Gol sendiri Alisson, dengan masing masing jaringan oleh Fornal dan Zouma menghadiahkan kekalahan pertama The Reds dalam kempen liga musim ini. Jurgen Klopp bertandang ke Kota London dengan menyenaraikan semula Robertson di bahagian pertahanan, dengan gandingan Fabinho Oxlade dan Henderson di tengah. Hadapan? Macam la ada option terkuat lain. Haha. Manakala West Ham pula menyenaraikan pemain utama mereka seperti Antonio, Fornal, Bowen dan juga Benrahma. Belum pun sempat duduk menonton di hadapan TV, Liverpool dikejutkan dengan gol pendahuluan West Ham seawal minit 3 menerusi sepakan sudut lencong dan ditumbuk Alisson ke gawang sendiri setelah menerima tekanan Ogbonna dan Antonio. Pemeriksaan oleh VAR juga mengesahkan mereka hanya memberi tekanan dan Alisson yang bersalah dalam hal itu. Liverpool cuba bangkit untuk mengatur gerak permainan, tetapi West Ham kali ini bukanlah biasa biasa dengan lebih berdisiplin, melakukam early press sekaligus merencatkan build up. Peluang pertama di
Tukang Story Liverpool dan Bola Semasa