Beliau dikeluarkan pada separuh masa pertama ketika kemenangan 3 - 1 Liverpool ke atas Spurs.
Difahamkan ketika rehat separuh masa itu, pemain itu bertikam lidah dengan Mourinho di mana Liverpool mendahului 1 - 0 ketika itu menerusi jaringan Roberto Firmino.
Selepas itu Mourinho mengeluarkan Harry Kane untuk digantikan dengan Erik Lamela dan Harry Wink menggantikan Serge Aurier di pertahanan.
Menurut laporan The Telegraph :
"Kane terpaksa dibawa keluar berikutan kecederaan di kedua dua pergelangan kaki, manakala Aurier tidak akan bermain setelah digantikan dengan Winks".
"Difahamkan pemain itu telah meninggalkan stadium sejurus selepas itu dengan pemain itu amat marah dengan Mourinho, di mana beliau terpaksa menjawab soalan adakah beliau menjadi penyebab mereka ketinggalan pada ketika itu".
Manakala ini merupakan laporan dari The Mail :
"Pemain Spurs terlibat dalam pertengkaran di bilik persalinan ketika kekalahan Spurs ke atas Liverpool dengan Aurier terus meninggalkan stadium pada separuh masa".
"Terdapat perbalahan di antara pemain di mana gol Roberto Firmino berpunca daripada kesilapan individu di bahagian pertahanan".
"Jose Mourinho melakukan keputusan untuk mengeluarkan Aurier, beliau amat bengang dengan situasi itu dan terus meninggalkan stadium".
Berikut adalah kenyataan Jose Mourinho ketika sidang media selepas perlawanan menentang Liverpool :
"Ianya hanya berkaitan dengan situasi pasukan yang kecewa selepas tewas. Kecewa dengan cara kami dibolosi kerana ia menggambarkan corak permainan kami secara keseluruhan".
"Sudah pasti mood kami tidak begitu baik tetapi kami harus melangkah ke perlawanan seterusnya. Harry mengalami kecederaan dan kami cuba melakukan sesuatu. Malangnya kami dibolosi selepas separuh masa kedua".
Jose Mourinho juga mengkritik persembahan pemain pertahanan beliau.
"Persembahan yang disebabkan oleh kesilapan individu ketika bertahan"
ADMIN
Nampak macam ada besar kepala dalam team dan ini yang Klopp tidak mahukan dalam pasukannya.
Sumber : Liverpool Echo
Comments
Post a Comment