Difahamkan Liverpool telah menghubungi Sokratis yang kini dalam perkiraan untuk menyertai Olympiacos.
Kelemahan pertahanan Liverpool terdedah lagi dalam kekalahan terbaru dalam Piala FA ke atas Man United - tetapi kelab nampaknya sedang cuba mencari jalan penyelesaian minggu ini.
Berdasarkan komen Klopp minggu lalu, beliau memberi gambaran bahawa dia tidak dapat sokongan dana untuk membawa pemain CB yang dia mahukan.
Beliau menekankan bahawa bukan dia yang bertanggung jawab atas keputusan terakhir untuk membelanjakan dana, dengan beliau hanya membuat cadangan dan kemudian hierarki yang lebih tinggi melakukan keputusan tersebut.
Salah satunya adalah membawa pemain pertahanan senior yang berpengalaman dalam jendela perpindahan ini, namun dengan pandemik kini menekan kewangan kelab dan penyelesaian jangka pendek dapat menjadi solusi yang dapat diterima.
Pinjaman atau kemasukan percuma akan membolehkan kelab merapatkan jurang dengan kelab kelompok atasan sekurang kurangnya hingga musim panas depan dan memberikan Klopp lebih banyak pilihan di pertahanannya.
Tujuannya hanya satu, untuk membebaskan salah seorang pemain tengah kini yang bermain di bahagian pertahanan atau menawarkan perlindungan untuk Joel Matip yang sering tidak cergas dan membolehkan Rhys meneruskan pembelajarannya lagi.
Terdapat khabar menerusi David Ornstein ( Koresponden Arsenal FC ) bahawa The Reds menghubungi bekas pemain pertahanan Arsenal, Sokratis Papastathopoulos yang dilepaskan oleh The Gunners minggu lalu.
Pemain pertahanan Greece itu pernah bermain di bawah Klopp di Dortmund dan, seperti yang dinyatakan baru-baru ini, The Reds harus mengosongkan salah satu tempat untuk "non homegrown player" jika mahu membawa masuk seorang pemain luar.
Namun, Sokratis dilaporkan akan ke dengan Olympiacos - tetapi "Liverpool telah menghubungi beliau menjelang akhir minggu lalu" menurut Ornstein.
Laporan itu juga bertentangan dengan kenyataan kelab ketika ini menyatakan masih belum berhasrat untuk memasuki pasaran.
Sokratis bukan satu-satunya ejen bebas di pasaran, dengan Ezequiel Garay juga merupakan ejen bebas Menjadi lebih menarik, seorang lagi bekas pemain pertahanan Dortmund di bawah Klopp juga menjadi ejen bebas minggu lalu.
Neven Subotic adalah pemain utama Klopp di Westfalenstadion dan pemain berusia 32 tahun itu telah berpisah dengan kelab Turki, Denizlispor setelah pembayaran gaji yang tertunggak.
Beliau gagal menyesuaikan diri dengan kelab SuperLig, dengan tidak bermain penuh 90 minit sejak November tahun lepas.
Antara alternatif untuk The Reds adalah mempertimbangkan langkah pinjaman untuk pemain pertahanan yang tidak menjadi pilihan kelab. Mateo Musacchio hanya membuat penampilan pertamanya di Serie A di bangku simpanan untuk AC Milan hujung minggu lalu dan mereka baru sahaja menandatangani Fikayo Tomori dari Chelsea, seterusnya mengurangkan minit permainan pemain Argentina itu yang kontraknya hampir tamat pada hujung musim ini.
Samuel Umtiti dari Barcelona juga tidak terlibat banyak dalam perlawanan hingga akhir minggu ini dan beliau gagal meraih tempat di kesebelasan utama di Nou Camp, sementara di tempat lain bakat muda Bayern Chris Richards dapat menjadi pertimbangan untuk Liverpool menawarkan minit permainan selama setengah musim.
Apa pun keputusan yang dipilih, jelas bahawa membawa seseorang boleh memberi kesan yang mendalam pada musim ini dan pasukan Liverpool, dan tidak menambahkan pilihan pertahanan boleh menjadikan Liverpool bakal jauh dari persaingan Top 4.
ADMIN
So kita akan melihat apa yang akan terjadi dalam 7 hari mendatang. YNWA.
Sumber : This Is Anfield
Comments
Post a Comment