Keputusan tidak membawa masuk pemain pertahanan baru Januari ini memberi padah apabila Liverpool disingkirkan dari Piala FA.
Antara sebab utama ketika Liverpool mengalami masalah adalah ketika kekurangan bek tengah Liverpool yang berpengalaman.
Walau bagaimanapun ini tidak mungkin lebih buruk bagi Jurgen Klopp.
Namun keputusan cukup menghampakan bahawa ia berlaku hanya beberapa hari selepas bos The Reds itu sekali lagi mendedahkan bahawa dia mahu melakukan sesuatu untuk memperkuat barisan belakangnya bulan ini.
Tetapi mereka bermain di Old Trafford, halaman pesaing mereka di barat laut Manchester di kejohanan Piala FA yang disiarkan di televisyen dengan hanya untuk menjelaskan kepada masyarakat umum apa yang telah diketahui di kalangan peminat di Anfield untuk jangka masa yang signifikan.
Penilaian yang tidak adil pasti akan ditujukan kepada pemain pertahanan tengah berusia 19 tahun, Rhys Williams, yang melakukan kesalahan besar untuk gol kedua United dan melakukan kesalahan lain yang tidak dapat dimanfaatkan pasukan tuan rumah.
Ini adalah malam ujian bagi remaja itu bagi menghadapi kualiti barisan penyerang United yang keyakinan tinggi dengan Liverpool juga hilang keyakinan terhadap diri sendiri.
Ketika Williams melaporkan diri untuk sesi latihan pra-musim pada musim panas, dia tidak dapat membayangkan dia akan tampil dalam perlawanan sebesar ini.
Tidak ada yang boleh menjangkakan. Dan beliau akur menerima tugasnya.
Liverpool hadir ke Old Trafford dengan ketika ini melalui episod malang yang luar biasa. Virgil van Dijk dan Joe Gomez mengalami kecederaan jangka panjang. Jordan Henderson telah mengalami kecederaan. Dan Joel Matip tidak dirisikokan setelah hanya kembali berlatih pada hari Khamis.
Tetapi atas alasan mereka sendiri - ada yang dapat difahami, ada yang belum kita ketahui - Fenway Sports Group tidak membawa masuk mana mana pemain bulan ini.
Pertaruhan ini secara langsung telah menyumbang kepada tersingkirnya Liverpool dari Piala FA. Dan ini menjelaskan betapa jauhnya halangan musim buat mereka, hanya masa yang akan menentukan.
Klopp telah melihat Fabinho untuk membantu mengisi kekosongan posisi tersebut. Pemain Brazil itu menjadi sandaran buat peminat Liverpool tetapi dia tidak menjadi bek tengah yang sentiasa boleh dipercayai ketika diperdaya oleh Edinson Cavani untuk sepakan percuma bagi membolehkan Bruno Fernandes menjaringkan gol kemenangan.
Adakah itu takel keras? Mungkin tidak. Tetapi Fabinho memberi kesempatan kepada Cavani untuk memaksa pengadil yang Craig Pawson membuat keputusan.
Sudah pasti, mana-mana pemain pertahanan boleh melakukan kesalahan yang sama. Tetapi Fabinho menjadikannya ianya satu persoalan besar di kalangan peminat.
Apa yang berlaku dalam tujuh hari ke depan - di dalam atau di luar - akan membentuk hala tuju untuk baki musim Liverpool yang kini telah mencapai titik terendah dalam musim ini.
ADMIN
Ada 7 hari lagi untuk kelab membuat keputusan. Harap owner bukak mata. YNWA.
Sumber : Liverpool Echo
Comments
Post a Comment