Pemain itu merupakan salah seorang pemain yang menjadi sasaran Liverpool dengan pintu perpindahan kini semakin hampir ke penghujungnya.
Semua pihak mengetahui bahawa Liverpool kini mengalami krisis pertahanan dengan VVD dan Joe Gomez kini tersisih untuk jangka masa lama.
Dan kini Jurgen Klopp turut kehilangan pemain bek senior dan pemain CB "bidan terjun" iaitu Joel Matip dan Fabinho, sekaligus kini Liverpool akan bermain tanpa pemain senior CB.
Kecederaan itu memaksa Jordan Henderson terpaksa digandingkan dengan Nat Phillips atau Rhys William di bahagian pertahanan, dengan kelab masih lagi berusaha untuk mendapatkan pemain CB untuk penyelesaian jangka pendek.
Liverpool juga tidak terlepas untuk dikaitkan dengan beberapa pemain, dan menurut James Pearce menerusi The Athletics mendakwa "terdapat sumber terdekat yang mendedahkan bahawa Liverpool mengemukakan pertanyaan untuk Issa Diop".
Pemain berusia 24 tahun itu kini merupakan pilihan keempat CB West Ham sekaligus membuka ruang buat beliau untuk menyertai mana mana kelab.
Namun dengan kedua dua pasukan ini hanya dipisahkan dengan dua mata, tempoh pinjaman singkat bukanlah pilihan kecuali jika Liverpool memasukkan klausa perpindahan tetap pada akhir musim.
Perpindahan tetap untuk pemain yang telah melakukan 78 penampilan bersama The Hammers bakal menyaksikan harga pemain tersebut bakal mencecah £20 juta.
Berketinggian 6 kaki dan 4 inci, beliau antara calon terbaik untuk mengisi kekosongan dalam jangka masa pendek dengan manakala jangka panjang pula beliau merupakan pemain berpengalaman dan masih muda.
Dengan hanya melakukan 5 penampilan untuk kelab pada musim 2020 - 2021, masih terdapat ruang untuk kelab berbincang namun ianya masih menjadi tanda tanya adakah pemain itu masih lagi menjadi buruan kelab.
ADMIN
Yay or nay. Semuanya di tangan kelab. YNWA.
Sumber : This Is Anfield
Comments
Post a Comment