Skip to main content

Jurgen Klopp Menjangkakan Joe Gomez Bakal Terlepas Musim Ini.

Beliau mengakui amat "terkejut secara positif" jika pemain itu sempat pulih menjelang akhir musim ini. 


Joe Gomez telah tersisih sejak November lepas berikutan kecederaan pada tendon lutut kiri ketika bersama skuad England dan telah melakukan pembedahan untuk kecederaan tersebut. 

Beliau bersama sama VVD telah mengalami kecederaan jangka panjang, dengan ditambah pula dengan isu kecergasan Joel Matip dan Fabinho buat masa sekarang. 

Virgil kini sedang melakukan pemulihan di Dubai, manakala Gomez dilihat sedang melakukan kecergasan di Pusat Latihan AXA sejak kebelakangan ini. 

Ditanya mengenai kecergasan pemain itu dalam sidang media, Klopp mendedahkan bahawa beliau tidak rasa Gomez akan kembali bermain musim ini tetapi sangat hampir menjelang Mei. 

"Joe Gomez dalam keadaan baik, namun perjalanan pulihnya sangat jauh".

"Beliau boleh berjalan seperti normal, lebih baik namun belum menjalani latihan individu, latihan kecergasan mahupun melakukan aktiviti larian di gym".

"Kecederaan beliau amat sukar. Bilakah musim ini berakhir? Mei bukan? Jadi saya tidak menjangkakan beliau akan kembali bermain musim ini namun beliau sangat hampir pada ketika itu".

"Saya akan terkejut dari segi positif jika beliau kembali bermain musim ini".

Buat masa sekarang Liverpool masih lagi mencari calon CB tambahan, dengan lebih mengutamakan penyelesaian jangka panjang berbanding jangka pendek.

Tambah Klopp :

"Saya berpendapat inilah yang kami selalu lakukan bersama, menyelesaikan masalah sekarang dan akan menyelesaikan masalah untuk jangka panjang".

"Itu yang kami selalu lakukan, mencari jalan penyelesaian".

"Bagaimana kami lakukan adalah mencari jalan penyelesaian segera untuk perlawanan menentang West Ham United, jadi kita akan lihat bagaimana situasinya nanti".

"Apa yang lebih ideal adalah mencari jalan penyelesaian jangka pendek sekaligus menyelesaikan masalah jangka panjang".

"Saya tidak pasti samada dapat lakukan atau tidak, namun kita akan terus mencuba".

ADMIN

Sama sama kita saksikan dalam masa beberapa hari ini. YNWA. 

Sumber : This Is Anfield

Comments

Popular posts from this blog

Link Live Streaming : Liverpool FC vs Crystal Palace

Beberapa link live diperolehi untuk perlawanan terakhir EPL musim ini. https://www.mobisports.live/2021/05/premier-league-liverpool-vs-crystal.html?m=1 https://www.goforsports.net/2021/05/lfccry/ https://www.sportstrack.in/2021/05/epl-liv-vs-crystal.html ADMIN Selamat menonton. YNWA

Media | Kostas Tsimikas Hantar Balik Tiga Pemain Burnley Ke Turf Moor - Mendapat Tepukan Penonon

Liverpool mencatatkan kemenangan 2 - 0 ke atas Burnley dalam perlawanan sulung di Anfield yang penuh dengan penonton.  Dan Kostas Tsimikas juga mempamerkan persembahan yang memukau ketika perlawanan tersebut.  Sebelum itu Tsimikas juga memberikan peluang untuk Diogo Jota menjaringkan gol pertama buat Liverpool. Gol kedua pula dijaringkan oleh Sadio Mane, yang berpunca dari hantaran jauh Van Dijk yang dikawal baik oleh Harvey Elliot dengan lorongan buat Trent dan seterusnya Mane menyudahkan hantaran itu.  Burnley berusaha untuk mencari gol bagi membolehkan mereka bangkit semula, dan Tsimikas ketika itu mempamerkan ketenangan dan kepantasan dalam mengawal penguasaan bola.  Beliau berhadapan dengan Lowton, McNeil dan Jay Rodriguez ketika itu. Saksikan : ADMIN Boleh tahan. Well done Tsimikas. YNWA. Sumber : Planet Football

Media : Harvey Elliot Tamatkan Musim Bersama Blackburn Rovers Dengan Gol Peribadi Ketujuh

Ianya perlawanan terakhir beliau bersama Blackburn Rovers musim ini selain daripada menyumbangkan 11 assist kepada pasukan. Meskipun beliau memulakan perlawanan di bangku simpanan, ianya tidak menghalang beliau untuk menyumbangkan satu gol sekaligus mengakhiri karier sementaranya bersama Blackburn dengan gaya tersendiri.  Beliau dibawa masuk ketika perlawanan berbaki 30 minit dan ketika itu Blackburn mendahului Birmingham dengan 3 - 2.  Dengan perlawanan berbaki 10 minit, Elliot melakukan larian dari sayap kanan ke kawasan tengah.  Beliau menyambut baik hantaran Corey Evans, sekaligus melakukan tendangan lob melepasi penjaga gol Birmingham untuk menjaringkan gol keempat Blackburn.  Saksikan. Setakat ini Elliot merupakan sumber kreatif buat pasukan Blackburn musim ini, selain daripada 7 gol, 11 assist dan baru berusia 18 tahun pada April lepas. Selepas ini Elliot akan kembali ke Liverpool dan berkemungkinan berlatih dalam skuad utama untuk pramusim.  Kreativiti beliau mungkin diperlukan