Skip to main content

Liverpool Dan Preston Bersetuju Dengan Harga £2 Juta Untuk Ben Davies

Pemain ini merupakan pemain sasaran Liverpool bagi menyelesaikan krisis kecederaan pertahanan ketika ini.

Sebelum ini Liverpool hanya memantau perkembangan pasaran perpindahan sebelum melakukan keputusan untuk melakukan bidaan terhadap Ben Davies setelah Fabinho dan Joel Matip mengalami kecederaan. 

Perbincangan telah dilakukan dan persetujuan telah dicapai oleh kedua dua kelab dengan perjanjian juga dipersetujui untuk Sepp Van Der Berg beralih ke Preston secara pinjaman hingga akhir musim ini. 

Jurgen Klopp, apabila ditanya tidak menyatakan apa apa mengenai perpindahan pemain ini.

"Ben Davies? Adakah dia pemain Spurs?"

"Tiada apa perlu diperkatakan. Saya telah menyatakan sebelum ini, ianya masuk akal dalam situasi kami sekarang".

"Kami sentiasa memantau perkembangan dan mencari jalan penyelesaian"

Davies akan menjalani pemeriksaan kesihatan hari ini sebelum menyertai Liverpool. 

Dengan Liverpool sukar untuk melaburkan sejumlah wang yang besar untuk perpindahan major, Davies dilihat sebagai calon ideal untuk menampung situasi mereka yang alami sekarang.

Pemain pertahanann itu dilihat sebagai salah satu jalan penyelesaian buat Liverpool yang melanda sepanjang musim ini.

Selain itu, kontrak Davies yang hanya tinggal 6 bulan lagi adalah faktor mengapa pemain itu dilihat sebagai pilihan dan memudahkan lagi perpindahan.

Davies sebelum ini merupakan sasaran Celtic dengan Neil Lennon berhasrat membawa masuk pemain berusia 25 tahun ini. 

Namun Liverpool telah berjaya mendapatkan pemain ini untuk mengukuhkan lagi barisan pertahanan mereka. 

Dengan Virgil Van Dijk dan Joe Gomez bergelut untuk kembali bermain musim ini, Jurgen Klopp terpaksa menggunakan pemain tengah Fabinho sebagai back up untuk pertahanan tengah. 

Namun kecederaan berterusan Joel Matip dan Fabinho yang mengalami masalah otot menyaksikan Jordan Henderson telah dibawa untuk menjadi pemain pertahanan dalam dua perlawanan menentang Spurs dan WHU. 

Klopp telah menggunakan 12 pasangan berbeza dalam 21 perlawanan EPL sebelumnya dan kehadiran Davies mungkin dapat membantu Liverpool kembali ke landasan sebenar bagi mengejar Man City di persada liga.

ADMIN

Mana mana pilihan anda Klopp, tetap terbaik. YNWA.

Comments

Popular posts from this blog

Bilakah Andy Robertson Dijangka Kembali Menjalani Latihan Pramusim Bersama Liverpool

Tiada mana mana pemain Liverpool yang mampu mencapai minit permainan Robbo pada 2020 / 2021 dengan mengharungi 64 penampilan keseluruhan bersama kelab dan negara. Ianya musim yang amat memenatkan buat semua pasukan berikutan pandemik yang melanda dunia ketika ini.  Namun Robertson kekal sebagai salah satu pemain utama Klopp musim lepas dengan melakukan 50 penampilan daripada 53 perlawanan Liverpool dengan jumlah minit perlawanan sebanyak 4319 minit.  Termasuk minit perlawanan yang dilaluinya bersama skuad Scotland yang berjumlah 1273 minit, secara keseluruhan Robbo bermain sebanyak 5592 minit perlawanan. Di usia 27 tahun, beliau tidak perlu dibebani dengan minit perlawanan yang begitu banyak jika mahu berada di tahap tertinggi kariernya menjelang usia 30 an.  Namun kekecewaan di Euro 2020 telah melanda pasukan Scotland apabila tersingkir awal dan ini bermakna Robertson akan mula menikmati cuti musim panas beliau sekarang ini.  Menurut The Athletics, pemain pasukan yang tidak terlibat d

Link Live Streaming : Liverpool FC vs Crystal Palace

Beberapa link live diperolehi untuk perlawanan terakhir EPL musim ini. https://www.mobisports.live/2021/05/premier-league-liverpool-vs-crystal.html?m=1 https://www.goforsports.net/2021/05/lfccry/ https://www.sportstrack.in/2021/05/epl-liv-vs-crystal.html ADMIN Selamat menonton. YNWA

Media | Kostas Tsimikas Hantar Balik Tiga Pemain Burnley Ke Turf Moor - Mendapat Tepukan Penonon

Liverpool mencatatkan kemenangan 2 - 0 ke atas Burnley dalam perlawanan sulung di Anfield yang penuh dengan penonton.  Dan Kostas Tsimikas juga mempamerkan persembahan yang memukau ketika perlawanan tersebut.  Sebelum itu Tsimikas juga memberikan peluang untuk Diogo Jota menjaringkan gol pertama buat Liverpool. Gol kedua pula dijaringkan oleh Sadio Mane, yang berpunca dari hantaran jauh Van Dijk yang dikawal baik oleh Harvey Elliot dengan lorongan buat Trent dan seterusnya Mane menyudahkan hantaran itu.  Burnley berusaha untuk mencari gol bagi membolehkan mereka bangkit semula, dan Tsimikas ketika itu mempamerkan ketenangan dan kepantasan dalam mengawal penguasaan bola.  Beliau berhadapan dengan Lowton, McNeil dan Jay Rodriguez ketika itu. Saksikan : ADMIN Boleh tahan. Well done Tsimikas. YNWA. Sumber : Planet Football