Impak yang berlaku dalam perlawanan separuh masa kedua itu berlaku hampir serta merta.
Jurgen Klopp juga berkongsi rahsia mengenai perubahan yang dilakukan hingga menyumbang kepada kemenangan 3 - 1 ke atas West Ham semalam.
Dua jaringan Mo Salah di separuh masa kedua serta 1 gol oleh Gini Wijnaldum membantu Liverpool meraih 3 mata penting di London Stadium dan seterusnya menduduki tangga ketiga EPL buat masa sekarang.
Liverpool dan West Ham terikat tanpa jaringan di separuh masa pertama, namun Liverpool membuka jaringan setelah 13 minit perlawanan separuh masa dimulakan.
Curtis Jones menyumbangkan assist sejurus selepas menggantikan James Milner, yang dilihat ketika itu tampak seperti tidak berpuas hati apabila beliau dikeluarkan.
Namun mereka kemudian ketawa dan berpeluk sesama sendiri selepas Mo Salah menjaringkan gol pertama itu.
Menurut Klopp :
"Beliau bukannya tidak sukakan itu. Di rehat separuh masa kami menukar sedikit taktikal. Milly berada di bawah sedikit untuk membentuk double pivot dengan Gini Wijnaldum. Thiago berada lebih tinggi. Milner ketika itu merasai sesuatu pada hamstringnya dan kami memberi arahan untuk beliau lebih melakukan hantaran berbanding larian".
"Namun jelas kami mahu mengeluarkan beliau ketika itu. Kami hanya menanti Curtis melakukan sesi memanaskan badan dengan sempurna. Dan saya lihat Milly melakukan larian jauh yang merisaukan saya".
"Beliau dibawa keluar dan berkata, anda kata tadi mahukan lebih banyak hantaran berbanding larian dan sekarang anda mengeluarkan saya".
"Tetapi selepas Mo menjaringkan gol beliau datang kembali dan berkata pertukaran yang tepat. Keputusan yang baik. Semuanya baik sahaja".
Klopp juga mendedahkan arahan yang diberikan untuk Curtis Jones serta sumbangan yang diberikan Shaqiri untuk membolehkan Liverpool menjaringkan gol kedua ketika itu.
Tambah beliau :
"Antara kata kata saya sebelum Curtis dibawa masuk adalah tolong memperdayakan lawan dan bersikap lebih aktif. Saya tidak menyangka beliau memulakan perlawanan dengan sentuhan pertama yang menarik!"
"Hantaran lintang Shaq adalah yang terbaik. Beliau bermain sangat bagus tetapi kami tidak berani merisikokan beliau bermain masa penuh. Beliau tidak bermain dengan banyak dan baru pulih dari kecederaan, fikiran saya lebih memikirkan mengenai kecederaan pemain".
"Kami cuma mahu menyelamatkan semua pemain seperti Milly. Setakat ini tiada isu kecederaan dan berjaya meraih 3 mata. Persembahan cukup baik".
ADMIN
Milner sangat profesional dan Klopp melakukan keputusan tepat dalam pertukaran. YNWA.
Sumber : Goal.com
Comments
Post a Comment