Skip to main content

Analisa Taktikal : Pertukaran Berimpak Tinggi Memberikan 3 Mata Penting Buat Liverpool

Bagaimana Klopp mengatasi skuad on form David Moyes yang tidak terkalah dalam 8 perlawanan lepas?


Formasi 

Atas kertas nampak macam 4 - 3 - 3 tetapi sebenarnya Liverpool menggunakan formasi 4 - 3 - 1 - 2 dengan Shaq di posisi 10. 


Manakala West Ham hadir dengan formasi 4 - 2 - 3 - 1 mereka. 



First Half 

Formasi West Ham adalah sangat jelas. Ketika bertahan, Bowen dan Fornal akan drop deep bersama Soucek dan Rice membentuk dua garisan pertahanan untuk menyekat movement Liverpool ke final third. 

Manakala Antonio akan bergerak ke half space, dan memainkan role no. 9 menanti waktu untuk melakukan serangan balas. 

Tugas Bowen amat jelas, menyekat pergerakan pantas Robbo. Dan apabila mendapat penguasaan bola semula, lambung jauh direct ke Antonio. 

Kemasukan Nat Phillips dalam kesebelasan utama ada sebabnya. Neutralize hantaran lambung West Ham United kepada Antonio. 

Jika anda imbas balik permainan, kebanyakan pertembungan bola di udara antara Phillips dan Antonio dimenangi Phillips.

Squawka pun tak berbohong.


Double defensive line memberikan tugasan sukar buat Liverpool untuk menembusi ruang final third West Ham United. 

Second Half

Jurgen Klopp detect kelemahan West Ham United dengan menggunakan semula blueprint yang hampir serupa ketika menentang Spurs, meletakkan Thiago di posisi tengah serangan dengan Gini dan Milner bermain di dabel pivot. 

West Ham juga merubah sedikit taktikal dengan Antonio lebih memanipulasi ruang tengah berbanding di wide area, dan hampir membuka jaringan pada awalnya. 

Klopp tahu titik kelemahan West Ham adalah di antara Ogbonna dan Cresswell, dan satu satunya cara adalah melakukan interchange pass dengan pantas di bahagian itu. Beliau menukarkan Milner yang jelas cedera dan letih dengan fresh leg Curtis Jones. 

Dan Salah bermain selaku inverted winger menyudahkan peluang tersebut untuk membuka gol. 

Klopp juga tahu pasukannya terdedah dengan kekuatan set pieces West Ham dan merubah transition dari defending ke attacking dengan pantas. Salah satu cara untuk hit back opponent dengan kekuatan mereka. 

Usaha itu berjaya apabila Liverpool berjaya hit back West Ham dengan transition pantas dari situasi bola mati, dan Salah hanya menggunakan pecutan dan sentuhan menarik untuk Liverpool mendahului dengan selesa.



Interchange pass itu sekali lagi memerangkap pertahanan West Ham, dan memasukkan pemain yang mempunyai workrate serta movement off the ball yang baik seperti Firmino memudahkan Liverpool mendapatkan gol ketiga. 

Diulang semula, kekuatan West Ham United adalah menerusi situasi bola mati. Dan begitu lah Liverpool dibolosi di lewat permainan namun keputusan itu tidak membawa sebarang makna. 

Plus minus, itu adalah kesilapan pertama pertahanan sepanjang perlawanan. 

ADMIN

Memasukkan Curtis Jones yang lebih dinamik, dan memasukkan pemain yang mempunyai movement menarik seperti Firmino membuktikan pertukaran tepat di masa yang tepat dapat merubah keputusan perlawanan.

Origi? Mengisi masa lapang di padang tetapi dua shot off target kira bolehlah. Plus minus dia pun rajin drop deep cuma tiada pedoman sedikit di atas padang. Mungkin kena bertapa di gunung Santubong dahulu.

Apapun YNWA. 


Comments

Popular posts from this blog

Link Live Streaming : Liverpool FC vs Crystal Palace

Beberapa link live diperolehi untuk perlawanan terakhir EPL musim ini. https://www.mobisports.live/2021/05/premier-league-liverpool-vs-crystal.html?m=1 https://www.goforsports.net/2021/05/lfccry/ https://www.sportstrack.in/2021/05/epl-liv-vs-crystal.html ADMIN Selamat menonton. YNWA

Media | Kostas Tsimikas Hantar Balik Tiga Pemain Burnley Ke Turf Moor - Mendapat Tepukan Penonon

Liverpool mencatatkan kemenangan 2 - 0 ke atas Burnley dalam perlawanan sulung di Anfield yang penuh dengan penonton.  Dan Kostas Tsimikas juga mempamerkan persembahan yang memukau ketika perlawanan tersebut.  Sebelum itu Tsimikas juga memberikan peluang untuk Diogo Jota menjaringkan gol pertama buat Liverpool. Gol kedua pula dijaringkan oleh Sadio Mane, yang berpunca dari hantaran jauh Van Dijk yang dikawal baik oleh Harvey Elliot dengan lorongan buat Trent dan seterusnya Mane menyudahkan hantaran itu.  Burnley berusaha untuk mencari gol bagi membolehkan mereka bangkit semula, dan Tsimikas ketika itu mempamerkan ketenangan dan kepantasan dalam mengawal penguasaan bola.  Beliau berhadapan dengan Lowton, McNeil dan Jay Rodriguez ketika itu. Saksikan : ADMIN Boleh tahan. Well done Tsimikas. YNWA. Sumber : Planet Football

Media : Harvey Elliot Tamatkan Musim Bersama Blackburn Rovers Dengan Gol Peribadi Ketujuh

Ianya perlawanan terakhir beliau bersama Blackburn Rovers musim ini selain daripada menyumbangkan 11 assist kepada pasukan. Meskipun beliau memulakan perlawanan di bangku simpanan, ianya tidak menghalang beliau untuk menyumbangkan satu gol sekaligus mengakhiri karier sementaranya bersama Blackburn dengan gaya tersendiri.  Beliau dibawa masuk ketika perlawanan berbaki 30 minit dan ketika itu Blackburn mendahului Birmingham dengan 3 - 2.  Dengan perlawanan berbaki 10 minit, Elliot melakukan larian dari sayap kanan ke kawasan tengah.  Beliau menyambut baik hantaran Corey Evans, sekaligus melakukan tendangan lob melepasi penjaga gol Birmingham untuk menjaringkan gol keempat Blackburn.  Saksikan. Setakat ini Elliot merupakan sumber kreatif buat pasukan Blackburn musim ini, selain daripada 7 gol, 11 assist dan baru berusia 18 tahun pada April lepas. Selepas ini Elliot akan kembali ke Liverpool dan berkemungkinan berlatih dalam skuad utama untuk pramusim.  Kreativiti beliau mungkin diperlukan