Thiago Alcantara bermain di posisi yang lebih hadapan ketika kemenangan 3-1 Liverpool ke atas Tottenham pada awal pagi tadi.
Jurgen Klopp mendedahkan bahawa Thiago Alcantara akan memberikan yang terbaik lagi selepas ini ketika pengurus Liverpool itu memperincikan mengenai perubahan taktikal yang membantu pemain tengah tersebut.
The Reds mencatatkan kemenangan 3-1 ke atas Spurs dengan gol dari Roberto Firmino, Trent Alexander-Arnold dan Sadio Mane manakala gol tunggal Spurs dijaringkan oleh Pierre-Emile Hojbjerg.
Thiago kini baru memulakan perlawanan EPL kelima bersama Liverpool sejak berhijrah dari Bayern Munich pada musim panas lepas dan digandingkan bersama Gini Wijnaldum dan James Milner untuk pertama kalinya sebagai trio pemain tengah.
Klopp menyatakan bahawa beliau meletakkan Milner dan Wijnaldum di posisi lebih bawah sedikif untuk membolehkan Thiago bermain di posisi lebih offensif.
Pemain antarabangsa Sepanyol itu menikmati babak kedua yang mengagumkan sebelum beliau dibawa keluar untuk Curtis Jones,dan Klopp mendedahkan bahawa ada banyak lagi yang datang dari beliau setelah dia benar-benar beradaptasi dengan taktikal di Liverpool.
Menurut Klopp :
"Beliau bermain dengan bagus. Ianya amat diperlukan ketika perlawanan sebegini dan ini adalah saat terbaik untuk menunjukkan bahawa kami masih cuba untuk bersaing".
"Dan kami akan kembali ke Liverpool selama beberapa jam dan kembali ke London untuk menentang West Ham United".
"Kami bermain hari ini dengan kedudukan yang sedikit berbeza dengan Gini dan Milner bermain di posisi 6".
"Ianya persembahan yang sungguh baik. Saya tahu Thiago dapat melakukan yang lebih baik daripada malam ini tetapi itu hanyalah langkah penting bagi kami semua".
"Situasi Thiago tidak mudah. Beliau menyertai Liverpool agak lewat kemudian jatuh sakit, dilanda kecederaan dan kemudian bermain dengan segera dalam posisi yang tidak tetap".
"Jadi kami fikir malam ini, ianya mungkin masuk akal untuk meletakkan beliau lebih tinggi sedikit pada posisi tengah".
"Apa yang memberikan perbezaan pada malam ini? Jelas ianya terletak kepada decision making pada saat-saat terakhir".
"Kami mempunyai peluang besar sejak awal permainan dan Sadio berada dalam kedudukan yang sangat baik. Selepas peluang itu dan situasi seterusnya adalah gol Tottenham dan itulah saat di mana anda akan berkata kami terpaksa bermula semula".
"Tetapi kedudukan itu adalah situasi ofsaid, gol tidak dikira dan kemudian mereka bermain dengan sangat bagus".
"Mereka diingatkan dengan serangan balas ketika Son menjaringkan gol, namun kami menjadikan mereka sangat sukar untuk mengawal dan menguasai permainan kerana anda harus meningkatkan risiko dan kami berjaya melakukannya malam ini".
"Kami membuat larian yang hebat, menjaringkan gol [pertama] pada saat yang tepat, cukup penting. Itu adalah gol yang baik untuk memasuki rehat separuh masa tetapi kami sedar perjuangan Joel Matip dengan pergelangan kakinya dan beliau tidak ada peluang untuk meneruskan permainan".
"Kami memberitahu mereka untuk mengekalkan rentak dan kemudian mereka lakukan. Mereka melakukan dengan baik dan saya sangat gembira dengan cara kami bermain".
"Jadi itu adalah kemenangan yang baik."
ADMIN
Gini dan Milner sebagai dabel pivot dan Thiago sebagai pemain tengah serangan di posisi 8. Efektif.
Sumber : Liverpool Echo
Comments
Post a Comment