Ianya disebabkan oleh beberapa siri keputusan perlawanan yang kurang memberangsangkan sejak akhir akhir ini.
Bekas pemain The Blues ini hanya memegang tampuk pengurus sejak 18 bulan lepas, dengan Thomas Tuchel dijangka menjadi pengurus baru Chelsea.
Sebelum ini Chelsea hanya mencatatkan 5 kekalahan dari 8 perlawanan terakhir.
Goal difahamkan perbincangan telah dilakukan antara pemilik kelab dan Tuchel beberapa hari sebelum khabar pemecatan Lampard menjadi umum hari ini.
Pemergian Lampard sebagai pengurus Chelsea akan berlaku setelah 24 jam lepas Chelsea menewaskan Luton Town 3 - 1 dalam saingan Piala FA, namun pemiliki kelab amat risau dengan perkembangan kempen mereka dalam EPL.
Lampard membawa Chelsea mengakhiri liga dengan kedudukan Top 4 musim lepas, dengan ketika itu telah menunjukkan potensi yang baik selepas dikenakan hukuman tidak dapat melakukan sebarang perpindahan masun pemain sebelum itu.
Musim ini Chelsea berbelanja hampir £200 juta untuk pemain baru, dengan usaha untuk merapatkan diri dengan kelab kelab elit seperti Liverpool dan Man City.
Namun kehadiran pemain baru seperti Timo Werner dan Kai Havertz gagal memberikan impak yang baik untuk kelab, dengan prestasi pasukan juga merudum sejak akhir akhir ini.
Pengerusi kelab Chelsea, Bruce Buck dan penasihat teknikal kelab Petr Cech telah menyaksikan sendiri kekalahan Chelsea 2 - 0 ke atas Leicester pertengahan minggu lepas.
Sebelum ini Chelsea juga mengalami kekalahan dengan pasukan pencabar yang lain seperti Man City dan Arsenal.
Chelsea hanya berjaya menewaskan West Ham United dalam pertembungan dengan 11 pasukan teratas di EPL, dengan hanya mencatatkan rekod kedua kutipan mata terendah dalam sejarah kelab sejak Abramovich mengambilalih pemilikan pasukan sejak 2003.
Lampard hanya mengutip 1.67 mata dalam liga musim ini, yang terendah sejak Abramovich mengambil alih kelab pada 2003.
Bekas pengurus Mainz dan Dortmund dijangka mengambil alih tampuk pengurus Chelsea, di mana beliau juga ditunjukkan jalan keluar dari PSG sebelum Krismas 2020.
Difahamkan Tuchel mungkin antara pengurus yang dapat membantu Havertz dan Werner memulihkan prestasi mereka, selain dari Christian Pulisic yang sebelum ini merupakan produk Dortmund.
Lampard sebelum ini menjadi pengurus Derby County selepas mengakhiri karier beliau yang gemilang dengan menjulang tiga kejuaraan EPL dan satu kejuaraan UCL.
ADMIN
Hidup sebagai pengurus pasukan amat terdedah. Good luck Lampard.
Sumber : Goal.com
Comments
Post a Comment