Skip to main content

David Moyes : "Michail Antonio Mampu Memberikan Sesuatu Ketika Menentang Liverpool"

Beliau juga mahu pasukannya mengejutkan Liverpool dalam aksi pertembungan kedua dua pasukan awal pagi esok. 


Michail Antonio sebelum ini terlepas perlawanan menentang Liverpool sebelum ini di Anfied berikutan kecederaan pada Oktober, dengan West Ham ketika itu mendahului dengan gol Pablo Fornal namun Liverpool menjaringkan gol menerusi Mo Salah dan Diogo Jota. 

Namun beliau telah pulih dan kembali ke prestasi sebenar apabila menjaringkan gol ke atas Burnley dan West Ham, selain membantu menewaskan Crystal Palace 3 - 2 untuk membawa kelab ke tangga keempat liga buat sementara waktu. 

Dengan Liverpool kini sedang bergelut dengan prestasi akibat krisis kecederaan pemain pertahanan, Moyes berharap pemain serangan itu dapat menambahkan derita buat The Reds dalam usaha mempertahankan gelaran liga mereka sekaligus mengintai slot UCL pada musim hadapan.

Menurut Moyes : 

"Saya berpendapat Micky memberikan perbezaan terhada corak taktikal kami, dan beliau memainkan peranan yang besar buat kami pada musim lepas".

"Saya berharap prestasi beliau berterusan. Ketika menentang Palace tempoh hari kami sepatutnya menjaringkan lebih gol".

"Dua perlawanan sebelumnya beliau telah menyumbang gol kemenangan buat kami. Jadi sememangnya amat penting buat kami. Saya percaya jika beliau bersama kami di Anfield, kami mampu mendapatkan keputusan lebih baik".

"Ianya membuktikan kami amat memandang tinggi dalam perlawanan sebegini, bermain dengan baik dan adanya sentuhan Micky kami akan mampu mendapatkan keputusan yang baik".

Liverpool sebelum ini telah menghadapi kemarau kemenangan sebelum menang ke atas Spurs, dengan West Ham pula mencatatkan 6 kemenangan berterusan dalam semua kejohanan sebelum ini.

Tambah Moyes :

"Liverpool adalah pasukan yang kuat. Memang akan ada masa kelab itu gagal memperoleh keputusan dalam beberapa musim ini".

"Namun ketika menentang Spurs, anda dapat lihat sendiri akan kemampuan mereka".

"Jadi kami akan cuba mengekalkan prestasi kami dan akan bermain sebaik mungkin menentang mereka. Pada masa yang sama kami juga menghormati kualiti yang mereka miliki".

ADMIN

Pemain ini merupakan watak utama pasukan West Ham United selain Fornal dan Soucek. YNWA.

Sumber : This Is Anfield

Comments

Popular posts from this blog

Bilakah Andy Robertson Dijangka Kembali Menjalani Latihan Pramusim Bersama Liverpool

Tiada mana mana pemain Liverpool yang mampu mencapai minit permainan Robbo pada 2020 / 2021 dengan mengharungi 64 penampilan keseluruhan bersama kelab dan negara. Ianya musim yang amat memenatkan buat semua pasukan berikutan pandemik yang melanda dunia ketika ini.  Namun Robertson kekal sebagai salah satu pemain utama Klopp musim lepas dengan melakukan 50 penampilan daripada 53 perlawanan Liverpool dengan jumlah minit perlawanan sebanyak 4319 minit.  Termasuk minit perlawanan yang dilaluinya bersama skuad Scotland yang berjumlah 1273 minit, secara keseluruhan Robbo bermain sebanyak 5592 minit perlawanan. Di usia 27 tahun, beliau tidak perlu dibebani dengan minit perlawanan yang begitu banyak jika mahu berada di tahap tertinggi kariernya menjelang usia 30 an.  Namun kekecewaan di Euro 2020 telah melanda pasukan Scotland apabila tersingkir awal dan ini bermakna Robertson akan mula menikmati cuti musim panas beliau sekarang ini.  Menurut The Athletics, pemain pasukan yang tidak terlibat d

Link Live Streaming : Liverpool FC vs Crystal Palace

Beberapa link live diperolehi untuk perlawanan terakhir EPL musim ini. https://www.mobisports.live/2021/05/premier-league-liverpool-vs-crystal.html?m=1 https://www.goforsports.net/2021/05/lfccry/ https://www.sportstrack.in/2021/05/epl-liv-vs-crystal.html ADMIN Selamat menonton. YNWA

Media | Kostas Tsimikas Hantar Balik Tiga Pemain Burnley Ke Turf Moor - Mendapat Tepukan Penonon

Liverpool mencatatkan kemenangan 2 - 0 ke atas Burnley dalam perlawanan sulung di Anfield yang penuh dengan penonton.  Dan Kostas Tsimikas juga mempamerkan persembahan yang memukau ketika perlawanan tersebut.  Sebelum itu Tsimikas juga memberikan peluang untuk Diogo Jota menjaringkan gol pertama buat Liverpool. Gol kedua pula dijaringkan oleh Sadio Mane, yang berpunca dari hantaran jauh Van Dijk yang dikawal baik oleh Harvey Elliot dengan lorongan buat Trent dan seterusnya Mane menyudahkan hantaran itu.  Burnley berusaha untuk mencari gol bagi membolehkan mereka bangkit semula, dan Tsimikas ketika itu mempamerkan ketenangan dan kepantasan dalam mengawal penguasaan bola.  Beliau berhadapan dengan Lowton, McNeil dan Jay Rodriguez ketika itu. Saksikan : ADMIN Boleh tahan. Well done Tsimikas. YNWA. Sumber : Planet Football