Jurgen Klopp menjangkakan Fabinho akan kembali ketika menentang Man City pada hujung minggu hadapan.
Pemain dari Brazil itu telah terlepas perlawanan menentang Spurs pada awal pagi Jumaat lepas, menentang West Ham tengah malam ini dan bakal terlepas menentang Brighton pertengahan minggu hadapan.
Menurut Klopp :
"Bergantung dengan tahap pemulihan beliau. Mungkin pemulihan sekurang kurangnya dalam tiga perlawanan. Atau selewat lewatnya 4 perlawanan".
"Saya rasa beliau akan kembali ketika menentang Man City".
Klopp turut ditanya mengenai perkembangan Naby Keita yang kali terakhir melakukan penampilan pada 19 Disember ketika menentang Crystal Palace.
"Naby semakin hampir untuk pulih namun belum lagi buat masa sekarang".
ADMIN
So kita bergantung dengan Hendo dan Nat Philips atau Rhys buat masa sekarang. YNWA.
Sumber : Liverpool FC
Comments
Post a Comment