Liverpool telah memintas Man City dan PSG menjadi lima kelab bola sepak terkaya di Eropah, tetapi masih tidak terbabit dalam pasaran perpindahan pada bulan Januari.
FSG telah meraih keuntungan ke atas kejayaan The Reds di atas padang dengan Jurgen Klopp telah membawa kelab Merseyside itu menjulang kejuaraan UCL keenam mereka pada 2019 dan diikuti dengan kejuaraan liga pertama mereka dalam 30 tahun.
Walaupun banyak kelab terkesan akibat krisis kewangan berikutan penularan wabak Covid 19, Liverpool merupakan salah satu daripada beberapa kelab di dunia yang masih selesa dari segi kewangan.
Namun mereka ketinggalan daripada pesaing mereka dalam aktiviti perpindahan sejak beberapa tahun terakhir ini.
Tidak ada alasan yang menyarankan Liverpool perlu membelanjakan wang tunai secara besar besaran setelah memenangi gelaran Liga Perdana Inggeris dengan 22 mata musim lalu.
Mereka telah berjaya mendapatkan Thiago Alcantara - salah satu pemain tengah terbaik di dunia - dengan hanya £5 juta sebagai pendahuluan dan £15 juta lagi secara ansuran.
Diogo Jota juga dibawa masuk dengan nilai £41.1 juta, tetapi hanya membayar £4 juta sebagai pendahuan dan akan membayar selebihnya secara ansuran dan klausa tambahan.
Namun, pemilik kelab telah menolak permintaan Klopp agar pemain pertahanan baru dibawa masuk pada bulan ini.
Kecederaan terhadap Virgil van Dijk dan Joe Gomez membuat mereka tidak mempunyai pilihan di pertahanan, dengan Fabinho dan Jordan Henderson terpaksa mengisi posisi tersebut secara tetap.
Liverpool sebelum ini dikaitkan dengan pemain Ozan Kabak, Dayot Upamecano, Perr Schurrs, Ben White dan juga Kalidou Koulibaly.
Klopp telah mengakui bahawa hasratnya untuk mendapatkan pemain tambahan, bahkan mengakui baru-baru pilihannya bakal menjadi akan lebih mudah jika dia mempunyai pilihan senior lain di pertahanan.
Tetapi The Reds tidak menolak untuk melakukan perpindahan untuk memastikan pemain itu adalah tepat untuk kelab, dan telah memutuskan untuk tidak membawa sesiapa masuk buat masa sekarang.
Kekalahan kepada Man United - satu-satunya pasukan EPL yang mendahului Liverpool dari segi kewangan - menyingkirkan Liverpool dari Piala FA selain juga kini ketinggalan daripada pesaing lain di liga.
Mereka akan menentang Tottenham pada awal pagi Khamis dengan mengetahui bahawa kekalahan akan menyaksikan mereka turun ke bawah lagi.
Mereka juga hanya dipisahkan dua mata di depan Everton, yang memiliki dua permainan di tangan.
Pendapatan mereka pada musim 2019 2020 yang bernilai £489.9 juta - dijangka turun sedikit untuk 2020-21 - menunjukkan Klopp amat memerlukan seorang pertahanan tengah yang dapat membantu mereka mencabar kembali kejuaraan liga.
ADMIN
Persaingan kembali terbuka, Liverpool semakin terdesak untuk kick off saingan semula.
Apapun YNWA.
Sumber : Daily Mirror
Comments
Post a Comment