Skip to main content

Jeremy Doku Dedahkan Mengapa Beliau Menolak Untuk Menyertai Liverpool

Beliau menyifatkan tawaran untuk bermain di kancah EPL "terlalu awal" untuk beliau. 


Doku telah lama menjadi sasaran The Reds, dan difahamkan sudah ada beberapa pendekatan untuk pemain berusia 18 tahun itu sejak beberapa musim lepas. 

Namun beliau telah menolak peluang untuk berhijrah ke Merseyside pada tahun 2018, walaupun didakwa telah wujudnya perbincangan dengan Jurgen Klopp dengan tawaran lain hadir pada musim panas lalu, setelah beraksi dalam musim penuh pertamanya dengan skuad senior Anderlecht. 

Tetapi Doku membuat keputusan untuk menyertai pasukan Rennes pada bulan Oktober lepas dengan nilai lebih dari £23 juta. 

Musim lepas beliau telah menyumbangkan 6 gol dan 7 assist dalam 37 perlawanan untuk Anderlecht, manakala Doku sejak menyertai Rennes telah melakukan 2 assist dalam 21 perlawanan untuk Rennes, dengan melakukan 16 penampilan dalam kesebelasan utama setakat ini termasuk 4 di kancah UCL. 

Menurut Doku menerusi wawancara dengan Het Nieuwsblad :

"Saya melakukan banyak penyelidikan terlebih dahulu, melihat banyak kepada poin positif dan barulah saya membuat keputusan".

"Saya tahu bahawa saya pertama kali ingin membuat langkah seterusnya dalam karier saya. Menyertai kelab besar bukan pilihan yang tepat kerana masih banyak yang perlu saya pelajari dan Rennes adalah tempat yang sesuai untuk itu". 

"Mereka bermain juga dalam UCL, ianya pasukan yang bagus yang bermain di liga yang bagus. Anda merasakan terdapat perbezaan tahap permainan mereka berbanding dengan kelab di Liga Belgium". 

"Terdapat juga pemain yang lebih terkenal di liga ini dan lebih baik. Memphis Depay, Houssem Aouar, Angel Di Maria. Pemain seperti ini tidak akan anda temui di Liga Pro Jupiter".

The Reds sudah bersedia untuk mendapatkan Diogo Jota dari Wolves ketika Doku berhijrah dari Anderlecht ke Rennes, namun dengan usianya yang masih muda, pemain Belgium itu merupakan salah satu prospek untuk masa depan. 

Ini benar-benar meningkatkan prospek minat baru di masa depan, kerana pemain itu menggambarkan kelab barunya sebagai "langkah seterusnya dalam karier ", dan jelas dia berharap dapat melanjutkan ke peringkat lebih tinggi lagi.

Rennes kini berada di tangga kelima di Ligue 1, 9 mata dari dua pasukan teratas iaitu PSG dan Lille di mana kedua-duanya mengungguli liga dengan 45 mata setakat ini dengan pasukan di bawah Julien Stephan telah meningkat naik. 

Doku telah diturunkan dalam kesebelasan utama sebanyak 9 dari 10 perlawanan liga terakhir, dan beliau percaya telah menjadi "lebih fleksibel" kerana selalu bermain di sayap kanan, dan bukan di sayap kirinya yang disukai. 

Tambah Doku :

"Saya merasakan saya telah menjadi lebih fleksibel di beberapa posisi. Dahulu, saya sering bermain di sebelah sayap kiri, tetapi agak sukar untuk melakukan perkara di sebelah kanan".

"Di Rennes saya sering bermain di bahagian sayap kanan. Ianya masih bukan posisi kegemaran saya, tetapi saya merasakan bahawa saya menjadi lebih fleksibel".

ADMIN

Benda benda versatil begini yang mendaapt perhatian Liverpool. Haha.

Sumber : This Is Anfield

Comments

Popular posts from this blog

Link Live Streaming : Liverpool FC vs Crystal Palace

Beberapa link live diperolehi untuk perlawanan terakhir EPL musim ini. https://www.mobisports.live/2021/05/premier-league-liverpool-vs-crystal.html?m=1 https://www.goforsports.net/2021/05/lfccry/ https://www.sportstrack.in/2021/05/epl-liv-vs-crystal.html ADMIN Selamat menonton. YNWA

Media | Kostas Tsimikas Hantar Balik Tiga Pemain Burnley Ke Turf Moor - Mendapat Tepukan Penonon

Liverpool mencatatkan kemenangan 2 - 0 ke atas Burnley dalam perlawanan sulung di Anfield yang penuh dengan penonton.  Dan Kostas Tsimikas juga mempamerkan persembahan yang memukau ketika perlawanan tersebut.  Sebelum itu Tsimikas juga memberikan peluang untuk Diogo Jota menjaringkan gol pertama buat Liverpool. Gol kedua pula dijaringkan oleh Sadio Mane, yang berpunca dari hantaran jauh Van Dijk yang dikawal baik oleh Harvey Elliot dengan lorongan buat Trent dan seterusnya Mane menyudahkan hantaran itu.  Burnley berusaha untuk mencari gol bagi membolehkan mereka bangkit semula, dan Tsimikas ketika itu mempamerkan ketenangan dan kepantasan dalam mengawal penguasaan bola.  Beliau berhadapan dengan Lowton, McNeil dan Jay Rodriguez ketika itu. Saksikan : ADMIN Boleh tahan. Well done Tsimikas. YNWA. Sumber : Planet Football

Media : Harvey Elliot Tamatkan Musim Bersama Blackburn Rovers Dengan Gol Peribadi Ketujuh

Ianya perlawanan terakhir beliau bersama Blackburn Rovers musim ini selain daripada menyumbangkan 11 assist kepada pasukan. Meskipun beliau memulakan perlawanan di bangku simpanan, ianya tidak menghalang beliau untuk menyumbangkan satu gol sekaligus mengakhiri karier sementaranya bersama Blackburn dengan gaya tersendiri.  Beliau dibawa masuk ketika perlawanan berbaki 30 minit dan ketika itu Blackburn mendahului Birmingham dengan 3 - 2.  Dengan perlawanan berbaki 10 minit, Elliot melakukan larian dari sayap kanan ke kawasan tengah.  Beliau menyambut baik hantaran Corey Evans, sekaligus melakukan tendangan lob melepasi penjaga gol Birmingham untuk menjaringkan gol keempat Blackburn.  Saksikan. Setakat ini Elliot merupakan sumber kreatif buat pasukan Blackburn musim ini, selain daripada 7 gol, 11 assist dan baru berusia 18 tahun pada April lepas. Selepas ini Elliot akan kembali ke Liverpool dan berkemungkinan berlatih dalam skuad utama untuk pramusim.  Kreativiti beliau mungkin diperlukan