Skip to main content

Liverpool Lebarkan Kemenangan Di Kota London : Menang 3 - 1 Ke Atas West Ham

Dua jaringan Mo Salah dan satu lagi dari Wijnadum memastikan The Reds meraih 3 mata dan seterusnya naik ke tangga ketiga EPL.


Liverpool turun ke Stadium Olimpik London tanpa kehadiran seorang pun pemain CB senior, selain kehilangan khidmat Sadio Mane dan Klopp membuat keputusan menurunkan Origi dan Shaq di barisan serangan.


Manakala West Ham United membariskan pemain utama mereka seperti Michail Antonio serta pemain baru mereka, Said Benrahma.


Mengetahui bahawa hanya kemenangan sahaja mampu menghidupkan peluang mereka untuk kekal bersaing di Top 4, Liverpool memulakan perlawanan dengan lebih offensif sedikit. 

Liverpool terlebih dahulu menguji kekentalan bek lawan apabila satu tolakan ke half space dari Robbo ke Origi disudahkan menerusi rembatan ke gol namun sipi dari pintu gol pada minit ke 4.

West Ham juga sekali sekala menguji kekuatan benteng Liverpool, dengan peluang menerusi satu hantaran lintang di hadapan gol dikeluarkan pertahanan Liverpool, dan follow up Fornal selepas itu dikeluarkan Robbo di hadapan gol pada minit ke 24.

Berselang dua minit, satu hantaran jauh Robbo tepat menemui Mo Salah dalam kawasan penalti dengan satu lay off untuk Shaq melepaskan rembatan namun dihadang baik oleh Dawson. 

Perlawanan berlangsung agak hambar selepas itu dengan satu satunya peluang sebelum rehat separuh masa adalah menerusi hantaran lintang Thiago untuk Origi melakukan larian di hadapan gol tetapi kuisan beliau sipi dari pintu gol.

Bersambung babak kedua, Liverpool semakin memperkemaskan rentak dengan lebih pantas melakukan hantaran. 

Origi hampir menjaringkan gol dengan sebelum itu Salah dan Shaq bertukar tukar hantaran sebelum melorongkan untuk Origi tetapi hanya terkena sisi jaring pada minit ke 49.

West Ham sebenarnya hampir mendahului pada minit ke 54, apabila hantaran lintang Fornal cuba dikuis Milner di hadapan petak namun Antonil berjaya merampas dan melepaskan rembatan tetapi hanya sipi dari pintu gol.

Klopp melakukan pertukaran dengan memasukkan Jones untuk Milner pada minit ke 55, dengan kemasukan itu memberikan impak serta merta apabila gerakan bertukar hantaran antara Jones dan Shaq membolehkan Mo Salah membuka jaringan menerusi percubaan lencong dari sudut penalti sebelah kanan pada minit ke 56.

Liverpool menjaringkan gol kedua pada minit ke 67, yang berpunca dari sepakan sudut yang dikeluarkan pertahanan The Reds yang membolehkan Trent melakukan hantaran jauh buat Shaq. Shaq melancarkan serangan balas dan hantaran jauh beliau terus ke Mo Salah yang berada di petak penalti dan mudah menguis masuk gol kedua buat Liverpool. 

Origi dikeluarkan untuk Alex Oxlade pada minit ke 80, dan satu lagi pertukaran bijak oleh Klopp dengan Ox bertukar tukar hantaran bersama Firmino untuk membolehkan Wijnaldum menjaringkan gol ketiga Liverpool di minit ke 83.

West Ham memperolehi gol saguhati dua minit selepas itu, apabila Dawson menguis masuk bola sepakan sudut pada minit ke 85 tetapi Liverpool kekal bertahan untuk memastikan 3 mata penuh dibawa balik dari Kota London buat kalo kedua dalam masa 3 hari. 

ADMIN

2 kemenangan yang bermakna untuk kita. YNWA.

Comments

Popular posts from this blog

Link Live Streaming : Liverpool FC vs Crystal Palace

Beberapa link live diperolehi untuk perlawanan terakhir EPL musim ini. https://www.mobisports.live/2021/05/premier-league-liverpool-vs-crystal.html?m=1 https://www.goforsports.net/2021/05/lfccry/ https://www.sportstrack.in/2021/05/epl-liv-vs-crystal.html ADMIN Selamat menonton. YNWA

Media | Kostas Tsimikas Hantar Balik Tiga Pemain Burnley Ke Turf Moor - Mendapat Tepukan Penonon

Liverpool mencatatkan kemenangan 2 - 0 ke atas Burnley dalam perlawanan sulung di Anfield yang penuh dengan penonton.  Dan Kostas Tsimikas juga mempamerkan persembahan yang memukau ketika perlawanan tersebut.  Sebelum itu Tsimikas juga memberikan peluang untuk Diogo Jota menjaringkan gol pertama buat Liverpool. Gol kedua pula dijaringkan oleh Sadio Mane, yang berpunca dari hantaran jauh Van Dijk yang dikawal baik oleh Harvey Elliot dengan lorongan buat Trent dan seterusnya Mane menyudahkan hantaran itu.  Burnley berusaha untuk mencari gol bagi membolehkan mereka bangkit semula, dan Tsimikas ketika itu mempamerkan ketenangan dan kepantasan dalam mengawal penguasaan bola.  Beliau berhadapan dengan Lowton, McNeil dan Jay Rodriguez ketika itu. Saksikan : ADMIN Boleh tahan. Well done Tsimikas. YNWA. Sumber : Planet Football

Media : Harvey Elliot Tamatkan Musim Bersama Blackburn Rovers Dengan Gol Peribadi Ketujuh

Ianya perlawanan terakhir beliau bersama Blackburn Rovers musim ini selain daripada menyumbangkan 11 assist kepada pasukan. Meskipun beliau memulakan perlawanan di bangku simpanan, ianya tidak menghalang beliau untuk menyumbangkan satu gol sekaligus mengakhiri karier sementaranya bersama Blackburn dengan gaya tersendiri.  Beliau dibawa masuk ketika perlawanan berbaki 30 minit dan ketika itu Blackburn mendahului Birmingham dengan 3 - 2.  Dengan perlawanan berbaki 10 minit, Elliot melakukan larian dari sayap kanan ke kawasan tengah.  Beliau menyambut baik hantaran Corey Evans, sekaligus melakukan tendangan lob melepasi penjaga gol Birmingham untuk menjaringkan gol keempat Blackburn.  Saksikan. Setakat ini Elliot merupakan sumber kreatif buat pasukan Blackburn musim ini, selain daripada 7 gol, 11 assist dan baru berusia 18 tahun pada April lepas. Selepas ini Elliot akan kembali ke Liverpool dan berkemungkinan berlatih dalam skuad utama untuk pramusim.  Kreativiti beliau mungkin diperlukan