Skip to main content

Liverpool Kejutkan Spurs Di White Hart Lane : Catat Kemenangan 3 - 1

Gol jaringan dari Firmino, TAA dan Sadio Mane sudah cukup untuk menamatkan kemarau kemenangan The Reds dalam aksi EPL.


Liverpool turun ke White Hart Lane kali ini tanpa kehadiran Fabinho yang difahamkan mengalami kecederaan, namun Hendo dan Joel Matip kembali.


Manakala Spurs menurunkan barisan pemain utama mereka dengan Son dan Kans menerajui barisan serangan.


Kedua dua pasukan memulakan permainan dengan baik, dengan Sadio Mane terlepas peluang menjaringkan seawal minit kedua selepas bertukar tukar hantaran dengan Firmino di hadapan gol. 
Sejurus selepas itu, Son dilihat berjaya membuka jaringan untuk Spurs namun dibatalkan oleh VAR berikutan beliau berada dalam kedudukan ofsaid. 

Situasi yang sama berlaku di minit ke 20, apabila Firmino melakukan percubaan deras ke pintu gol tetapi tepat ke Lloris, manakala Son selepas itu melakukan larian dan melepaskan rembatan tetapi tepat ke Alisson. 

Tiga minit berselang, hantaran lob Mo Salah berjaya disambut Mane di hadapan gol namun kuisan beliau tepat ke Lloris.

Minit ke 41 menyaksikan satu percubaan deras Mane ditepis Lloris. 

Seminit sebelum wisel separuh masa ditiupkan, Liverpool akhirnya membuka jaringan apabila satu hantaran jauh Hendo kepada Mane, membuka ruang buat beliau melakukan hantaran pendek buat Firmino di hadapan gol untuk membuka jaringan gol untuk Liverpool mendahului. 

Bersambung babak kedua, Liverpool menukarkan Matip dengan Nat Phillips berikutan kecederaan serta Spurs juga mengeluarkan pemain utama mereka Harry Kane untuk Erik Lamela. 

Namun Liverpool terus mengasak kubu Spurs, dan akhirnya menambah gol kedua pada minit ke 46 apabila Lloris yang menepis percubaan Mane sebelum itu, menyaksikan bola tepisan tepat ke TAA dengan disudahi menerusi rembatan leret yang deras. 

Spurs enggan mengalah dan berhasil untuk merapatkan kedudukan apabila rembatan deras luar petak oleh Hobjberg gagal dihadang dan ditepis Alisson pada minit ke 48.

Liverpool terus berusaha mencari gol ketiga, dan hampir berjaya mendapatkannya pada minit ke 55 menerusi rembatan padu Mo Salah tetapi dibatalkan VAR dengan bola terkena tangan Firmino ketika build up itu dilakukan. 

Minit ke 64, Mo Salah berjaya melepasi kawalan pertahanan Spurs dan melorongkan buat Firmino untuk rembatan ke gol tetapi terkena sisi jaring.

Sejurus selepas itu juga Liverpool berjaya menjaringkan gol ketiga apabila hantaran TAA ke petak gagal dikawa baik oleh pertahanan Spurs dan Mane mengambil kesempatan menolak bola masuk.

Liverpool kemudian mengendurkan asakan dan banyak menggantikan pemain utama dengan Jones untuk Thiago dan Origi untuk Firmino selepas itu. 

Kemasukan Gareth Bale untuk mengubah hala tuju perlawanan buat Spurs tidak mengubah apa apa selepas itu hingga wisel penamat ditiupkan bagi Liverpool mencatatkan kemenangan pertama mereka dalam liga sejak sebulan lepas. 

ADMIN

Tahniah The Reds. Kekalkan momentum. YNWA

Comments

Popular posts from this blog

Link Live Streaming : Liverpool FC vs Crystal Palace

Beberapa link live diperolehi untuk perlawanan terakhir EPL musim ini. https://www.mobisports.live/2021/05/premier-league-liverpool-vs-crystal.html?m=1 https://www.goforsports.net/2021/05/lfccry/ https://www.sportstrack.in/2021/05/epl-liv-vs-crystal.html ADMIN Selamat menonton. YNWA

Media | Kostas Tsimikas Hantar Balik Tiga Pemain Burnley Ke Turf Moor - Mendapat Tepukan Penonon

Liverpool mencatatkan kemenangan 2 - 0 ke atas Burnley dalam perlawanan sulung di Anfield yang penuh dengan penonton.  Dan Kostas Tsimikas juga mempamerkan persembahan yang memukau ketika perlawanan tersebut.  Sebelum itu Tsimikas juga memberikan peluang untuk Diogo Jota menjaringkan gol pertama buat Liverpool. Gol kedua pula dijaringkan oleh Sadio Mane, yang berpunca dari hantaran jauh Van Dijk yang dikawal baik oleh Harvey Elliot dengan lorongan buat Trent dan seterusnya Mane menyudahkan hantaran itu.  Burnley berusaha untuk mencari gol bagi membolehkan mereka bangkit semula, dan Tsimikas ketika itu mempamerkan ketenangan dan kepantasan dalam mengawal penguasaan bola.  Beliau berhadapan dengan Lowton, McNeil dan Jay Rodriguez ketika itu. Saksikan : ADMIN Boleh tahan. Well done Tsimikas. YNWA. Sumber : Planet Football

Media : Harvey Elliot Tamatkan Musim Bersama Blackburn Rovers Dengan Gol Peribadi Ketujuh

Ianya perlawanan terakhir beliau bersama Blackburn Rovers musim ini selain daripada menyumbangkan 11 assist kepada pasukan. Meskipun beliau memulakan perlawanan di bangku simpanan, ianya tidak menghalang beliau untuk menyumbangkan satu gol sekaligus mengakhiri karier sementaranya bersama Blackburn dengan gaya tersendiri.  Beliau dibawa masuk ketika perlawanan berbaki 30 minit dan ketika itu Blackburn mendahului Birmingham dengan 3 - 2.  Dengan perlawanan berbaki 10 minit, Elliot melakukan larian dari sayap kanan ke kawasan tengah.  Beliau menyambut baik hantaran Corey Evans, sekaligus melakukan tendangan lob melepasi penjaga gol Birmingham untuk menjaringkan gol keempat Blackburn.  Saksikan. Setakat ini Elliot merupakan sumber kreatif buat pasukan Blackburn musim ini, selain daripada 7 gol, 11 assist dan baru berusia 18 tahun pada April lepas. Selepas ini Elliot akan kembali ke Liverpool dan berkemungkinan berlatih dalam skuad utama untuk pramusim.  Kreativiti beliau mungkin diperlukan