ke masa tambahan.

Satu satunya peluang dimiliki United untuk menambah gol adalah menerusi tandukan Cavani di minit ke 88, tetapi gol kemenangan Bruno itu sudah memadai untuk menyingkirkan Liverpool dari kejohanan ini.

ADMIN

Apa yang positifnya The Reds dah jumpa gol. Apa yang negatifnya adalah kesilapan mudah pertahanan.

YNWA. 

Comments

Popular posts from this blog

Bilakah Andy Robertson Dijangka Kembali Menjalani Latihan Pramusim Bersama Liverpool

Tiada mana mana pemain Liverpool yang mampu mencapai minit permainan Robbo pada 2020 / 2021 dengan mengharungi 64 penampilan keseluruhan bersama kelab dan negara. Ianya musim yang amat memenatkan buat semua pasukan berikutan pandemik yang melanda dunia ketika ini.  Namun Robertson kekal sebagai salah satu pemain utama Klopp musim lepas dengan melakukan 50 penampilan daripada 53 perlawanan Liverpool dengan jumlah minit perlawanan sebanyak 4319 minit.  Termasuk minit perlawanan yang dilaluinya bersama skuad Scotland yang berjumlah 1273 minit, secara keseluruhan Robbo bermain sebanyak 5592 minit perlawanan. Di usia 27 tahun, beliau tidak perlu dibebani dengan minit perlawanan yang begitu banyak jika mahu berada di tahap tertinggi kariernya menjelang usia 30 an.  Namun kekecewaan di Euro 2020 telah melanda pasukan Scotland apabila tersingkir awal dan ini bermakna Robertson akan mula menikmati cuti musim panas beliau sekarang ini.  Menurut The Athletics, pemain pasukan yang tidak terlibat d

Link Live Streaming : Liverpool FC vs Crystal Palace

Beberapa link live diperolehi untuk perlawanan terakhir EPL musim ini. https://www.mobisports.live/2021/05/premier-league-liverpool-vs-crystal.html?m=1 https://www.goforsports.net/2021/05/lfccry/ https://www.sportstrack.in/2021/05/epl-liv-vs-crystal.html ADMIN Selamat menonton. YNWA

Media | Kostas Tsimikas Hantar Balik Tiga Pemain Burnley Ke Turf Moor - Mendapat Tepukan Penonon

Liverpool mencatatkan kemenangan 2 - 0 ke atas Burnley dalam perlawanan sulung di Anfield yang penuh dengan penonton.  Dan Kostas Tsimikas juga mempamerkan persembahan yang memukau ketika perlawanan tersebut.  Sebelum itu Tsimikas juga memberikan peluang untuk Diogo Jota menjaringkan gol pertama buat Liverpool. Gol kedua pula dijaringkan oleh Sadio Mane, yang berpunca dari hantaran jauh Van Dijk yang dikawal baik oleh Harvey Elliot dengan lorongan buat Trent dan seterusnya Mane menyudahkan hantaran itu.  Burnley berusaha untuk mencari gol bagi membolehkan mereka bangkit semula, dan Tsimikas ketika itu mempamerkan ketenangan dan kepantasan dalam mengawal penguasaan bola.  Beliau berhadapan dengan Lowton, McNeil dan Jay Rodriguez ketika itu. Saksikan : ADMIN Boleh tahan. Well done Tsimikas. YNWA. Sumber : Planet Football